Tuesday 22 December 2020

 Soalan 816: Makna Al-Mahdi ada di dalam diri dan di mana-mana

 

Al-Salamu 3alaikum, tuan dan maulai. Saya elihat bertahun-tahun yang lalu seolah-olah saya berada di sebuah kelas di Kolej Kejuruteraan, dan tiba-tiba profesor di kelas itu mendekati saya dan berbisik di telinga saya dan berkata: Salam dari Imam Al-Mahdi kepada anda secara khusus, saya berkata: Mengapa saya?

 

Profesor itu berkata: Saya akan memberitahu anda sesuatu yang jangan anda sampaikan kepada sesiapa kerana Mahdi (as) ada di dalam (diri) kamu, Kemudian saya berkata: Adakah saya imam itu? Lelaki itu berkata: Jangan terkejut, kerana Mahdi ada di mana-mana, Oleh itu apa tafsiran rukya aneh ini?

 

Pengirim: Ali / Baghdad – Iraq

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Saya bermohon kepada Allah agar anda dalam keadaan sihat dan merahmati anda dengan rahmatNya. Makna (Mahdi ada di dalam (diri) anda) adalah, bahawa anda akan dibimbing kepada pengikutnya, mengikutinya, mendokongnya dan menerapkan apa yang dia katakan, dan makna (Mahdi ada di mana-mana) iaitu pengetahuan tentang kebenaran dan bimbingan tertanam pada manusia dan itu adalah fitrahnya.

 

﴿فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴾

 

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. [Al-Syams 91:8] 

 

Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah

 .

No comments:

Post a Comment