Tuesday, 12 January 2021

 Soalan 606: wayar elektrik memercikkan cahaya

 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً .

 Saya melihat dalam tidur saya bahawa ada sebuah koridor, dan koridor ini dikelilingi oleh dua sisi, dan setiap sisi menyerupai dinding dalam bentuk lorong, dan di setiap sisi (dinding) ada wayar elektrik yang banyak memercikkan cahaya dan menakutkan. Di sana ada seorang lelaki tinggi membawa dompet di tangan kanannya, brtusia di antara 39, 40 atau 41 tahun, saya mengatakan dalam mimpi saya bahawa dia adalah Ahmad Al-Hassan (as), dan dia memegang tangan saya dan berkata kepada saya: Pergi dari sini, dengan maksud ditunjukkan jalan yang betul dan menjauhkan diri dari percikan cahaya itu, dan semasa saya pergi melaluinya, saya dapati bekas orang yang melewatinya tanpa mengalamai kecederaan dari percikan cahaya itu, dan setelah itu saya pun terjaga.

 Ya Allah, tolonglah wali Engkau Ahmad Al-Hassan (as), dan tempatkan dia di bumi dan sokonglah para ansarnya, Wahai Yang Maha Penyayang dari segala penyayang.

 

Penghantar: Ahmad – Maghribi

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Rukya anda adalah khabar gembira pada anda dari Allah SWT dengan hasil yang baik, insya Allah, dan pengukuhan dari-Nya SWT kepada anda, dan menerangkan bahawa anda berada di atas kebenaran dan di jalan yang lurus, Maka saya memuji Allah SWT bahawa anda mendapat kurniaan yang besar ini.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Rajab Al-Ashab / 1431 H.

 

Soalan 607: Sholat

 

Kepada Saidi wa Maulai Imam Ahmad Al-Hassan (as).

 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Salam atas Saidi wa Maulai Imam Mahdi. Salam atasmu, Ya Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad, dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

 

Saidi wa Maulai, saya sampaikan kepada tuan rukya salah seorang saudara Ansariyah:

بسم الله الرحمن الرحيم

Kepada Saidi wa Maulai, simpanan dan persediaan akhirat dan duniaku, penyejuk mata Rasulullah, dan menerima Al-Zahra’ Al-Battul dari dan jalur keluarga orang-orang baik dan membuahkan imam-imam terpilih, bapa ketua Mahdi-mahdi, Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad ke atas mereka, dan baginya selawat dan salam, Saidi wa Maulai

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

Tuan, saya melihat dalam tidur seolah-olah saya sedang sholat berjamaah di shaf-shaf yang tersusun, dan kiblat menghadap ke arah timur, dan shafnya kira-kira sepuluh baris atau kurang sedikit, dan imam jamaah berada di tengah-tengah shaf pertama para jamaah, dan ada orang perempuan di setiap shaf sebelah kiri, dan kedudukan mereka tidak lurus tetapi miring berbentuk bulan sabit, dan imam jamaah adalah Al-Syahid Syed Abd Al-Imam (rahimahu Allah), dan sholat itu adalah sholat wajib, iaitu empat rakaat, dan saya berada di tengah-tengah shaf bersama wanita, pada shaf suami saya, dan apa yang tidak tersembunyi pada tuan entulah jahil dari jalan kebenaran, setelah Syed Abd Al-Imam (rahimahu.Allah) selesai dua rakaat. Pada rakaat ketiga, Al-Syahid Syed Abd Al-Imam (rahimahu Allah) terdiam, dan sholat itu disempurnakan oleh Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad Ahmad Al-Hasan (as), dan dia berada di tengah-tengah shaf, yakni shaf di mana suami saya dan saya ketika itu. Maka apabila mendengar dan mengetahui Al-Syed akan menyempurnakan sholat yang terputus yang menimbulkan keributan di kalangan para jamaah, dengan mengatakan: Saya sholat di belakang Al-Syed Abd Al-Imam (rahimahu Allah) dan saya tidak tahu bahawa Ahmad Al-Hassan adalah orang yang akan menyempurnakan sholat ini. Sementara itu, Al-Syed (as) berpaling sedikit tanpa mengganggu sholat ketika saya berpaling kepadanya juga, kemudian suami saya meninggalkan sholat dan tempatnya tetap kosong. Dan kami menyelesaikan sholat.

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kami meminta tuan untuk berdoa, Wahai pintu Allah yang datang dari-Nya,

والصلاة والسلام على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

.والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .. والحمد لله رب العالمين .

 

Pengirim: Muhammad - Iraq

 

Jawapan:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Rukya itu menjanjikan khabar gembira bagi anda dan memberi amaran kepada suami anda. Kami bermohon kepada Allah agar dia mendapat hasil yang baik. Sholat adalah wilayah wali Allah dan bekerja dengannya dan di tangan wilayahnya. Semoga Allah memberi anda kejayaan untuk bekerja dengan kebenaran.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Rajab Al-Ashab / 1431 H.

 

Monday, 11 January 2021

 Soalan 632: Sholat Tanpa Takbir Atau Zikir

 

Dalam tidur, seolah-olah saya sedang sholat dengan ramai orang, tetapi saya tiba dan tidak menemukan tempat, saya mendorong salah seorang hadirin dan berdiri, kemudian yang lain mengerumuni saya, dan di antara orang-orang itu adalah bapa saudara (paman) saya, yang merupakan seorang syeikh hauzah. Tiba-tiba seorang tua mula mengimamkan sholat tanpa zikir atau mengucapkan takbir ketika mengerjakan sholat. Orang-orang mula berpusu-pusu, dan saya berusaha memberi amaran kepada mereka dengan mengucapkan takbir semasa solat, agar mereka dapat sholat yang sah tanpa manfaat, Seolah-olah sholat di jambatan dan tempatnya seperti jambatan di kota Samawah, tolong beri nasihat kepada kami, semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan.

 

Perkara kedua: Saya mengharapkan jawapan yang jelas, iaitu apa yang dapat dipelihara oleh Al-Syed, semoga Allah memeliharanya, pada Syed Ali Al-Sistani, Muhammad Sa’eid Al-Hakim, Bashir Al-Pakistan, Ahmad dan Ali Al-Baghdadi, mereka ini diperhitungkan?

 

Dan tuan memelihara mazhab.

 

Pengirim: Amir - Iraq

 

Jawapannya:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada anda. Rukya ini jelas dan ia menunjukkan kepada anda hakikat sholat sekarang dengan para fuqaha’ akhir zaman. Dan bahawa sholat mereka tidak ada takbir atau zikir, yang bermaksud bahawa sholat mereka tidak sah dan Allah tidak menerimanya Kerana mereka berpaling dari khalifah Allah, dan hakikat bahawa anda telah mulai memberi peringatan kepada mereka, insya Allah, semoga Allah memberi rahmat kepada anda dan membimbing anda ke arah kebenaran dan mengikuti seruan kebenaran dan menjadi salah seorang penyokong kebenaran. Adapun orang-orang yang anda tanyakan, mereka semua diseru supaya beriman dengan dakwah ini, yang merupakan seruan kebenaran dan orang yang dipusingkannya (berpaling), maka dia dari ahli neraka, seperti yang dikatakan oleh Imam Al-Baqir (as).

 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Muharram Al-Haram / 1432 H.

 

Sunday, 10 January 2021

 Soalan 600: Dakwah - berdialog

 

Saya melihat bahawa kami duduk di dewan besar, kami ansar berdialog dengan sebilangan orang, dan dewan itu besar dan di dalamnya ada orang yang sedang berdialog mengenai dakwah. Kemudian kami keluar dan saya pergi bersama seseorang yang memandu kereta semasa saya duduk di sebelahnya dan kami pergi ke kawasan luar Bandar, Subhana Allah ia sangat cantik. Kawasan itu menghadap ke sungai yang luas yang dipenuhi air, Kemudian kami berjalan di jalan tanah dan tiba-tiba keluar seorang lelaki yang membawa senjata dari kebun dan seseorang yang membawa senjata datang kepada saya. Dia membuat saya melihat dengan teropong senjata itu ke arah dua rumah yang menghadap ke sungai dan dua buah rumah bangunan lama. Dan dia berkata kepada saya: Dari sini Imam Ahmad Al-Hassan anda akan muncul, dan kami sedang menunggu dia muncul dan membunuhnya. Saya bertindak balas kepada mereka dan kami berjaga-jaga terhadap mereka, dan salah seorang daripada mereka berkata kepada saya: Kami (pihak tertentu) di sini menunggunya untuk membunuhnya ketika dia muncul, dan saya berkata kepada pemandu: Singgah sebentar, dan kami berdiri berjauhan dari mereka dan saya melihat mereka. Tiba-tiba mereka memasuki taman, Maha Suci Allah, semua tanah itu hijau dan sangat indah kecuali taman ini seolah-olah ia pada musim gugur atau tanah kering di tempat mereka masuk itu, dan saya terjaga dari tidur kira-kira jam 2 petang, semoga Allah memberi kejayaan. Apakah makna rukya ini?

 

Pengirim: yang ghaib yang dinantikan – Iraq

 

Jawapannya:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Semoga Allah memberikan anda kejayaan untuk semua kebaikan, dan saya meminta kepada Allah agar rukya anda akan menjadi baik untuk anda dan khabar gembira dari Allah untuk menolong agamaNya dan menzahirkan kebenaran meskipun orang-orang kafir dan munafik membencinya.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmed Al Hassan

Rajab Al-Asab / 1431 H.

 

 

Soalan 611: Menulis Doa Pagi Di Wajah

 

السلام عليك يا بن رسول الله ورحمة الله وبركاته .

 Khadam tuan yang lemah miskin ingin mendapatkan salam tuan, dan mendapatkan salam tuan bagi dirinya sebagai barang dagangan yang bercampur-campur, dan berkata dengan hatinya yang penuh dengan tauhid kepada Allah dan pengiktirafan kepada tuan: Dia telah menyentuh kami dan keluarga kami dengan kesulitan, maka hulurkanlah kepada kami. Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka yang bersedekah.

Tuan, tolong tafsirkan rukya isteri saya, ketika dia melihat dalam mimpi bahawa dia menulis doa pagi di wajah saya ketika membaca.

 Adakah mungkin bagi seorang wanita boleh melihat rukya yang benar ​​jika dia tidur ketika dalam janabah atau haid?

Pengirim: Al-Musawi - Iraq

 

Jawapannya:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

 Orang yang beriman dapat melihat rukya yang benar, walaupun dia dalam janabah atau haid, dan rukyanya baik untukmu dan baginya, insya Allah, saya bermohon kepada Allah untukmu kebaikan di akhirat dan dunia. Dialah pelindungku dan dialah yang menjaga orang-orang yang soleh.

 والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 .

Ahmad Al-Hassan

Rajab Al-Ashab / 1431 H.


 

 

Soalan 492: Khomeini ketika dia meminta bantuan pada Al-Zahraa’

 

Saya dan seorang kawan lama saya berjalan dan kami memasuki tempat di mana kami melihat Imam Khomeini duduk di atas timbunan daging lembu, mengaisnya dan menangis serta meminta pertolongan dengan Al-Zahraa’ dan menaburkan tepung gandum (bulgur) ke atas daging. Oleh itu, saya duduk menghadap imam dan mulai melakukan perkara yang sama, mengais daging dan menaburkan tepung gandum (bulgur) ke atasnya, menangis, dan meminta pertolongan dengan Al-Zahraa’. Saya menunjukkan kepada rakan saya untuk pergi bersama saya, tetapi dia tidak melakukannya. jadi Imam Khomeini memberi saya sebiji thobah (bebola) daging dan mengatakan kepada saya: Sekiranya daging ini telah rosak, maka dia bukan imam dan daging ini tidak rosak. Dan saya mengamati bebola daging itu, dan saya amat kagum, dan saya mula menghulurkannya kepada orang ramai lalu saya memberitahu mereka: Al-Syed Ahmad adalah Al-Imam, dan saya mula mencabar mereka bahawa daging ini tidak akan rosak, lalu dia memberitahu saya: Ada di dalam karya Al-Syed Ahmad yang tidak dijumpai di seluruh dunia, tetapi saya melupakannya.

 

Penghantar: 3amili – Jerman

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Semoga Allah memberikan anda kejayaan untuk semua kebaikan, dan saya mohon kepada Allah agar menjadikan rukya anda benar, dan melihatnya dipenuhi kebenaran dengan rahmat Allah kepada anda dan orang lain, dan sesungguhnya Allah membimbing manusia kepada kebenaran dan mengenalkan mereka kebenaran dan menjadikan mereka mengikuti kebenaran dengan limpah kurniaNya ke atas mereka akan kesucian-Nya.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Ahmad Al-Hassan

Safar / 1431 Hijrah

Saturday, 9 January 2021

Soalan 818: Membaiki dan mengendalikan sistem kuasa elektrik untuk menerangi dunia

 

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلي على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً،

السلام عليكم يا آل بيت النبوة ورحمة الله وبركاته:

  Saya melihat rukya beberapa bulan yang lalu. Iaitu saya berdiri bersama Yamani Aali Muhammad Al-Syed Ahmad Al-Hassan - Padanya dan pada mereka selawat Tuhanku - di rumah tempat aku tinggal. Kami berdiri di pekarangan rumah itu. Di hadapan kami ada sebuah pondok pertanian dengan pohon-pohon kurma, jadi saya katakan kepadanya: Sila duduk di sofa. Ia adalah di tempat yang sama, lalu dia (as) pun duduk di atasnya., jadi saya katakan kepadanya, "Mahukah saya letakkan tilam yang baru untuk tuan," Katanya: "Tidak mengapa."

Oleh itu, saya meletakkannya dan duduk di atasnya, dan pada masa itu salah seorang ansar muncul di sebelah saya (saya pernah berbincang dengannya pada hari sebelumnya, mengenai tajuk yang berkaitan dengan dakwah dan terdapat beberapa perbezaan dalam perbincangan tersebut). Oleh itu, saya memberitahu Al-Syed (as) bahawa kata-kata ini telah diberitahu kepada rakan saya dan dia tidak bersetujui dengannya. Dia berkata, Salam Allah atasnya, bahawa kata-kata ini dari Allah. Mengapa mereka tidak berpuas hati dengannya. Di sini kelihatan wajah rakan saya tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh Al-Syed (as), dan sementara itu saya dapati Syeikh Nadzim Al-3uqaili duduk di antara saya dan Al-Syed (as). Syeikh Nadzim memberi isyarat kepada saya apa maknanya dan mengapa saudara ini mengatakan sedemikian di hadapan Al-Syed dan memberhentikannya. Kemudian gambar Syeikh dan rakan saya hilang, dan saya tinggal bersendirian dengannya (as), dan dia berkata kepada saya, Ikutlah saya, jadi saya pergi bersamanya ke ladang kurma yang ada di sekitar rumah dan ada alat penjana tenaga elektrik yang sangat besar (voltan tinggi). dan alat ini menghasilkan tenaga untuk seluruh daratan dan ia tidak berfungsi, Lalu Al-Syed (as) memberitahu saya: kamu berdiri di kunci utama alat ini, dan ketika saya memberitahu kamu, tekanlah untuk menghidupkannya, dan dia (as) meraih tongkat di tangan kanannya, dan dia berkata, saya akan memperbaikinya dari sini (di tengah-tengah peralatan), jadi saya berkata kepada Al-Syed (as). Perlukah saya bawa perkakas itu kepada tuan? Dia berkata, Baiklah, jadi saya pergi membawa perkakas itu dan melihat tempat perkakas itu dan ia digantung di dinding, jadi saya dapati hanya sebilangan kecil, dan ada di antaranya yang tidak sesuai untuk digunakan, jadi saya berkata pada diri sendiri di mana yang itu dan yang ini... ... Oleh itu, saya mengambil kit yang ada semasa saya menyembunyikannya di belakang saya dan kembali kepada Al-Syed berhampiran peralatan itu, saya malu padanya kerana kit itu. Al-Syed (as) berkata kepada saya. Tidak mengapa kita akan menghidupkan peranti (peralatan), anda dan saya, oleh itu Al-Syed (as) meletakkan tongkatnya di salah satu bahagian peranti dan ia ada di tengahnya dan dia menggerakkannya tiga kali, lalu dia menyuruh saya menekan butang kuasa dan saya menekannya dengan jari, lalu alat itu mula berfungsi dengan cara yang terbaik dan menyinari seluruh daratan. Kemudian kami berjalan dan ada tentera berdekatan kami seolah-olah situasi diselesaikan untuk Al-Qaim (as), jadi salah seorang tentera datang mendekati kami dan mengatakan bahawa ada skuad pesawat datang ke arah kami. Kemudian Al-Syed (as) berkata kepada saya, "Tinggalkan mereka, dan mereka tidak akan dapat melakukan apa-apa lagi selepas ini.".

والحمد لله رب العالمين

 اللهم تب علينا وأغفر لنا وارحمنا، اللهم أرفعنا تواضعا لك واحفظنا لجوءاً إلى كهفك وانصرنا بخسران أنفسنا في سبيلك وعلمنا علما نكسب فيه رضاك واجعلنا من أنصار محمد وآل محمد صلوات ربي عليهم وحجراً بيد قائم آل محمد )صلى الله عليه وآله( والسلام عليكم يوم كنتم أنواراً ويوم ولدتم ويوم تموتون ويوم تبعثون .

 Ya Allah, terimalah taubat kami, ampunilah kami, dan kasihanilah kami. Ya Allah, tingkatkanlah kerendahan hati kami kepada-Mu, peliharalah dan lindungilah kami di gua-Mu, dan bantulah kami dari kami merugikan diri kami di jalanMu, dan ajarkan kami ilmu yang dengannya kami berusaha mencari redhaMu. Dan jadikanlah kami sebagai salah seorang ansar Muhammad dan Aali Muhammad – selawat Tuhanku atas mereka - Dan batu di tangan Qaim dari Aali Muhammad (S). Salam atasmu pada hari kamu menjadi cahaya, pada hari kamu dilahirkan, hari kamu dimatikan, dan hari kamu dibangkitkan..

 

Jawapannya:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 Saya mahon agar Allah memberikan anda kejayaan dan membimbing langkah-langkah anda, dan mungkin rukya anda jelas kepada anda dan bahawa itu adalah dalam bimbingan penciptaan dan penyampaian cahaya dan kebenaran kepada mereka, saya mahon agar Allah menjadikannya benar dan membimbing ciptaannya ke jalan yang lurus. Dia adalah pelindung saya dan dia adalah orang yang melindung orang-orang soleh.

 

Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah