Sunday 27 December 2020

 

Soalan 823: Tanah tempat sholat pecah

 

بسم الله الرحمن الرحيم،

اللهم صلِ على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Salam atas kamu, wahai putera Rasulullah,

Salam atas kamu, wahai putera Amir Al-Mukminin,

Salam atas kamu, wahai Tuan dan Maulaku Ahmad Al Hassan, dan rahmat Allah keberkatanNya.

 

Saya ingin bertanya mengenai rukya yang saya lihat bermula ketika saya duduk di atas tanah dan saya melihat bahawa tanah yang biasanya saya sholat telah pecah dan berserak menjadi kotoran, dan saya cuba mengumpulkannya tetapi agak sukar kerana setiap kali saya mencuba mengumpulkannya, sedikit kotoran tetap ada di tanah itu dan saya sedih dan takut. Hinggalah saya terjaga sebelum dapat mengumpulkannya.

 

Wahai Imam, saya meminta tuan untuk mendoakan saya, kerana saya keliru tentang masalah bagi saya, dan saya meminta keoada Allah ketenangan setiap hari, dan Allah lebih tahu apa yang saya hadapi.

 

اللهم صلي على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً، اللهم عجل الفرج يا الله.

 

Ya Allah, curahkanlah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi, dan salam pengiktirafan, Ya Allah, percepatkanlah kelapangan, Ya Allah.

 

Pengirim: Sarmad Al-Ansari - Australia

 

Jawapannya:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Insya Allah, rukya anda adalah baik kepada anda dan tafsirannya adalah pengasingan dan pemisahan beberapa orang yang dekat dengan anda

dan yang berkaitan dengan anda. Saya mohon kepada Allah agar memberi kejayaan kepada anda, membimbing dan meneguhkan pendirian anda ke atas kebenaran, Dialah penjagaku, dan Dialah yang menjaga orang-orang soleh.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Ahmad Al-Hassan

Muharram Al-Haram / 1432 H


No comments:

Post a Comment