Rukya Yang Jelas Menerangkan Pejabat Imam
(as) di Najaf.
Isnin Apr
27, 2015 04:13
Al-Salamu
3alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu, pada ansar sekelian,
Berikut
adalah sebuah rukya yang jelas dilihat oleh salah seorang ansar di Iran,
memberi keterangan terhadap Banner Black Sesat (Panji Hitam Sesat) dan memberi
keterangan untuk pejabat Imam (as) di Najaf ..
Aku
berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam
Dengan nama Allah Al-Rahman, Al-Rahim,
dan segala puji bagi Allah SWT
Saya bersaksi kepada Allah SWT, malaikatNya, rasul-rasulNya
dan Kitab-kitabNya kepada apa yang akan saya katakan:
Pada dua atau tiga hari lalu saya melihat Imam
Ahmad Al-Hassan (as) dalam suatu rukya. dia telah bercakap dalam kesedihan. Dia
amat sedih dengan ansar sekelian dan dia (as) berkata mengenai hak pejabat
rasmi:
Ini demi Allah adalah pejabat saya dan ia
mewakili saya, sayalah yang memilih mereka dan melantik mereka ....... Mereka
tidak mengucapkan sesuatu dari diri mereka sendiri, (melainkan) semua yang saya
inginkan, saya berkata-kata melalui lidah mereka. Mereka adalah orang-orang
yang benar, berpengetahuan dan bekerja (ulamak beramal), dan mereka berkecuali
dari Dunia dan apa yang ada di dalamnya, dan berhijrah kepada Allah SWT.
Sesiapa yang menyakiti mereka atau
bercakap tentang mereka atau menuduh mereka atau menyumpah mereka atau mengutuk
mereka atau menyeru mereka dalam mempersoalkan sesuatu, maka ia menunjukkan
permusuhan kepada saya, menyumpah saya, menyakiti saya dan secara sembunyi-sembunyi
mengumpat saya dan mengadili saya, Wa La Haula Wala Quwata Illa Billah (dan
tidak ada daya atau upaya melainkan dengan Allah SWT).
Mengenai Syeikh Nadzim Al-Uqailiy semoga
Allah SWT melindungi beliau, beliau adalah jurucakap rasmi dan dia (diberi kuasa)
di pejabat dan yang bertanggungjawab di hadapan orang ramai untuk menjawab
kepada sebarang keraguan dan bantahan yang dilemparkan, dan adalah wajib ke atas
para ansar mendengar dan percaya kepadanya, dan bekerja mengikut arahannya.
Dan Segala puji tertentu bagi Allah SWT Tuhan
sekalian alam.
Rukya
yang dilihat oleh Abu Al Fadl Al Ansari / Noor Al Yamani
Iran /
Ahwaz
5 Rajab- 1436
No comments:
Post a Comment