Monday 21 December 2020

 Soalan 814: Sambutan Dakwah

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Pujian bagi Allah yang membukakan kepada saudara-saudara kita pintu-pintu ini bagi mendekati Qaim Keluarga Muhammad (S) dan semoga Allah membalas mereka dengan ganjaran yang terbaik bagi orang-orang yang melakukannya.

 

Seolah-olah saya membawa pelbagai jenis roti yang baik yang telah kami bakar di rumah yang kami panggil (Bathbuth dari Maghribi). Saya membawanya kepada kumpulan dalam sekelip mata. Kumpulan itu mula melemparkan batu ke arah saya, lalu saya melarikan diri dari mereka dan memasuki sebuah rumah sederhana di mana saya menjumpai orang yang berkulit sawo matang dan tinggi (Terfikir dalam fikiran saya bahawa dia adalah bapa saudara saya dan namanya Muhammad). Saya dapati orang itu duduk di atas tanah dengan meja kecil yang sederhana di hadapannya - dia sedang menyiapkan makanan, jadi saya letakkan roti untuknya di atas meja, lalu dia tersenyum kepada saya. Pujian hanya kepada Allah sahaja

 

Mohon ampunan kepada Allah sekiranya ada terlupa sesuatu atau tersalah dalam menyampaikan rukya ini.

 

Pengirim: Khadam tuan Shafiq – Maghribi.

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم

تسليماً.

 

Roti adalah kesaksian pada jalan Allah (Fi Sabilillah), kerana anda menyampaikan kesaksian ini kepada manusia dan meminta mereka untuk memberi kesaksian akan kebenaran. Hasilnya mereka mungkin hidup di sisi Tuhan mereka, yang memberikan rezeki dan ditulis dalam catatan kehidupan yang kekal, dan sepertinya kamu membawa kesaksian ini kepada orang-orang yang tidak mengalu-alukannya, bahkan mereka mungkin dari orang-orang yang mati di akhirat yang nama mereka tidak ditulis dalam catatan kehidupan dan mereka tidak layak untuk memberi kesaksian akan kebenaran dan agama Allah dan khalifah Allah. Pada orang yang kamu bawa roti dan meletakkannya di atas meja serta menerimanya, maka dia juga adalah orang yang akan kamu berikan kesaksian tentang kebenaran dan menerimanya, insya Allah, dan Allah akan menulisnya dalam catatan kehidupan, dan dia akan termasuk di antara para syuhada yang hidup dan dikurniakan rezeki di sisi Tuhan mereka.

 

Ahmad Al Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah

No comments:

Post a Comment