Thursday 24 December 2020

 Soalan 819: Khutbah Rasulullah dan Tentera Imam Ali

 

بسم الله الرحمن الرحيم،

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

 اللهم صل على محمد وآل محمد.

 

 

Tuan Yang Mulia Al-Syed Ahmad Al-Hassan: Adapun setelahnya: Pada bulan Ramadhan yang lalu, saya pergi ke salah sebuah masjid khusus pada Malam Al-Qadar, dan saya telah sholat yang terkenal itu iaitu sholat seratus rakaat. Kemudian saya pulang ke rumah dan tidur, saya melihat apa yang berikut dalam rukya saya. Seolah-olah saya sedang duduk bersama sekumpulan pemuda dan Rasulullah sedang berkhutbah kepada kami, tetapi saya tidak melihat wajahnya yang mulia, saya hanya mendengar suaranya yang diberkati dan mendengar dari baginda yang menyuruh kita untuk bertaqwa kepada Allah dan hanya ini yang saya dengar dari Rasulullah Muhammad (S), dan dalam rukya yang sama saya melihat seolah-olah diri saya berada dalam tentera Imam Ali (as). Tetapi saya tidak melihatnya dan saya tidak mendengar suaranya yang mulia hanya saya tahu bahawa saya berada dalam tentera Imam dan saya membawa pedang dan juga membawa di tangan saya gambar Imam Ali (as), jadi salah seorang musuh mendekati saya sambil membawa pedangnya, dia ingin mengambil gambar dengan paksaan dan kebencian dan saya memukulnya dengan pedang dan memotong tangannya. Inilah yang saya lihat wahai tuan yang mulia agar tuan menjelaskan rukya ini, dan saya meminta kepada Allah agar tuan sendiri membaca dan menjawab rukya saya.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

.

 

Pengirim: Ali Al-Iraqi - Iraq -

 

Jawapannya:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Anda mungkin boleh dapat mendengar ucapan Muharram Al-Haram yang saya sampaikan kepada anda dan ia mengandungi dakwah untuk anda bertaqwa kepada Allah serta membaca, mencari, dan memeriksa untuk mengetahui kebenaran (hakikat) untuk diri sendiri dan berhati-hatilah dan jangan terima secara jahil beberapa peniaga agama yang orang sebut sebagai ulama.

 

Saya bermohon kepada Allah untuk memberi anda kejayaan, dan Insya Allah, anda akan menjadi tentera dalam dakwah kebenaran Mahdawiyah

yang diberkati, dan mereka yang mendokong kebenaran dan akan ditolong kepadanya seperti dalam rukya anda, Inilah tentara Ali (as) yang dijanjikan padamu, jadi ikutilah dan sokonglah Tuhanmu, dan inilah pokok rukyamu. Anda telah berjaya untuknya dan jangan melewatinya, dan semoga Allah memberikan anda kejayaan dan membimbing langkah anda.

 

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ﴾

 

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan pendirianmu. [Muhammad 47:7] 

 

        

Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah

 .

No comments:

Post a Comment