Monday 21 December 2020

 

Soalan 813: Jangan Sia-siakan Amalan

     

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله األئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Pujian bagi Allah yang membukakan kepada saudara-saudara kita pintu-pintu ini bagi mendekati Qaim Keluarga Muhammad (S) dan semoga Allah membalas mereka dengan ganjaran yang terbaik bagi orang-orang yang melakukannya.

 

Saya melihat (bermimpi), saya berlindung kepada Allah dari keakuan (Al-Ana), seolah-olah saya membawa susu untuk sekumpulan orang, saya tidak ingat sama ada mereka adalah ansar atau tidak, lalu saya memberikan susu itu kepada salah seorang daripada mereka sehingga dia menuangkannya ke dalam sebuah bekas. Bekasnya itu seperti sebuah botol. Kemudian, orang itu mula menuangkan susu itu ke dalam bekasnya. Seakan-akan dia membuangnya ke tanah, lalu saya bertegas untuk menuangkan sendiri susu itu. Mereka seharusnya membayar saya dengan harga kira-kira 25 dirham, tetapi mereka mula menunda-nunda dan menyeret saya ke perbualan lain dengan harapan saya melupakan harga dan pergi, tetapi saya berkeras dan mengambil bayaran dari mereka dan pergi. Apabila saya membuka tangan saya dan saya dapati hanya (5 dirham), saya mencari yang selebihnya dan menemui wang kertas 20 dirham di tanah, jadi saya mengambilnya dan pergi. Kali kedua, wang kertas 20 itu terbang dari saya ke suatu dinding yang tinggi, dengan itu saya mahu memanjat dinding itu dan hujan mula turun. Dindingnya seperti dinding gudang, setiap kali saya meletakkan tangan di sebelahnya ia akan tergelincir dan saya meletakkan pula di tempat yang lain sehingga saya dapat mengambil wang kertas itu. Semasa saya turun dari dinding itu, saya dapati pakaian saya mempunyai kesan cat kuning dan rukya berakhir, Al-Hamdu Lillah

 

Pengirim: Khadammu Shafiq - Maghribi

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Susu adalah ilmu dan harganya adalah hasil perbuatan baik yang anda dapat dari orang-orang yang beriman dan mereka yang mencari kebenaran, kerana anda memberi manfaat kepada mereka dengan memindahkan pengetahuan ini kepada mereka atau anda mempermudah penyebarannya kepada mereka dan pengumpulannya, dan untuk wang yang anda dapat dengan sukar, ini bermaksud bahawa anda mungkin telah mewujudkan kerja baik anda dengan beberapa jenis keburukan dan bahaya. dan kegagalan ini dari anda yang akan menyebabkan kurang pahala dan perbuatan baik anda itu, tetapi Allah merahmati anda, Dia tidak mengurangi pahala anda dengan cara apa pun, dan bagi sebahagian wang yang jatuh dari anda atau terbang, itu adalah ungkapan dari perkara pertama yang sama, iaitu, sebahagian besar perbuatan baik anda hilang dan anda mengambilnya dengan susah payah, iaitu mengembalikannya kepada anda kerana melawan diri anda dan membawanya kepada apa yang anda benci dan itu menerima pendapat yang bertentangan dengan pendapat anda atau meminta maaf atas kesalahan tersebut.

 

Anda berhak untuk tidak meminta maaf dan mengotorkan pakaian anda, temuilah orang yang melakukan keburukan kepada anda dengan baik dan layanlah mereka sebagai teman dan kebaikan, semoga Allah merahmai kamu.

 

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى﴾

 

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima),. [Al-Baqqarah 2:264]

 

Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah

No comments:

Post a Comment