Wednesday, 5 June 2019

Kisah Rukyah 2: Halaman 79 – 81


Kisah Rukyah 2: Halaman 79 – 81


Abu Muhammad - Imarah


Pada Hari Khamis saya menziarahi makam Al-Syed Majid (Ahmad bin Al-Hassan bin Imam Kadzim (as)). Saya dan kawan saya (Hamid) dari Imarah dan kami telah memasuki ke dalam perdebatan panjang mengenai dakwah utusan Imam Mahdi (as) dengan beberapa orang yang ada di dalam makam yang mulia, dan mereka mendustakan dakwah ini, saya dan kawan saya Hamid meminta kepada Imam pemilik Al-Hadhrah untuk menjadi hakim dan saksi dan kami berada di Al-Hadhrahnya - dan Itrah Al-Hadhrah Thahirah hidup di sisi Tuhan dan mereka mendapat rezki - dan tidak lama kemudian datang seorang pemuda berdoa dan dan menangis dan bertawassul kepada Allah, dan pada pemilik Al-Hadhrah kerana dia sakit dan meminta untuk penyembuhan, tetapi dalam bentuk penyampaian teramat sangat dan Kemudian dia tidur di tepi tingkap berhampiran makam Al-Syarif, dan tiba-tiba ia melihat rukya ada seorang lelaki berdiri di sisinya dan berkata kepadanya, mengapa kamu menangis begitu rupa pada hal itu tidak diperlukan, dan mereka ini tentera Imam Mahdi (as) berhampiran kamu maka janganlah kamu takut. Selepas dia bangun lelaki muda ini datang dan duduk di sebelah kami dan di matanya penuh dengan air mata dan menceritakan rukya ini kepada kami dan dia melihat pada kami, dengan tidak sabar-sabar saya bertanya kepadanya siapakah tentera Imam Al-Mahdi yang kamu lihat di dalam tidur itu, beliau berkata: Demi Allah, kamu dan kamu – iaitu saya hamba yang miskin yang berdosa dan saudara saya Hamid dari Imarah. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
                   
Ulasan: -

Subhana Allah
(فَذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلالُ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ )
(Maka demikian itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya; maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)?) [Yunus 10:32] 
Maka lelaki itu telah berbuat kebaikan dengan kejadian itu kini telah berbuat kebaikan, dan Ansar telah berbuat kebaikan. Adakah kamu akan beriman. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Abu Ihsan - Imarah

Setelah anak-anak saya hilang selama 16 hari atau lebih dan kemudian saya diberi nikmat oleh Allah SWT dengan saya mendapat kesan rukya atas mereka yang teerdapat kisahnya dalam . kitab Penyampaian Nyata - Hujah Rukya (Mimpi) Kumpulan Rukya (Mimpi)  hal 32 -34 saya melihat bahawa saya adalah seorang banduan di padang pasir yang luas tiba-tiba di depan saya kelihatan dinding bangunan yang sangat besar dengan pintu tinggi terbuka luas, dengan jalur tinggi menarik perhatian dan saya dapati sebuah taman dengan bunga-bungaan yang wangi baunya yang tidak pernah menciumnya sebelum ini. dan saya berjalan di lorong dan tiba-tiba tiga orang wanita bertudung berdiri. Saya malu dan tidak memberi salam kepada mereka. Lalu mereka berkata kepada saya: berhenti, maka saya berhenti dan kemudian dia mulai memetik bunga mawar, lalu mengumpulkan sejambak besar bunga mawar dan menyerahkannya kepada saya dan saya terus berjalan selepas dipaksa ke pintu kedua bertentangan dengannya  dan dia juga terbuka, apabila saya keluar saya melihat seorang ansar Imam Mahdi (as) berdiri di tepi pintu menyambut saya. Saya bertanya kepadanya: Siapakah wanita yang memberikan jambangan bunga ini. Dia berkata: Tidakkah kamu kenal mereka. Saya berkata: Tidak. Katanya yang di tengah Fatimah Zahra’, Maryam Al-‘Azra’ di kanannya dan di sebelah kirinya Asiah bintu Muzahim. Maka ia menyenangkan saya. Saya berkata kepadanya: Ke mana saya hatus pergi dan orang-orang ini di hadapan saya, beliau berkata: sama ada ke kanan atau ke kiri, Saya pilih ke kanan. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.

Ulasan: -

Ketahuilah saudara pembaca sekelian bahawa dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah intisari (lambang) dakwah dakwah Ilahiyah dan bahawa semua para nabi dan rasul menyerunya dan mendokongnya bahkan para imam (as) lebih banyak menyeru kepada para sahabatnya dan orang-orang yang masuk ke dalamnya, maka tidak hairanlah kami melihat rukya ini ada penghulu wanita seluruh alam dan Maryam Al-‘Azra’ Al-Thahirah dan Asiah bintu Muzahim dikurniakan kepada salah seorang daripada ansar dalam rukya ini. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Syeikh Nadzim Al-3uqaili - Imarah


Saya melihat di dalam tidur bahawa Al-Syed Al-Dafas yang dikebumikan di Imarah telah hidup semula dan menulis perakuan mempercayai kebenaran Al-Syed Ahmad Al-Hassan utusan Imam Mahdi (as) ditulis dalam pengakuan berikut:

Saya Al-Syed Fulan bin Fulan ... ibn Al-Hassan Al-Mujtaba (as) yang dikenali sebagai Al-Syed Al-Dafas yang syahid dalam peperangan menentang Al-Abbasiyah:

Ahmad Al-Hassan Syed Syed Syed Syed ... dan terdapat butiran lengkap pada kesaksian ini yang saya tidak dapat mengingati teksnya tetapi pengesahan kandungannya terhadap dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan Imam Mahdi (as) dan Allah menjadi saksi atas apa yang saya katakan. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.


Naji Atsib - Nasiriyah


Sebelum sampai dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan ke telinga kami, saya melihat dalam tidur bahawa burung (Hudhud) hinggap di pohon berduri, yang ada di tengah-tengah halaman rumah kami dan burung Hudhud mengeluarkan bunyi yang saya tidak pernah mendengar bunyinya yang mengerikan seperti itu darinya lalu saya masuk ke dalam rumah dan saya memanggil abang saya dan ibu saya, lalu abang saya mendengar dengan jelas bunyinya itu dan saya menyuruh ibu saya memberi tumpuan kepada bunyi itu, dia tidak mendengar bunyi pada awalnya, dan kemudian pada akhirnya, dia mendengar bunyi tersebut

Ulasan: -

Bunyi burung Hudhud bermakna kedatangan dakwah dan suara wali dari wali-wali Allah Taala, Allah SWT berfirman
﴿وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ---- اذْهَب بِّكِتَابِي هَـٰذَا فَأَلْقِهْ إِلَيْهِمْ ثُمَّ تَوَلَّ عَنْهُمْ فَانظُرْ مَاذَا يَرْجِعُونَ 
(Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir.... Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkan kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan")[27:20 dan 28] 

Dan sememangnya anggota dalam rumah orang ini tidak masuk (mengikut dakwah), melainkan dia, saudara dan ibunya, dan ibunya merupakan yang terakhir masuk (mengikut dakwah), tetapi kemudian anggota yang lain masuk (mengikut dakwah),, selepas tiga belas Rajab. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.


Hussein Al-‘Umar - Hungary


Saya melihat dalam tidur bahawa ansar Imam Mahdi (as) di Najaf Al-Syarif sedang membuat persediaan untuk pergi berjalan kaki menyambut Arbain Imam Hussein (as), Di dalam rukya itu saya telah tertidur dan kemudian semua ansar telah pergi, saya takut terpisah dan saya pun keluar dan melihat ada seorang yang memakai pakaian hitam dan wajahnya saya tidak dapat melihatnya kerana cahayanya sangat kuat. Dia meletakkan tangannya di belakang saya dan berkata: Jangan takut saya bersama kamu dan kamu tidak akan disia-siakan. dan berkata kepada saya: Apa yang kamu mahu, saya berkata: Saya mahu kebenaran pada ansar. Dia meletakkan tangannya di belakang saya dan mahu menolak saya keluar pergi kepada ansar, saya berkata kepadanya: Siapakah tuan? Beliau berkata: Saya adalah Imam Mahdi (as), dia lalu menolak saya dan tiba-tiba saya berada di Karbala dan hampir dengan para ansar. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.



Sebelum ✡✡Menu✡✡ Selepas



No comments:

Post a Comment