Tuesday 22 December 2020

 

Soalan 815: Rukya Peringatan

سلام عليكم ورحمه الله وبركاته

اللهم صلي على محمد وآلِ محمد الأئمة والمهديين جميعاً وسلم تسليماً كثيرا.

 

Tuan dan maulaku Imam Ahmad Ibn Al-Hassan, Saya telah menulis kepada anda kira-kira tiga bulan yang lalu mengenai rukya yang saya lihat dalam tidur saya, tetapi sayangnya hingga sekarang, saya belum lagi mendapat jawapannya. Dan saya meminta penjelasan mengenai rukya itu kerana saya keliru dengan rukya itu. Saya akan mengatakan rukya untuk kali kedua dan saya harap tuan menjawabnya.

 

Saya adalah seorang yang beriman dengan dakwah tuan selama hampir tiga bulan, iaitu, pada hari yang sama saya melihat rukya itu secara kebetulan, saya memasuki bilik Paltalk tuan dan mendengar tentang dakwah ini dan saya mempercayainya selama ini, tetapi pada hari yang sama saya melihat dalam rukya serangga-serangga hitam aneh yang berkerumun seperti lebah yang terbang ke telinga saya, menyengat dan menusuknya, dan ketika saya melihat sendiri, saya terbakar dari leher ke telinga saya, serangga-serangga telah menusuknya. Seolah-olah tafsirannya adalah saya seorang yang murtad dari Islam. Ini adalah kali pertama.

 

Setelah kira-kira sebulan, saya masuk semula bilik Paltalk untuk kali kedua, dan mendapat rukya kedua pula.

Penampilan saya berbeza dari sekarang. berupa seorang tua beruban dengan umur yang ditunjukkan oleh kepala saya, yang lemah dan luka kesemuanya, dan tafsirannya sama dengan tafsiran rukya pertama. Saya meminta tuan, wahai maulaku, untuk menjelaskan dua rukya itu kepada saya, kerana demi Allah saya amat keliru.

 

Pengirim: Abdul Aziz - Kuwait

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Maksud dari apa yang anda tulis bahawa anda tidak beriman dengan dakwah kebenaran yang didakwahkan kepada anda oleh ansar Imam Al-Mahdi, itulah Islam, dan barangsiapa yang tidak beriman dengannya. keadaannya tidaklah seperti apa yang anda gambarkan sendiri dalam apa yang anda tulis. Saya pohonkan kepada Allah agar memberikan islah keadaan anda dan menghindarkan pembohongan dan para pendusta, dan membimbing anda ke jalan yang lurus, dan menjauhkan anda dari mereka yang sesat dan menyeleweng, jika anda mencari petunjuk dan kebenaran, dan Dialah yang paling penyayang dari yang menyayang.

 

Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah

No comments:

Post a Comment