Wednesday, 24 April 2019

Rukya Para Nabi - Rukya Masyarakat Umum 02


Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 13
...

Oleh itu, jelaslahا bahawa pendapat terdahulu untuk-menginkari kesahihan rukya yang bukan maksum bagi memelihara rukya yang maksum atas alasan tidak dicampuri syaitan dalam rukya mereka, maka dengan itu Ibrahim Al-Khalil membuat pertimbangan untuk memastikan syaitan atau tenteranya tidak masuk dalam rukyanya (as), dan hadits-hadits lain akan dibawakan, tetapi para wali Allah mereka adalah dalil bagi Allah Yang Maha Suci, Dia meminta pertolongan dari Allah, dan Allah mendengar dan menjawabnya, dan Dia menjadikan mereka berbeza di antaranya, antara kebenaran dan kebatilan. Dan lihatlah pembaca yang mulia dari perjalanan Ibrahim (as) setelah (Arafah) di mana Syaitan (la) telah mencoba mengwas-waskan, Al-Khalil (as) sekitar pelaksanaan perintah ilahi selepas dia memastikan mandatnya, dia didatangi seorang yang sangat tua dan bercakap dengan Ibrahim (as) untuk meragui rukyanya seperti yang dinyatakan dalam hadits dari Imam Al-Shadiq (as), tetapi Ibrahim meneruskan tugasnya.

Dari Abi Ja’far Al-Baqir (as): ( ......: dan Kemudian dia meletakkannya dan mengambil pisau dan diletakkannya di kerongkongnya. Beliau berkata: Seorang tua datang dan berkata: Apa yang kamu hendak lakukan pada budak ini? Dia berkata: Aku mahu menyembelihnya, dia berkata: Maha Suci Allah, seorang budak yang tidak melanggar perintah Allah dalam sekelip mata kamu akan menyembelihnya? Beliau berkata: Ya, Allah telah memerintahkan aku untuk menyembelihnya, lalu dia berkata: tetapi Tuhanmu melarangmu dari menyembelihnya, dan sesungguhnya Syaitan memerintahkan kamu dalam tidurmu, beliau berkata: Celakalah engkau, ucapan yang kudengar adalah apa yang sampai kepadaku, apa yang kamu lihat, tidak demi Allah dan tidak kucakap kepadamu, dan kemudian dia berazam untuk menyembelih. Orang tua itu berkata: Ya Ibrahim! Kamu seorang imam yang diikuti, Jika kamu menyembelih anakmu, manusia akan menyembelih anak-anak mereka sedikit demi sedikit, jadi dia enggan bercakap dengannya. Abu Bashir berkata: Aku mendengar Aba Ja'far (as) berkata: Lalu diletakkan di Jamrah Al-Wustha dan kemudian mengambil pisau dan meletakkannya di halkumnya dan kemudian mengangkat kepalanya ke langit dan kemudian membunuhnya Lalu Jibrail (as) membalikkan halkumnya, Apabila Ibrahim,melihat ianya terbalik lalu Ibrahim membalikkannya semula mukanya dan Jibrail membalikkan ke sisi. Dan ia melakukannya berulang kali, dan kemudian dia menyeru dari perjalanan masjid Al-Khaif: "Wahai Ibrahim, telah benarlah rukya kamu..." [1].

Syaitan (la) mengwas-waskan setiap usaha Al-Khalil Allah dan anak-anak Adam (as) yang lain, tetapi aulia Allah tetap tidak melihat melainkan Allah dan Dia memelihara mereka dan menyokong mereka, sehingga mereka menghabiskan perintahNya Yang Maha Suci. Bagi sesiapa yang meragui Allah, dia tidak menerima kalam Allah Yang Maha Suci dan oleh itu tidak menerima wahyu Allah Yang Maha Suci (rukya).

Bahawa Aali Bait nubuwah (as) telah menggambarkan kepada kita keupayaan syaitan, yang tidak dapat berpakaian (menyerupai) dalam bentuk aulia Allah Yang Maha Suci, tidak dapat mencontohi gambar nabi dari imej para nabi terutama imej penutup para nabi dan washi-washinya,


---------------------------
1- Al-Kafi: J 4.207-208


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 14


Bahkan tidak boleh menyerupai Syiah Amirul Mukminin (as) secara umum, dan dalam hal ini hadits Ahl al-Bait (as) menggambarkan dengan bentuk dan medan yang berbeza dan sebahagian dari hadits-hadits ini ialah:

Apa yang diriwayatkan dari Rasulullah (S), sabdanya: Apabila sampai zaman rukya orang beriman tidak lagi didustakan, Dan mereka membenarkan rukya, mereka membenarkan percakapannya [1]

Kebenaran hadits ini adalah jelas bukan untuk para nabi dan washi, ia adalah untuk orang awam, dan Nabi (S) mengatakan bahawa rukya orang beriman ini hampir-hampir tiada kedustaan. Ini dalam rukya dalam bentuk umum tidak pada maksum dalam bentuk khusus seperti yang dijelaskan dari Hadits yang mulia tersebut.

Apa yang dikatakan oleh Rasulullah tentang kehendak rukya dan pemiliknya, di mana baginda (S) bersabda: Yang terbaik di antara kamu adalah yang utama pengertiannya (Ulu Al-Nuha). Lalu dikatakan: Wahai Rasulullah, siapakah Ulu Al-Nuha itu? baginda (S) bersabda: Ulu Al-Nuha adalah yang utama pada mimpi benar [2]

Apa yang diriwayatkan dari Al-Redha (as) dari bapa-bapanya bahawa Rasulullah (S) bersabda: Sesiapa yang menziarahiku dalam mimpi telah (benar-benar) menziarahiku, kerana syaitan tidak mewakili bentuk rupaku mahupun bentuk rupa salah seorang washi-washiku dan tidak dalam bentuk salah seorang daripada Syiah mereka, dan rukya yang benar adalah sebahagian daripada Tujuh puluh bahagian nubuwah [3]

Dari Mereka (as) bahawa Rasulullah (S) bersabda: Sesiapa yang melihatku dalam mimpi telah melihat Aku, kerana syaitan tidak mewakili bentuk rupaku mahupun bentuk rupa salah seorang washi-washiku dan tidak dalam bentuk salah seorang daripada Syiah mereka, dan rukya yang benar adalah sebahagian daripada Tujuh puluh bahagian dari nubuwah.) [4]

Dalam hal ini terdapat riwayat hadits seorang Arab dusun yang datang kepada Rasulullah (S) dan dia adalah seorang pelayan yang cantik. Dia berkata: Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku tentang firman Allah AWJ

﴿الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ * لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۚ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ﴾

(Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. * Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. [5]

--------------------------
1 – Al-Amali – Al-Syeikh Al-Thusi: hal 386, Bihar Al-Anwar: J 58 hal ,172 Mustadrak Safinah Al-Bihar: J 4 hal ,31 Mizan Al-Hikmah: J 4 hal.1012
2- Bihar Al-Anwar: J 58 hal 190.
 Seperti yang dinyatakan banyak Hadtis mengenai rukya di bahagian ini, - sila rujuk Mizan Al-Hikmah - oleh Al-Risyahri:.J 2, hal 1013
3 – 3uyun Akhbari Al-Redha (as) – oleh Al-Syeikh Al-Shaduq: J 1 hal ,288 Midainah Al-Ma3ajaz – oleh Al-Bahrani: J 7 hal.183
4- Man La Yahdhuruh Al-Faqih - oleh - Al-Shaduq: J 2 hal ,585 Al-Amali - oleh - Al-Shaduq: J 2 hal 1210 Raudah Al-Wa3izin: hal,234 Wasail Al-Syi3ah Al-Islamiyah: J 10 hal,4360 Bihar Al-Anwar:- oleh Al-Syeikh Al-Majlisi: J 49 hal.283 .
5- Yunus 10: 63-64


Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 15

Maka Al-Mustafa (S) bersabda: Adapun tentang firman Allah AWJ
﴿لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا﴾
"Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia.
Ia adalah: rukya yang baik yang dilihat oleh orang mukmin sebagai berita gembira di dunia
Dan mengenai firman Allah AWJ:
﴿وَفِي الْآخِرَةِ﴾
dan di akhirat.
adalah berita gembira orang mukmin pada masa kematiannya, sesungguhnya Allah telah mengampunkan kamu dan sesiapa yang membawa kamu ke kubur." [1]

Di sini ternyata bahawa para nabi (as) diuji juga dengan rukya, dan syaitan tidak boleh menyerupai bentuk rupa para nabi dan rasul Allah dan wali-waliNya, bahkan juga Syiah mereka, bukan ini sahaja, bahkan salaf yang soleh akan bersedih dan bermuram durja jika tidak melihat rukya; kerana rukya mereka adalah nisbah jarak dengan Allah yang Maha Suci seperti yang kita dengar dari mereka, dan para imam menghina perkara itu kepada mereka yang mengatakan rukya mereka, dan ini diriwayatkan di beberapa tempat, sebahaguannya adalah:

Diriwayatkan Al-Shaffar (atasnya rahmat) dengan sanad dari Muhammad Al-Rafi’ei, beliau berkata: Saya mempunyai seorang sepupu memberitahunya Al-Hassan bin Abdullah, dan telah disembah rakyat pada zamannya, dan dia menemui Sultan dan mungkin menghadapi Sultan bercakap nasihat yang keras kepadanya dan menyuruh berbuat baik, dan Sultan mampu berbuat demikian untuk kebaikannya, jadi ini masih berlaku hingga hari Abu Al-Hassan Musa (as) memasuki masjid lalu merendahkan diri kepadanya, maka beliau berkata kepadanya: Wahai Aba Ali, apa yang saya sukai dengan apa yang ada di dalamnya dan yang memikatku padamu tidak lain kamu tidak mempunyai pengetahuan dan pergilah cari pengetahuan (makrifah). Beliau berkata: Semoga aku menjadi tebusanmu, makrifah apa? Dan dia berkata kepadanya, "Pergilah, fahamilah dan tuntutlah ilmu hadits. Dia berkata: Dari siapa? Beliau berkata: Anas bin Malik dan para fuqaha penduduk Madinah, kemudian lihat hadits denganku. Beliau berkata: Pergi dan bercakap kepada mereka dan kemudian membaca dan menggugurkan semuanya dan kemudian beliau berkata kepadanya: Pergi dan tuntutlah pengetahuan. Orang yang dilantik dengan agamanya masih mengamati kepada Aba Al-Hassan (as) sehingga dia pergi ke ladangnya dan mengikutinya dan layak di jalannya, Dia berkata kepadanya, "Semoga aku menjadi tebusanmu,....." Kemudian dia berikrar dengannya dengan wilayah Amirul Mukminin (as), dan kemudian dia terus berdiam, dan tidak ada yang melihatnya bercakap-cakap selepas itu. Dia sebelumnya telah melihat rukya yang baik, dan kemudian rukya itu terputus dan dia melihat Aba Abdullah (as) pada suatu malam, ketika tidur dia melihatnya dan mengadu bahawa rukya itu terputus. Dia berkata: " Jangan diam, orang yang beriman, sekiranya dia teguh dalam iman, dia akan ditinggikan dengan rukya." [2]


---------------------------
1 - Al-Kafi: J 8, hal 90, Man La Yahdhuruh Al-Faqih - J 1 hal 133, Wasail Al-Syi3ah Al-Islamiyah: J 2 hal,828 Bihar Al-Anwar: J 58 hal 159
2 - Bashair Al-Darajat – oleh Al-shaffar: hal,274  Al-Tsaqb Fi Al-Manaqib - oleh Al-Thusi: hal 456, Bihar Al-Anwar: J 58 hal 159


✡✡✡✡✡
                                        
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas




Monday, 22 April 2019

Titik Pertama: - Rukya Para Nabi - Rukya Masyarakat Umum


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 11

Titik Pertama:


Rukya Para Nabi - Rukya Masyarakat Umum

Mereka yang menyangkal kesahihan rukya membahagikan rukya kepada dua bahagian: rukya para nabi, dan rukya masyarakat umum. Dan mereka tidak menafikan rukya Al-Maksum yang paling umum dan biasa, dan kemudian rukya para nabi dan washi (as) kebanyakannya adalah sebagai hujah. Ini adalah bahagian pertama. untuk bahagian kedua: rukya masyarakat umum tidak ada kesahihan pada mereka. Hujah mereka yang menjadi iktiqad adalah rukya para nabi dan rasul Allah (as) dan tidak samar rukya mereka, atau makna dan petunjuk rukya itu, ia adalah jelas pada mereka, maknanya jelas, ianya tidak diragui kepada nabi atau rasul (as), Kemudian bagi para nabi (as) syaitan (laknahu Allah) tidak dapat memasuki rukya atau mengwas-waskan mereka, tetapi bagi yang lain iaitu rukya masyarakat umum adalah sebaliknya; kerana rukya masyarakat umum dadalah kabur, tidak jelas untuk diketahui, adalah ditolak antara wahyu dari Allah atau dari diwas-waskan syaitan.

Begitulah kata-kata orang-orang yang menafikan hujah rukya, "Mereka tidak melihat sesuatu hujah bagi orang-orang yang berhujah dengan rukya masyarakat umum selain para nabi dan washi."

Di sini kita membincangkan masalah ini dari beberapa aspek untuk menyelesaikan kekeliruan ini dan semua masalah-masalah lain yang berkisar pada rukya untuk menjelaskan bentuk bagi setiap pencari kebenaran supaya mengukuhkan hujah dalam bentuk yang jelas yang tidak meninggalan alasan oleh pencari alasan:

Bukankah para nabi telah ditugaskan, dan semua orang yang ditugaskan akan menjalani ujian, dan di antara ujian-ujian itu ada persoalan rukya, sebagaimana ujian terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul Allah dalam perkara-perkara umum yang menguji mereka yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka dalam rukya, Tiada siapa yang membayangkan bahawa ujian ini jelas atau biasa didedahkan kepada para Nabi dan Rasul Allah, tetapi sebaliknya, ia sudah tentu suatu perkara yang amat sukar, Ia adalah tugasan yang sangat sukar yang bagi orang biasa tidak dapat membayangkannya serta membawanya, dan contoh yang paling jelas adalah peruhal Nabi Allah Ibrahim Al-Khalil (as) telah diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya dalam suatu rukya, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ﴾

Maka tatkala anak itu sampai (umur) berusaha sendiri, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar".." (1)
                        
---------------------
-1 Al-Shaafat 37: 102
.......

... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 12

Perkara yang pelik adalah bahawa para pemikir yang menangani masalah ini melihat pengalaman pahit yang dialami oleh Nabi Allah Ibrahim Al-Khalil (as) yenteng penyembelihan anaknya hanya sebagai hasil jasih syang kebapaan yang melanda Nabi Allah Ibrahim Al-KhalilNya

Bahawa penderitaan Ibrahim Al-Khalil (as) dan betapa besar ujian ini ke atasnya, sehingga Allah menamakan ujian ini di dalam kitabnya yang agung dengan Ujian yang besar.
﴿إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ. ﴾
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. [1]

Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui sebab-sebab penderitaan ini, Ibrahim Al-Khalil kurang jelas dan kurang pasti takwil (makna) rukya itu. Tetapi Ibrahim (as) tidak teragak-agak dalam melaksanakan kehendak Ilahiyah. Iaitu Ibrahim Al-Khalil (as) tidak teragak-agak dalam melaksanakan rukya sebagai hasil dia tidak menggugurkan tugasan ilahi yang diarahkan kepadanya, bukan sebagai hasil daripada kasih sayang ibu bapa hanya seperti yang dilihat oleh sesetengah pihak, Ibrahim (as) tidak melihat melainkan hanya kepada Allah SWT dan ini disebut dalam hadist Ahl Al-Bait. Ini dipanggil hari pertimbangan dengan panggilan hari Al-Tarwiyah iaitu, kerana Ibrahim (as) melihat pada hari ini untuk memastikan rukya yang diperintahkan menyembelih anak ini dari Allah Taala atau sesuatu yang dilemparkan oleh Syaitan yang direjam). [2]

Ibrahim mempertimbangkan dalam pelaksanaannya untuk memastikan perintah ilahi, dan bahawa tidak ada pintu masuk bagi Syaitan yang direjam (la) dalam rukya ini. Dan dalam rukya ini Ibrahim (as) melihat sekali lagi rukya ini, dan Allah Taala memerintahkan dia untuk menyembelih anaknya, dan kemudian Ibrahim (as) menerima pengetahuan di mana dia tahu mandat (tugas) ilahi ini lalu menamakan hari ini, sebagai hari Arafah; kerana dia tahu secara pasti tentang tugasbya melalui rukya kedua. Tanda (alamat) ini adalah nyata sebagai rahmat kepadanya dan membawa kata-kata ini kepada kita untuk melihatnya bersama:

Kerana pada malam Al-Tarwiyah (pertimbangan) Ibrahim (as): melihat dalam mimpi bahawa ia adalah hari menyembelih anaknya. Lalu menjadikannya hari pertimbangan (Al-Tarwiyah). Iaitu dia mengambil masaa untuk mempertimbangkannya, "Adakah ini dari Allah atau hanya mimpi?"
Lalu memanggilnya: Hari Al-Tarwiyah..
Dan pada malam kedua melihatnya juga, dia menjadikannya: "Hari Arafah" ...) [3]

-----------------------
1- Al-Shaafat 37:106
2- Diterangkan dalam dalam sumber-sumber sebelumnya bahawa syaitan (la) mempunyai keupayaan untuk melontar sesuatu yang tergantung di hujumg rukya seperti yang dijelaskan Al-Syed (as) kepada ansar.. Dan bahagiannya akan diterangkan pada tempatnya (rukya mengikut kefahaman Al-Quran) tafsiran perbandingan, insya Allah.
3 - Muntaha Al-Matlab  (Tha . Qaf) – Al-3alamah Al-Hiliy: J 2 hal , sebagaimana yang disebut oleh Al-Khawnsari dalam kitabnya Masyariq Al-Syumus (Tha . Qaf) J 2 ha. 453

✡✡✡✡✡
                                        
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas






Thursday, 18 April 2019

Pengenalan


Pengenalan

Rasulullah (S) bersabda:


من لم يؤمن بالرؤيا الصالحة لم يؤمن باالله ولا باليوم الآخر

"Sesiapa yang tidak percaya kepada rukya yang baik, dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat" [1]

Benarlah sabda Rasulullah

-----------------
[1]- Tha3tir Al-Anam Fi Ta3bir Al-Manam – Oleh Al-Sheikh Al-Nabilasi: J 1 hal.3

اللهم صل- على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.


Ya Allah, apa yang Engkau kenalkan tentang kebenaran biarlah kami berpegang dengannya, dan apa yang kami kurang tentangnya. Engkau sampaikanlah kepada kami.

Semua manusia mesti mengtahui bahawa Allah SWT adalah ghaib, dan jalan kepada kepada yang ghaib adalah yang ghaib, dan jalan yang ghaib tidak dibuka dengan yang tidak ghaib. Semua yang mengenai perkara ini sangat singkat, tetapi ini adalah perkara dari awal hingga akhir, Allah Maha mengtahui dan penguasa atas perkara ini
         
Oleh itu, kita melihat para imam (as) tertumpu dan hampir dengan halaman ghaib dan mereka menegaskan dalam hadits-hadits mereka (as). Oleh itu Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata : “Iman yang sempurna adalah beriman dengan perkara ghaib seratus peratus, dan ia adalah iman para nabi dan rasul.” Para ansar telah mengumpul sebahagian daripada banyak rukya dalam sumber-sumber yang diterbitkan, Dan mereka menerangkan rukya yang hebat yang bersandarkan kepada Aali Muhammad (as).

Tetapi menghadap urusan Allah dan hujah auliakNya (as) dan pendukung yang ghaib, sudah tentu ada jalan kebatilan dan kesesatan, jalan Iblis (laknahu Allah) dan tentera Iblis (la). Jalan mereka adalah jalan sebaliknya dan yang menyangkal jalan yang ghaib.

Jika tidak, dunia tidak akan menjadi tempat ujian dan percubaan;. Dan untuk manusia diterangkan jalan yang memudahkannya. Adakah ia jalan yang dibawa oleh keluarga Muhammad atau tidak. Dan untuk mengetahui jalan yang bertentangan dengan keluarga Muhammad adalah jalan Iblis (la) dan apa saja pakaian yang dibungkus dengan cara ini atau itu.

Jika kita dapati ada orang-orang mendukung keluarga Muhammad atas hujah daripada hujah-hujah Allah SWT, kita dapati ada orang-orang yang menentang keluarga Muhammad dan menolak hujah-hujah ini, bahkan orang-orang yang memutuskan untuk mengkafirinya, dan dari para hujah ini kita mengkaji semula kuasa rukya pada hari ini, Maka keluarga Muhammad menekankan kuasanya sebagaimana yang akan dibawakan, Insya-Allah, ini adalah orang-orang yang menentang atas hujah ini, Mereka tidak henti-henti mencari jalan keluar untuk menafikan hujah para wali Allah dan menyesatkan manusia darinya.

Jika Allah memaksa manusia untuk berbuat baik dan tidak menguji mereka akan membatalkan ganjaran dan hukuman, dan ini adalah jelas kepada orang-orang yang mengikuti sejarah dan hadits Ahl Al-Bait, dan contoh paling mudah dalam perkara ini ialah persoalan pengkhianatan yang Allah telah timpakan kepada Bani Israel apabila mereka mematuhi Al-Samiri.


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 8


Diriwayatkan di dalam hadits dari Imam Al-Baqir (as) ...): Lalu Allah mewahyukan kepada Musa (as): Aku telah hancurkan menjadi serpihan kaummu selepas kamu pergi mereka disesatkan Samiri dan telah menyembah patung anak lembu (Al-3ijl) yang bersuara .Lalu Musa (as) berkata: Ya Allah, anak lembu dari Samiri, yang bersuara dari siapa? Dia berfirman: DariKu Wahai Musa, apabila Kulihat mereka telah berpaling dariKu kepada patung anak lembu Aku suka tambahkan kepada mereka cubaan.) [1].

Begitu juga sebagaimana penghulu para rasul bersabda: Berhati-hati kamu dengan alasan (jidal) orang-orang yang berfatwa, kerena semua orang-orang yang berfatwa melemparkan hujahnya sehingga tamat tempohnya, apabila tamat tempohnya akan dibakar fitnahnya dengan api neraka). [2].

Diriwayatkan dari Imam Al-Shadiq (as) juga kandungannya mengatakan ini : Berhati-hati kamu dengan alasan (jidal) orang-orang yang berfatwa, kerena semua orang-orang yang berfatwa melemparkan hujahnya sehingga tamat tempohnya, apabila tamat tempohnya pekerjaan dan dosa-dosanya akan membakarnya.).[3].

Ya, maka Allah SWT tidak menutup jalan kesesatan dalam bentuk membataskan kemahuan kepada kebatilan. Jika tidak, kehidupan ini tidak akan menjadi tempat ujian. dan tidak akan menjadi tempat cubaan jika Allah tutup semua pintu kesesatan daripada kemahuan kepada kebatilan, Untuk menjadi seorang manusia itu terpaksa berjalan dengan jalan bimbingan (hidayah).

Dengan itu mestilah wujud para hujah secara zahir yang melapisi hujjah orang-orang batil untuk menyesatkan manusia dan diuji dengan para hujah ini,
Sesiapa yang mengetahui hujah orang-orang batil mempelajari jalannya tidak akan jatuh ke dalam fitnah; kerana dia tahu kebatilan dan kepalsuan menyeru kepada yang batil, yang menyerupai kebenaran. Yang mengambil contoh rencana iblis (la) yang diberikan sebagai alasan. Tetapi iblis (la) tidak mengatakan bahawa dia mendurhakai Allah, tetapi dia mengatakan sebagaimana yang Allah kisahkan :

﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ ﴾

Allah berfirman sebagai penolakan atas keingkarannya, "Apakah yang membuatmu tidak sujud kepadanya, padahal Kami telah memerintahmu untuk itu?" Iblîs menjawab, "Aku lebih baik daripada Adam. Sebab Engkau telah menciptakanku dari api sedangkan dia dari tanah.".[4].


✡✡✡✡✡

Selepas pengenalan ini, kita beralih kepada sisi pandangan hujah-hujah orang-orang yang menentang wahyu Allah Al-Adzim rukya.

Kita dapati;kata-kata mereka telah dihadkan kepada lebih kurang lima perkara, iaitu:

-----------------------
1- Tafsir Al-Qumi: J 2 hal.62
2- Wasail Al-Syi3a Aalu Al-Bait(: J 12 hal.198
3- Misykat Al-Anwar: hal.434
4- Al-A3raf 7:12


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 9


Dalam memperkatakan rukya ia ada dua tahap: Tahap pertama (rukya Para Nabi). Dan tahap kedua (rukya orang awam). Dan memperkatakan hujah pada tahap pertama bukan pada tahap kedua, ia ditolak dan tidak terpakai di atas bumi dan tidak diambil kira.

Rukya Al-Maksum (as) adalah terhad krsahihannya kepada mereka yang mengenal tokoh Al-Maksum dalam kehidupan ini, iaitu dia tahu secara terperinci sifat jasmaninya untuk mengenalinya dia dalam rukya dan jika tidak ia bukan dianggap hujah.

Rukya kadang-kadang tidak terpakai kepada kebanyakan kenyataannya di bumi, Oleh itu, ia bukan satu hujah kerana kekurangan kebenarannya dalam banyak kes.

Agama Allah memuliakan sesiapa yang mengambilnya dari mmpi, seperti yang diriwayatkan dari Aali Al-Bait Al-Mustafa (S), jadi rukya ini bukan hujah dinashkan Ahl Al-Bait

Rukya adalah hujah terhadap pemiliknya, dan tidak boleh dijadikan hujjah kepada manusia pada bentuk umumnya, kerana itu adalah hujah oeribadi dan khusus untuknya sendiri bukan untuk orang lain kerana dia yang melihatnya bukan orang lain sendiri.


✡✡✡✡✡
                                        

Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Terjemahan Kitab     
                                          

الرؤيا
في مفهوم آل البيت. (ع)


Rukya
Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)



Al-Ustaz
Dhia’ Al-Ansari Al-Zaidi



Edisi Pertama
2011 M –1432 H



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)
Anda boleh melayari lelaman berikut:


basmalahh 01.png 

Penghargaan

Kepada yang tersembunyi di bilik-bilik penjara ..
Dan kaum Syiah mengisi sisi bumi ..
Saidi wa Maulai Musa Al-Kadzim ..
Yang memberi hadiah barangan campuran ini ..
Kubenarkan: dengan penerimaan dan redha..
Ya Aba Al-Redha ..
Hamba-Mu, anak kepada hambamu, dan anak umatmu
yang bercahaya



✡✡✡✡✡
                                        

Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas






Thursday, 27 October 2016

Suka Duka Rehlah Ke Bandung



Suka Duka Rehlah Ke Bandung


Al-Hamdu Lillah, ada Ikhwan yang berhasrat membiaya Rehlah Asyura ke Bandung (Faqaka Allah - semuga Allah memberi kejayaan kepadanya dunia dan akhirat). Kami orang tujuh (bertujuh) berkumpul di Tujuh Sebelas (Seven Eleven) di bawah Rumah Selamat (Save House) di Telok Mas, Melaka untuk bertolak ke Bandung. Saudara Maznan dan Wan Bank akan menghantar kami bertujuh ke Lapangan Terbang KLIA dengan kereta Merce Tuan M Eshraq dan Honda City Wan Bank. Ikhwan Abu Kelong tertinggal pass port dan kami mulakan perjalanan dengan mengambilnya di Pulai dan teruskan perjalanan melalui Lebuhraya US. Kami berjanji untuk mentong di RR Seremban. Kami sampai di Lapangan Terbang KLIA lebih kurang jam 5.00 dinihari.. Ikhwan yang akan berehlah ke Asyura Bandung adalah:

Ikhwan Muhammad Aminuddin
Ikhwan Muhammad Nazri
Ikhwan Abu Kelong
Ikhwan Eddie
Ikhwan Yunus
Ikhwan Ahmada
Ikhwan Aba Al-Husseini (Hanizi).

Selesai bergambar dan salam pamitan kami berdaftar masuk dan kemudian ke ruang menunggu untuk berlepas. Waktu Subuh masuk dan peluang untuk dirikan sholat Subuh tanpa mengetahui Qiblat dan ada yang menqadhakannya.

Sampai di Bandara Husein Bandung kami di sambut oleh Tn M Eshraq, Pak Akbar, Pak Giyan dan beberapa orang ikhwan yang tidak saya kenal. Kami dikejutkan dengan berita sedih kematian ibunda kepada Ikhwan Muhammad Nazri (Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya).. Ikhwan Muhammad Nazri terpaksa berangkat pulang dan rehlah kami jadi Ikhwan berenam.

Kami kemudiannya minum-minum dan berangkat ke Pasar Baru, Bandung untuk menukar wang Rupiah dengan Van Toyota Avanza disetir oleh Ikhwan Akbar. Kami orang lapan termasuk Tn M Eshraq. Tn M Eshraq menukarkan wang dan kami menunggu di tepi jalan sambil ngopi dengan Pak Mus Bekam dan Ikhwan Pak Giyan. Kemudian kami makan tengahari di kedai Nasi Padang berhampiran – bayarannya lumayan tinggi.

Tn M Eshraq tawar menawar dengan tukang angkut untuk ke Vila Tamboga di pinggir Bandung satu kawasan berbukit (ongkosnya Rp200.000). Kami dikejutkan dengan dialek orang Sunda, macet jalanan dan jalan bercerun hinggakan Pak Itam melatah. Setelah puas sesat barat akhirnya pak supir berjaya ngantarin kami ke Vila Tamboga City View. Ya, dari vila ini kita dapar melihat kawah Bandar Bandung. Bandung asalnya dari kata bandar indung berasal dari letupan gunung berapi, kawahnya jadi tasik dan penempatan bermula dari sekitar tasik kawah yang berbukit di kelilingnya – apabila kering airnya jadilah Bandar Bandung. Vila ini dikontrak oleh Ansar Nusantara untuk sambutan Asyura Ansar Imam Mahdi Indonesia yang diraikan bersama para ikhwan dari Ansar Malaysia. Mereka adalah:

Ikhwan Akbar – Bandung
Ikhwan Giyan – Bandung
Ikhwan Dedie – Bandung
Ikhwan Haji Yahya – berdekatan Bandung
Ikhwan Zaranggi Noer (Anggi) – Cerebon
Ikhwan Kang Alon – Cerebon
Ikhwan Pak Mus Bekam – berdekatan Bandung
Mungkin ada ikhwan lain yang saya tidak ingat
Para isteri dan anak mereka




Mereka semua mungkin lebih kurang 17 orang.

Kita kontrak (sewa) dua tempat, satu dewan terbuka yang sederhana dan sebuah tempat penginapan. Pada petang itu (22 10 2016) kami taaruf di penginapan dan pada malamnya kami makan hidangan yang merep Nasi Ayam Penyek dan minumannya Teh O tanpa gula, kami terpaksa minta Kopi Hitam yang enak. Selesai santap ada sessi bersantai dan diikuti dengan sessi Taalim dan soal jawab. Ikhwan Akbar lambat sampai kerana macet dengan itu Tn M Eshraq akhirnya menyampaikan sejarah dakwah Al-Yamani dan berbagai maklumat pengenalan lain.

Dalam sessi soal jawab Ikhwan Akbar telah menceritakan bagaimana rukyanya tentang dua matahari sama dirukyakan kepada seorang ikhwan lain pada awalnya. Diikuti soalan fiqh Al-Yamani berbanding Fiqh Al-Marajik yang ada dan satu dua soalan yang lain. Sessi ini berakhir dengan ada para ikhwan yang turun ke penginapan dan ada yang masih santai. Pada malam itu Pak Mus Bekam seorang pengamal Bekam Ahli Bait Al-Rasul telah berbai’ah dan kumudian memberikan rawatan bekam kepada kami. Cuaca sungguh sejuk (dingin kata orang Sunda) dan saya tidak berani turun ke tempat penginapan kerana agak sukar dengan jasmani saya (faktor usia dan kesihatan). Subuhnya jam 4.00 (Malaysia 5.00) saya mengalami kremp (kejang kaki) lalu di rawat sekali lagi oleh Pak Mus.

Paginya saya tidur di tempat penginapan dan ikhwan lain mengadakan sambutan Asyura di dewan terbuka di lereng bukit Vila Tamboga City View itu. Saya sempat hanya di bahagian penghujung ketika Ikhwan dari Malaysia menyampaikan nasyid mengenang Asyura dan Karbala. Diikuti deklarasi sajak Ikhwan Akbar, nasyid para Ikhwan dari Indonesia, deklarasi ramai dan bai’ah beramai-ramai Ikhwan Indonesia. Ia dipengerusikan oleh Ikhwan Anggi. Biarlah berkibar panji-panji hidayah, panji-panji Yamani Wasi dan Utusan Imam Mahdi di Indonesia.

Kali ini – tengahari - kami disajikan dengan nasi berbungkus bulat daun pisang (berbentuk selinder) ada ayam yang sama, sambal, sayuran dan kuah ala asam rebus-tom yam. Ikwan Haji Yanya dan Ikhwan Kang Alon berserta keluarga pamitan dan pulang. Kami juga berkemas dan akhirnya pamitan ke hotel di Bandung dengan Van Toyota Avanza sebelumnya tapi disetir oleh Ikhwan Pak Giyan. Hari sudah malam. Kami kontrak 2 bilik untuk lapan orang termasuk Tn M Eshraq dan Kang Anggi.

Malam itu serelah mendapat bilik di Hotel kami keluar minum di warung. Ada yang makan Indome, bubur pulut hitam campur bubur kacang hijau dan saya cuma kopi hitam. Pulang ke hotel kami berbual panjang dengan Kang Anggi. Dia telah berbai’ah sejak 2011/2012 lagi berkat mengikut debat Tn M Eshraq dan Ustaz Sinar Indonesia. Banyak kami yang bualkan dengannya, dia banyak ilmu walaupun masih muda terutama ilmu Mantiq dan Akhlaq. Dia amat menyanjung Kang Alon. Antara katanya yang saya ingat:

Kalau Tasaiyu; (Syiah Ahl Bait) Indonesia bersatu ia lebih kuat dari Wahabi Indosesia. Banyak para pemimpin Indonesia adalah Tasaiyu yang mengamalkan taqiyah.

Ia sempat bertanyakan kepada saya masalah orang yang telah mati masih boleh berkunjung orang hidup setelah 40 hari. Saya katakan ia serupa rukya fil manam - pengelihatan di waktu tidur – tetapi ia penglelihatan di waktu jaga atau kasyaf yakaza. Sebahagian ilmu yang Imam Ahmad terangkan di dalam Aqaid Al-Islam yang baru diterjemahkan babnya. Pukul 5.00 (Malaysia 6.00) subuh kami terjaga, hari hampir sudah terang tanah. Kang Anggi beli sarapan dan kemudian bersiap untuk makan tengahari dan ke Pasar Baru untuk membeli belah. Kami makan di warung Juanda Jawa, ia lebih enak dan lebih murah. Berbagai kenangan manis ketika di warung ini. Hujan mulai turun dan kami naik angkut (van) ke Pasar Baru, Kali ini kami pula membeli baju Fangsi budaya Sunda (baju silat berwarna hitam dengan seluar hitam singkat) yang mulanya hanya dibeli oleh Tn M Eshraq dan Kang Abu. Saya juga membeli kain batik jawa dan ada yang membeli jeket kulit. Kemudian kami naik angkut ke Bandara Hussein Bandung.  Kami tiba di bandara ketika hujan sedang mencurah-curah. Kami daftar masuk meninggalkan Kang Anggi dan Tn M Eshraq.

Kami menukar pakaian yang telah basah di Mushalla. Kemudian menjalani pemeriksaan kastam dan imigresen.  Penerbangan tertunda satu jam. Saya ingin membeli kopi hitam tapi tak berdaya kerana berharga 15,000 yang ada Cuma 5,000. Ramai yang menghisap rokok di bilik 4 x 8 kaki menunggukan satu jam lagi berlepas. Akhirnya kami dapat tahu ada sekumpulan 40 orang penumpang juga akan berlepas dengan pesawat yang sama. Kami sempat berdakwah dengan salah seorang daripada mereka, dia begitu ghairah mendengar dakwah Yamani. Mohd Fadhli namanya orang utara bekerja di KL. Kami hadiahkan buku Selamat Datang Al-Mahdi kepadanya. Sedang rancak memberi penerangan pengumuman mengatakan pesatwat akan berlepas. Kami juga diberikan makan ayam dan nasi KFC.

Akhirnya kami menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia. Saya duduk di bangku kiri 21C, 21B kosong (Nazri) dan seorang penumpang lain 21A di ditepi tingkap dan di kanan saya Ikhwan Abu, Amin  dan Ahmada sementara Eddie dan Yunus di bangku hadapan saya. Setelah semua penumpang duduk, talipinggang diarahkan supaya dipasang, pesawat mula bergerak. Lampu dimatikan. Kami mula di udara. Lampu dihidupkan kembali. Saya melihat pramugari mula menolak troli makanan diberitahu melalui pembesar suara untuk pesanan melalui Internet. Kemudian saya tertidur…saya bermimpi, suatu mimpi yang cukup ringkas: Ada objek berwarna kuning oren datang dari arah kanan saya, dan saya sempat menyigungnya dan tangan kanan (siku) saya.  Saya tersedar oleh suara, “Jangan macam-macam Pak,” saya membuka mata dan nampak seorang pramugari sedang menyusup di tepi troli jualan di hadapan saya di sebelah kanan. Tidak berapa lama kemudian ada dua tiga orang pramugari datang ke bangku kami menyerahkan kertas kepada Abu dan Amin. Pramugari-pramugari ini mengatakan bapak ini (saya) telah merabanya dengan menggunakan perkataan “tangannya masuk,” dengan membawakan seorang saksi (penumpang di belakang Abu) seorang perempuan. Perempuan ini mengatakan dia melihat tangan saya memang terangkat dan menyusup. Saya tetap mengatakan saya tidur dan sememangnya saya tertidur. Pramugari itu pula mengatakan ada pramugari yang nampak satu tangan lagi (mungkin dimaksudkan tangan Abu). Saksi tadi (yang berikan saksi bertulis) mengatakan dia hanya melihat satu tangan. Setelah mereka menghakimi saya dan mengatakan telah membuat pengaduan pada syarikat penerbangan mereka pun beredar. Saya merasakan ini musibah yang tidak terduga dan tidak mampu saya hadapi. Lebih pedih lagi waktu itu saya bersongkok putih dan ada serban dililitkan di leher bahu saya. Ketika lampu dipadamkan saya sempat bertawasul kepada Imam Ahmad, memohon kepada Allah doa yang selalu saya baca, “Ya Sattaral 3uyub, Usthurni Fainnaka Khairus Satirin” Wahai Pelindung malu, Lindungilah aku, Sesungguhnya engkau sebaik-baik Pelindung.

Lampu terpasang semula, pesawat mula mendarat, setelah berhenti orang-orang mula mengambil beg dan berdiri antara dua barisan tempat duduk. Tiba-tiba satu pengumuman dibuat: “Sila beri laluan kepada pegawai ….“ Tetapi kemudian mengumumkan “Sila abaikan pengumuman ini…“ Penumpang mulai bergerak keluar melalui pintu hadapan ke terminal. Saya juga mula berjalan. Di pintu terminal kelihatan seorang pramugari, dua orang pegawai syarikat penerbangan beruniform dan seorang lagi berbaju putih. Saya disuruh berhenti dan diminta Pass Port. Saya disoal siasat:

Adakah benar saya melakukannya. Saya mengatakan perkara yang sama… Saya tidur dan saya menambah, saya cukup faham apa yang dialami oleh kamu (saya baru betul-betul kenal pramugari tersebut) tatapi saya tidak sedar dan saya tidur. Apa yang boleh saya lakukan sekarang untuk memuaskan hati kamu.: .. setelah berberapa dialog pramugari ini berkata, Apakah bapak berani bersumpah? Dia telah datang mendekati saya..Secara sepontan saya mengatakan,”Wa Allahi, Wa bi Llahi Wa ta Llahi dan kalau kamu mahu bawakan Al-Quran juga saya akan bersumpah dengannya. Saya melihat raut wajahnya mulai cerah, dan Pegawai ini membuat permintaan supaya ssya memohon maaf. Saya melakukannya. Pass Port dipulangkan dan saya dibenarkan beredar.

Para ikhwan menunggu saya dan saya dapati seorang perempuan bersama 5 atau 6 orang keluarganya juga menunggu saya dan menanyakan apa yang berlaku.

Allahumma, Engkau telah memberikan ketenangan padaku dan ikhwan lain menghadapinya dengan sabar dan tenang. Saya merasakan kedua-dua rukya dan kasyaf yang sedang kita pelajari melalui Imam diajar dan difahamkan oleh Allah kepada saya. Mimpi ringkas saya menolak objek dengan siku sebenarnya adalah tangan yang meraba, ia adalah perbuatan sumbang dibimbing dan dicampakkan syaitan pada alam zahir. Saya rasa pemuda yang kami dakwahkan dengan seruan Yamani juga menerimanya (semoga dijauhkan Allah) dan mungkin dia tidakakan  menghubungi saya.

Kami disambut oleh Ikhwan Maznan dan Isterinya, Isteri saya anak perempuan dan cucu saya serta sebuah kereta lagi, kali ini ia dipandu oleh Ikhwan Halim. Kami meluncur ke Warung Ikhwan Khalil Mamat, maka riuh rendahlah suasana mengenangkan peristiwa suka duka Relah Asyura Bandung…. Kullu Yaumin Asyura wa kullu Ardhin Karbala.


Wal Hamdu Lillahi Rabbi Alamin

Aba Al-Husseini




Thursday, 3 September 2015

Soalan 506: Rukya Imam Kadhim (as) berselawat


Soalan 506: Rukya Imam Kadhim (as) berselawat

Salam atas Ansar Allah.

Pada hari Rabu, ziarah Kadhim (as) secara ringkas dan selepas aku kembali daripada ziarah saya melihat (dalam rukya) Imam Kadhim (as) berselawat dan berkata dalam selawat:

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

(Ya Allah, selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan).

Dihantar oleh: Salwan Syamari – Iraq

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Rukya yang diberkati, semoga Allah memberkati anda, ini adalah satu nikmat dari Allah Taala, bahawa Allah menjadi saksi kepada anda atas akidah anda. Yang berbicara kepada anda dalam tidur anda. Maka bertahmidlah kepada Allah atas kurniaNya dan mohonlah kepada Allah peneguhan dan pertolongan dan menyegerakan kelapangan bagi semua Ansar Allah SWT. Sila berdoa dan bertanya. Dan saya minta anda dan berharap mendoakan (kami).


Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
               
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy
Sha3ban Al-Khair / 1431

                             
               
 ✡✡✡✡✡



Wednesday, 2 September 2015

Soalan 374 Apakah makna warna merah

Soalan 374  Apakah makna warna merah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.            
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Apakah makna warna merah dalam mimpi -rukya?

Pengirim: Naserat Al Emam

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                             
Warna merah dalam mimpi-mimpi (rukya-rukya) biasanya merujuk kepada azab yang turun dari langit atau revolusi, dan ia ditafsirkan mengikut mimpi (rukya) dan kedudukannya di dalamnya.

Ahmad Al-Hassan

1430 Hijrah