Wednesday, 23 December 2020

 

Soalan 817: Ingin bertemu Al-Yamani – Rukya meninggalkan dakwah

 

Al-Salamu 3alaikum, Tuan dan Maulai, Adakah saya akan mendapat penghormatan tuan, untuk melihat tuan suatu hari nanti? Dan mengapa salah seorang ansar melihat saya seolah-olah saya telah meninggalkan dakwah walaupun saya berpegang teguh dan mengorbankan segalanya untuknya?

 

Pengirim: Ali / Baghdad – Iraq

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Berkenaan dengan permintaan anda untuk melihat Ahmad Al-Hassan, saya meminta kepada Allah untuk memudahkan tempat yang selamat bagi kita dari limpah kurnia-Nya dan sejumlah orang yang benar-benar beriman yang akan dilindungi dari musuh-musuh Allah dan menghalangi Iblis dan tenteranya dari mereka yang menguasai bumi ini agar kita dapat mendirikan solat dengan orang-orang yang beriman dan wanita yang beriman dan bertemu dengan mereka dan menjelaskan kebenaran kepada manusia dan menyingkap akidah-akidah yang batil yang menyimpang dari agama Allah dari ulamak sesat dalam mengepalai kesaksian sebagaimana Allah mempermudahkan Yatsrib dan para penyokong (ansar) Rasulullah Muhammad (S). Dengan itu Muhammad (S) sebelum berhijrah ke Yatsrib (Madinah Al-Munawarah). Baginda menghabiskan waktu bertahun-tahun tidak aman dan terpaksa bersembunyi dari orang-orang kafir Quraisy di ceruk-ceruk dan di gua / lereng-lereng bukit dan berhijrah ke Taif. Tetapi para penduduk tetap juga ingin membunuhnya, jadi dia melarikan diri dari mereka, dan orang-orang Islam berhijrah ke Habasyah, di mana mereka dizinkan oleh Najasyi yang dikurniakan Allah keamanan dan seterusnya sehingga Allah menghendaki RasulNya, dan Islam diperteguhkan dan ditolong, ketika Rasulullah (S) ditolong oleh Al-Aus dan Al-Khazraj, dan mereka membuka kota mereka dan menyenangkan di dalamnya dengan keamanan dan meyakinkan manusia dengan dakwah agama kebenaran, hujahnya muncul kepada semua manusia, kebenaran muncul dan kepalsuan tersingkap, dan ini adalah sunnah Tuhan dan dunia adalah tempat penderitaan dan ujian, dan dengan tahap kesusahan mendapatkan ganjaran pahala dan orang pertama yang mengalami kesusahan dan keletihan dan ganjaran yang ditanggung olehNya adalah Khalifah Allah di bumiNya

 

﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّراء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللهِ قَرِيب﴾

 

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. [Al-Baqarah 2:214] 

 

Perhatikan sehingga Rasul berkata: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Iaitu, sehingga pertolongan sampai di ambang keputusasaan; Sehingga Rasulullah sendiri hampir kehabisan kesabaran dan meminta pertolongan kerana baginda hampir tidak dapat mempertahankan kesabaran ketika baginda dalam keadaan berpindah dan berperang)

 

﴿حَتَّى إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّواْ أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُواْ جَاءهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاء وَلاَ يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ﴾

 

Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan telah meyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu pertolongan Kami, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa Kami dari pada orang-orang yang berdosa. [Yusuf 12:110] 

 

 

Secara umum, risalah dimulai dengan dakwah, dan ketika Utusan mengumumkan seruannya, dia mampu untuk jangka waktu muncul di hadapan manusia dan menyeru mereka kepada kebenaran oleh dirinya sendiri, dan ketika seruannya bertambah serius dan ansarnya meningkat, para ulama (penunggang agama) takut akan kedudukan mereka yang batil, oleh itu, mereka merancang dan memperdaya untuk membunuh Rasul pada orang-orang yang menyembah mereka (ulamak sesat) selain Allah, dan pengikut-pengikut yang sesat tidak menyangka bahawa alasan fatwa-fatwa ini adalah kelemahan rujukan ulamak sesat dan ketidakupayaan kepalsuan mereka untuk berdiri di hadapan kebenaran. Para utusan terpaksa bersembunyi sehingga Allah memungkinkan mereka. Inilah perjalanan perjuangan yang dilalui para rasul dan bersembunyi untuk suatu jangka masa sehingga Allah membukakan jalan (kemenangan) kepada mereka. Apabila ada jumlah dan peralatan yang mencukupi untuk mencegah dan menangkis kejahatan tentera iblis dari penunggand agama yang bersifat Iblis di mana mereka disembah di samping Allah.

 

Mengenai apa yang anda katakan bahawa salah seorang dari mereka melihat rukya bahawa anda meninggalkan dakwah kebenaran, maka anda harus memberikan sumbangan, dan Insya Allah, Allah akan melindungi anda dan meneguhkan anda di jalan yang lurus.

 

Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah

Tuesday, 22 December 2020

 Soalan 816: Makna Al-Mahdi ada di dalam diri dan di mana-mana

 

Al-Salamu 3alaikum, tuan dan maulai. Saya elihat bertahun-tahun yang lalu seolah-olah saya berada di sebuah kelas di Kolej Kejuruteraan, dan tiba-tiba profesor di kelas itu mendekati saya dan berbisik di telinga saya dan berkata: Salam dari Imam Al-Mahdi kepada anda secara khusus, saya berkata: Mengapa saya?

 

Profesor itu berkata: Saya akan memberitahu anda sesuatu yang jangan anda sampaikan kepada sesiapa kerana Mahdi (as) ada di dalam (diri) kamu, Kemudian saya berkata: Adakah saya imam itu? Lelaki itu berkata: Jangan terkejut, kerana Mahdi ada di mana-mana, Oleh itu apa tafsiran rukya aneh ini?

 

Pengirim: Ali / Baghdad – Iraq

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Saya bermohon kepada Allah agar anda dalam keadaan sihat dan merahmati anda dengan rahmatNya. Makna (Mahdi ada di dalam (diri) anda) adalah, bahawa anda akan dibimbing kepada pengikutnya, mengikutinya, mendokongnya dan menerapkan apa yang dia katakan, dan makna (Mahdi ada di mana-mana) iaitu pengetahuan tentang kebenaran dan bimbingan tertanam pada manusia dan itu adalah fitrahnya.

 

﴿فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴾

 

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. [Al-Syams 91:8] 

 

Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah

 .

 

Soalan 815: Rukya Peringatan

سلام عليكم ورحمه الله وبركاته

اللهم صلي على محمد وآلِ محمد الأئمة والمهديين جميعاً وسلم تسليماً كثيرا.

 

Tuan dan maulaku Imam Ahmad Ibn Al-Hassan, Saya telah menulis kepada anda kira-kira tiga bulan yang lalu mengenai rukya yang saya lihat dalam tidur saya, tetapi sayangnya hingga sekarang, saya belum lagi mendapat jawapannya. Dan saya meminta penjelasan mengenai rukya itu kerana saya keliru dengan rukya itu. Saya akan mengatakan rukya untuk kali kedua dan saya harap tuan menjawabnya.

 

Saya adalah seorang yang beriman dengan dakwah tuan selama hampir tiga bulan, iaitu, pada hari yang sama saya melihat rukya itu secara kebetulan, saya memasuki bilik Paltalk tuan dan mendengar tentang dakwah ini dan saya mempercayainya selama ini, tetapi pada hari yang sama saya melihat dalam rukya serangga-serangga hitam aneh yang berkerumun seperti lebah yang terbang ke telinga saya, menyengat dan menusuknya, dan ketika saya melihat sendiri, saya terbakar dari leher ke telinga saya, serangga-serangga telah menusuknya. Seolah-olah tafsirannya adalah saya seorang yang murtad dari Islam. Ini adalah kali pertama.

 

Setelah kira-kira sebulan, saya masuk semula bilik Paltalk untuk kali kedua, dan mendapat rukya kedua pula.

Penampilan saya berbeza dari sekarang. berupa seorang tua beruban dengan umur yang ditunjukkan oleh kepala saya, yang lemah dan luka kesemuanya, dan tafsirannya sama dengan tafsiran rukya pertama. Saya meminta tuan, wahai maulaku, untuk menjelaskan dua rukya itu kepada saya, kerana demi Allah saya amat keliru.

 

Pengirim: Abdul Aziz - Kuwait

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Maksud dari apa yang anda tulis bahawa anda tidak beriman dengan dakwah kebenaran yang didakwahkan kepada anda oleh ansar Imam Al-Mahdi, itulah Islam, dan barangsiapa yang tidak beriman dengannya. keadaannya tidaklah seperti apa yang anda gambarkan sendiri dalam apa yang anda tulis. Saya pohonkan kepada Allah agar memberikan islah keadaan anda dan menghindarkan pembohongan dan para pendusta, dan membimbing anda ke jalan yang lurus, dan menjauhkan anda dari mereka yang sesat dan menyeleweng, jika anda mencari petunjuk dan kebenaran, dan Dialah yang paling penyayang dari yang menyayang.

 

Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah

Monday, 21 December 2020

 Soalan 814: Sambutan Dakwah

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Pujian bagi Allah yang membukakan kepada saudara-saudara kita pintu-pintu ini bagi mendekati Qaim Keluarga Muhammad (S) dan semoga Allah membalas mereka dengan ganjaran yang terbaik bagi orang-orang yang melakukannya.

 

Seolah-olah saya membawa pelbagai jenis roti yang baik yang telah kami bakar di rumah yang kami panggil (Bathbuth dari Maghribi). Saya membawanya kepada kumpulan dalam sekelip mata. Kumpulan itu mula melemparkan batu ke arah saya, lalu saya melarikan diri dari mereka dan memasuki sebuah rumah sederhana di mana saya menjumpai orang yang berkulit sawo matang dan tinggi (Terfikir dalam fikiran saya bahawa dia adalah bapa saudara saya dan namanya Muhammad). Saya dapati orang itu duduk di atas tanah dengan meja kecil yang sederhana di hadapannya - dia sedang menyiapkan makanan, jadi saya letakkan roti untuknya di atas meja, lalu dia tersenyum kepada saya. Pujian hanya kepada Allah sahaja

 

Mohon ampunan kepada Allah sekiranya ada terlupa sesuatu atau tersalah dalam menyampaikan rukya ini.

 

Pengirim: Khadam tuan Shafiq – Maghribi.

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم

تسليماً.

 

Roti adalah kesaksian pada jalan Allah (Fi Sabilillah), kerana anda menyampaikan kesaksian ini kepada manusia dan meminta mereka untuk memberi kesaksian akan kebenaran. Hasilnya mereka mungkin hidup di sisi Tuhan mereka, yang memberikan rezeki dan ditulis dalam catatan kehidupan yang kekal, dan sepertinya kamu membawa kesaksian ini kepada orang-orang yang tidak mengalu-alukannya, bahkan mereka mungkin dari orang-orang yang mati di akhirat yang nama mereka tidak ditulis dalam catatan kehidupan dan mereka tidak layak untuk memberi kesaksian akan kebenaran dan agama Allah dan khalifah Allah. Pada orang yang kamu bawa roti dan meletakkannya di atas meja serta menerimanya, maka dia juga adalah orang yang akan kamu berikan kesaksian tentang kebenaran dan menerimanya, insya Allah, dan Allah akan menulisnya dalam catatan kehidupan, dan dia akan termasuk di antara para syuhada yang hidup dan dikurniakan rezeki di sisi Tuhan mereka.

 

Ahmad Al Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah

 

Soalan 813: Jangan Sia-siakan Amalan

     

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله األئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Pujian bagi Allah yang membukakan kepada saudara-saudara kita pintu-pintu ini bagi mendekati Qaim Keluarga Muhammad (S) dan semoga Allah membalas mereka dengan ganjaran yang terbaik bagi orang-orang yang melakukannya.

 

Saya melihat (bermimpi), saya berlindung kepada Allah dari keakuan (Al-Ana), seolah-olah saya membawa susu untuk sekumpulan orang, saya tidak ingat sama ada mereka adalah ansar atau tidak, lalu saya memberikan susu itu kepada salah seorang daripada mereka sehingga dia menuangkannya ke dalam sebuah bekas. Bekasnya itu seperti sebuah botol. Kemudian, orang itu mula menuangkan susu itu ke dalam bekasnya. Seakan-akan dia membuangnya ke tanah, lalu saya bertegas untuk menuangkan sendiri susu itu. Mereka seharusnya membayar saya dengan harga kira-kira 25 dirham, tetapi mereka mula menunda-nunda dan menyeret saya ke perbualan lain dengan harapan saya melupakan harga dan pergi, tetapi saya berkeras dan mengambil bayaran dari mereka dan pergi. Apabila saya membuka tangan saya dan saya dapati hanya (5 dirham), saya mencari yang selebihnya dan menemui wang kertas 20 dirham di tanah, jadi saya mengambilnya dan pergi. Kali kedua, wang kertas 20 itu terbang dari saya ke suatu dinding yang tinggi, dengan itu saya mahu memanjat dinding itu dan hujan mula turun. Dindingnya seperti dinding gudang, setiap kali saya meletakkan tangan di sebelahnya ia akan tergelincir dan saya meletakkan pula di tempat yang lain sehingga saya dapat mengambil wang kertas itu. Semasa saya turun dari dinding itu, saya dapati pakaian saya mempunyai kesan cat kuning dan rukya berakhir, Al-Hamdu Lillah

 

Pengirim: Khadammu Shafiq - Maghribi

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 

Susu adalah ilmu dan harganya adalah hasil perbuatan baik yang anda dapat dari orang-orang yang beriman dan mereka yang mencari kebenaran, kerana anda memberi manfaat kepada mereka dengan memindahkan pengetahuan ini kepada mereka atau anda mempermudah penyebarannya kepada mereka dan pengumpulannya, dan untuk wang yang anda dapat dengan sukar, ini bermaksud bahawa anda mungkin telah mewujudkan kerja baik anda dengan beberapa jenis keburukan dan bahaya. dan kegagalan ini dari anda yang akan menyebabkan kurang pahala dan perbuatan baik anda itu, tetapi Allah merahmati anda, Dia tidak mengurangi pahala anda dengan cara apa pun, dan bagi sebahagian wang yang jatuh dari anda atau terbang, itu adalah ungkapan dari perkara pertama yang sama, iaitu, sebahagian besar perbuatan baik anda hilang dan anda mengambilnya dengan susah payah, iaitu mengembalikannya kepada anda kerana melawan diri anda dan membawanya kepada apa yang anda benci dan itu menerima pendapat yang bertentangan dengan pendapat anda atau meminta maaf atas kesalahan tersebut.

 

Anda berhak untuk tidak meminta maaf dan mengotorkan pakaian anda, temuilah orang yang melakukan keburukan kepada anda dengan baik dan layanlah mereka sebagai teman dan kebaikan, semoga Allah merahmai kamu.

 

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى﴾

 

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima),. [Al-Baqqarah 2:264]

 

Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah

 

Soalan 7: Rukya (mimpi) sebuah taman hijau yang luas

 

Soalan 7: Saya pernah bermimpi tentang Yang Mulia Tuan, Imam Al-Mahdi (as) berbicara pada saya melalui tingkap sebuah bilik yang mana saya berada dalam bilik tersebut, beliau bersabda: “Saya sangat dekat” kemudian beliau menunjukkan ke arah sebuah rumah kecil yang berdekatan dengan tempat ini dan bersabda: “Itu adalah rumah saya dan jika kamu naik ke atas atap, kamu akan dapati sebuah taman hijau yang luas.” Apakah tafsir rukya (mimpi) ini bagi Sayyid Ahmad Al-Hassan? Semoga Allah membalas kebaikan tuan.

 

3ala’ Razaq,

6/Rabi3 Al-Awwal /1426 H

 

Jawaban: 

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين.

Hijau itu adalah agama dan atap adalah mi’raj dalam kerajaan Allah (Malakut Al-Samawaat).

 

Dan di dalam rukya (mimpi) ini, anda mempunyai sebuah aspek yang mudah di antara kedua tangan anda, dan ia adalah Laman Web Ansar di internet, dan taman hijau yang luas itu adalah pengetahuan yang terkandung di dalam laman web tersebut, atap itu adalah alam maya; kaedah komunikasi untuk internet, dan tingkap itu adalah tetingkap (window) untuk laman web tersebut, dan rumah tersebut adalah laman web itu sendiri, yang lebih kecil saiznya.

 

 

Ahmad Al-Hassan

 

Saturday, 19 December 2020

 

Soalan 6: Mengenai rukya peribadi

 

Soalan 6: Terima kasih kerana memberi perhatian kepada seorang manusia yang sesat seperti saya yang mencari imam dan menghalangnya dari mementingkan diri (ananiah) dan cintakan dunia, dan sekarang saya mempunyai rukya (mimpi) yang ingin saya tanyakan kepada tuan, dan bayangannya berkisar mengenai Syed Ahmad Al-Hassan.

 

Kira-kira setahun yang berlalu dari sekarang, saya dan sekumpulan rakan-rakan bercakap tentang perkara Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan kesahihan kata-kata beliau, pada malam yang sama saya melihat dalam mimpi: Saya dan abang saya, Fahmi dan kawan saya Encik Ghalib berdiri pintu Hadhrat Imam Ali (as), pintu sebelum pintu makam Thahir, kami berdiri dan melihat kepada makam dikelilingi lingkaran cahaya melalui pintu makam, yang terasa seperti kami melintasi pintu pertama dan pintu kedua yang lain daripada kami. Itulah rukyanya Wa Allahu A3lam.

 

3ala’ Razak

7 / Rabi3 Al-Awwal / 1426. H

 

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين

Sedemikian itulah kebaikannya, InsyaAllah.

 

Ahmad Al-Hassan