Friday, 7 June 2019

Kisah Rukyah 2: Halaman 82 – 85


Kisah Rukyah 2: Halaman 82 – 85


Salah Seorang Ansar - Hungary


Aku melihat dalam tidur bahawa Imam Mahdi (as) di langit sedang menunggang kudanya dan pergi mengelilingi rumah kami, seolah-olah dia mahu turun ke bawah. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin. Adalah diketahui bahawa keluarga saya yang ada di dalam rumah, semuanya ansar.


Abu Sajad - Al-Najaf Al-Asyraf


Kasyaf: Saya melihat anak saya Sajad – dia masih kecil - duduk di atas mimbar Al-Hussein (as) dan berkata bahawa Amirul Mukminin memberi salam kepada kamu, dan selepasnya Fatimah Al-Zahra’ (as) berkata: Kamu adalah ansar Imam Mahdi, anak-anakku dan aku bimbang kepada kamu, kerana akan berlaku satu kejadian pada hari Jumaat, jangan keluar dari rumahmu selama tiga hari. Kasyaf berakhir. dan Subhana Allah. Selepas itu kami mendengar peristiwa pengeboman di Makam Al-Sharif, membunuh Al-Syed Muhammad Baqir Al-Hakim, rahimahu Allah pada hari Jumaat, sebagaimana dikhabarkan Al-Zahra’ (as). Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.


Abu Hazim - Al-Najaf Al-Asyraf

Saya melihat dalam tidur bahawa semua ansar berada di makam Muslim bin Aqil (as).

Ulasan: -

Ia adalah tempat yang suci dan tidak boleh dimasukkan oleh syaitan dari golongan jin, bagaimana mereka boleh menafikan ayat ini dari ayat-ayat Allah.


Abu Nizar - Imarah

Dalam tidur saya melihat kubah Amirul Mukminin (as) dan Imam Al-Hussein (as) di atas rumah Abu Qais, Sementara itu, dua orang ansar datang dengan kayu untuk memperluas tempat itu. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.

Ulasan: -

Kubah ini menunjukkan simbol sebagai sumber laluan sinar cahaya, dan rumah ini tidak memperolehi kedudukan ini melainkan untuk memasuki jalan kebenaran, yang tidak keluar dari Aali Al-Bayt (as) dan membantu Imam Mahdi dan anak-anaknya, dakwah ini mencakupi semua para Nabi dan Rasul dan Amirul Mukminin. Imam Al-Hussein dan para Imam (as) adalah untuk menegakkan matlamat wali-wali Allah SWT dan ia adalah hari-hari Allah
وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآياتٍ لِكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
(dan ingatkanlah mereka pada hari-hari Allah. Sesunguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.)
Adapun sebab bagi memperluas tempat itu adalah untuk peningkatan. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Abu Nizar – Imarah


Dalam tidur, saya melihat bahawa Ansar duduk di suatu tempat dan tiga orang lelaki masuk dan bertanya tentang Abu Qais.

Selepas dua hari dari rukya itu, tiga orang ansar telah pergi ke rumah (Abu Qais) dan apabila Abu Nizar menceritakan rukya itu, tetapi Abu Hazim (yang merupakan salah seorang daripada mereka) pada masa itu tidak memakai hiasan kepala dan jubah. Mereka mencarinya untuk membaca dalam majlis, seperti kebiasaan, dia bangun, dan memakai jubah dan hiasan kepala dan merapikannya. Tiba-tiba Abu Nizar berkata, saya melihat dalam rukya salah seorang daripada tiga lelaki ini memakai pakaian yang saya lihat dalam suatu rukya. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Syeikh Nadzim Al-3uqaili - Imarah


Saya melihat dalam rukya salah seorang yang berserban dan terkenal di Najaf Al-Asyraf dan dia bersedia untuk solat di belakang Al-Syed Muhammad Baqir Al-Sadr di makam Imam Ali (as). Lalu berpaling Al-Syed Al-Syahid Muhammad Baqir Al-Sadr dan berkata kepadanya: Kamu solatlah di belakangku dan ikutlah aku, Maka ketahuilah bahawa saya mengikut Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan dia seorang yang benar dan seruan dakwahnya benar. Saya rasa gemetar dengan orang ini dan saya berdiri di pintu makam yang dikenali sebagai Bab Al-Faraj, kemudian ramai orang datang kepada saya, sebahagian daripada mereka telah bersolat dibelakang Al-Syed Muhammad Baqir Al-Sadr, dan mereka berkata kami beriman dengan dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan kami mahu membantu beliau. Wal-Hamdu Lillahi.
                                             

Saad - Imarah


Saya melihat dalam alam rukya, saya duduk di hadapan Al-Syed Ahmad Al- Majid bin Imam Al-Kadzim (as) dan telah datang seorang yang memakai pakaian putih dan dia dipandu oleh kenyataan yang ditujukan kepada orang-orang di Hadrah dan kandungan pernyataannya mengatakan bahawa Haidar Musyattat (Mendakwa bahawa dia Al-Yamani). Ia adalah batil dan bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah yang benar. Selepas itu saya bangkit untuk Solat Ziarah. Wal-Hamdu Lillahi Wal Wahdah.

Ulasan: -

Yang penting pada kita di sini adalah nasehat rukya yang membimbing kepada kebenaran Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan kebatilan bagi sesiapa yang berpaling dari beliau, Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.

                 
Abu Yusuf - Nasiriyah


Saya diberi penghormatan dalam alam rukya bertemu dengan Saidi dan Maulai Amirul Mukminin dan rukyanya adalah: Saya berada di salah sebuah rumah seorang ansar. Ia adalah sebuah majlis pertemuan mereka dan bersama kami ada Al-Syed Ahmad Al-Hassan, lalu masuk menemui kami Amirul Mukminin (as). Lalu dia berkata kepada saya: Aku membawa ini (Al-Daulakah) dan memberi kamu sambil memberi isyarat dengan menunjuk kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan, Saya menuangkan air dan Amirul Mukminin (as) meletakkan bahan hijau di dalam air - seperti herba - dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan minum dan memberikan saya cawan itu, Lalu dia memberi isyarat kepada orang yang kedua dan beliau (as) meletakkan bahan hijau itu lalu minum dan memberi isyarat kepada orang ketiga dan beliau (as) meletakkan bahan itu lalu diterimanya cawan itu untuk kali ketiga dan kemudian mengambilnya dan minum separuh darinya dan saya minum bakinya. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.


Saba’ Aqshur - Baghdad

Al-Syeikh Abdul Karim Al-Ghazi menulis  bahawa dia melihat dalam alam rukya bahawa dia bertemu dengan Imam Al-Qaim -(Semoga Allah menempatkan beliau di bumi) telah memberitahunya bahawa dia adalah seorang ansar di daerah (Saba’ Aqshur) di Baghdad dan beliau (as) telah menziarahi mereka dan Al-Syeikh mengambil keputusan untuk menziarahi daerah ini dan mengadakan majlis membaca dan menulis rukya mereka dan memberi khabar gembira kepada mereka bahawa mereka adalah orang-orang yang bersedia membantu Imam. ucapan dan rukya ini direkodkan pada cakera laser untuk kuliahnya di Baghdad - Dan adalah antara kehadirannya dalam kuliah itu sebahagian ansar, maka kembali seluruh ansar dan mengambil keputusan untuk pergi kepadanya dan memberitahu kepadanya bahawa merekalah yang dimaksudkan bukan orang lain, dan mereka telah pergi dan memberitahu kepadanya ceritanya - cerita mengenai pertemuan Imam (as) dengan Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan yang diutus sebelum Imam (as). Mereka memberi kebenaran masuk di kalangan ansar Imam al-Mahdi (Semoga Allah menempatkan beliau di bumi) ke Dewan Pidato di pejabat Al-Syed Al-Syahid Al-Sadr di Hai Ur - Baghdad - apabila mereka keluar dari pejabat datang kepada mereka Al-Syeikh Al-Ghazi berkata: Sesiapa yang melihat rukya sepanjang dua hari maka bolehlah menyampaikannya. Maka apabila ansar kembali dari pejabat itu seorang ansar - Ahmad - menyaksikan rukya bahawa Imam Mahdi (as) bercakap kepada Al-Syeikh dan memberitahu kepadanya yang hak ini. Al-Syeikh memberi isyarat, - ia adalah kepala getah longgar dan ditolak - menggelengkan kepala ke kiri dan kanan - kata Imam Mahdi (as) kepada Al-Syeikh: Wahai Syeikh, solatlah bersama ansar. Maka bangkitlah Syeikh itu dan bergerak ke hadapan satu langkah dan undur dua langkah dan ke hadapan dua langkah dan undur satu langkah tidak boleh sampai kepada ansar untuk solat bersama. Saudara Ahmad berkata bahawa saya melihat Imam Mahdi dalam alam rukya banyak kali tetapi saya tidak melihatnya begitu jelas - dan pada malam yang sama saya melihat Al-Syed Al-Syahid Al-Sadr memberitahu saya amanah ini perlu dusampaikan Al-Syed Usama - salah seorang daripada anggota pejabat tersebut: ((katakan kepadanya bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah benar dan dakwahnya benar dan ansarnya benar)) Lalu saya pergi - dan saya bercakap masih dalam rukya - dan saya memberitahu Al-Syed Usama dengan jujur dan mendapati dia memakai baju pengawal, qamis dan janggutnya dicukur dengan pisau cukur, dia berkata kepada saya dan sesiapa yang mengatakan bahawa rukya kamu adalah rukya yang benar dan yang serupa dengannya adalah suatu kejahatan, dan saya berkata kepadanya, Tidak ada pada saya melainkan salah satu daripada dua perkara: sama ada saya bersumpah kepada kamu dengan Al-Quran ini dan membawanya keluar dari kocek saya atau sama ada memilih salah seorang imam-imam (as) dan saya bersumpah kepada kamu bahawa dia tidak menerimanya dan saya terjaga dari rukya. rukya tamat. Selepas itu saya pergi ke pejabat dan memberitahu Al-Syeikh Al-Ghazi apa yang ada dalam alam rukya itu dan memberitahu Al-Syed Usama secara jujur. Subhana Allah, dia menjawab dengan apa yang dijawabnya dalam dalam alam rukya. Adakah dia seorang pendengar nasihat? Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin
.
Ulasan: -

Rukya ini didasarkan pada rukya terpelihara (maksum) dan khabar-khabar ghaib yang dicapai dalam dunia nyata. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Sebelum ✡✡Menu✡✡ Selepas



No comments:

Post a Comment