Soalan 609: Al-Rasul
Muhammad (S)
بسم الله الرحمن الرحيم ..
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .
Salam atas
Yamani Aali Muhammad Ahmad Al-Hasan (as) dan para wali Allah dan
hujah-hujahnya. Hari ini, selepas sholat Fajr, saya tidur dan melihat bahawa
saya berada di Masjid Rasulullah (S) (Masjid Nabawi di Madinah). Saya berjalan masuk
ke dalamnya dan tidak terlintas di fikiran saya bahawa saya berada di masjid
ini. Ketika saya sampai di pintu pagar untuk keluar, saya menyedari bahawa saya
berada di Masjid Nabawi, jadi saya langsung berpaling untuk memberi salam
kepada Rasulullah dan berselawat ke atas Baginda (S). Ada orang yang berlari ke
arah saya dari jauh, dan saya tahu bahawa dia datang untuk menyakiti saya, dan
saya tidak ingat bagaimana penampilannya, adakah dia berjanggut atau tidak, dan
apakah dia kerdil atau tidak. Saya betul-betul tidak ingat penampilannya, yang
pentingnya ialah dia berpaling ke arah saya untuk menyakiti saya, jadi saya
berpaling dari dia, dan dia datang lagi kepada saya, cuba menyakiti saya dan
menghalang saya daripada mengunjungi Rasul yang mulia Muhammad (S), tetapi saya
menyingkirkannya, saya tidak tahu bagaimana, dan saya segera pergi ke maqam
suci Al-Rasul. Di sana ada beberapa orang, oleh itu, saya pergi sehingga saya
sampai di kubur dan mereka berada di kiri dan kanan saya dan saya (saya
berlindung kepada Allah dari Al-Ana) berada di tengah-tengah mereka, dan saya
melihat seorang lelaki yang sedang tidur dengan wajahnya menghadap ke maqam,
dan terfikir oleh saya bahawa dia bukan Nabi melainkan orang lain, tetapi dia berehat
dan tidur di bahagian belakangnya, jadi saya tahu bahawa dia adalah Muhammad Rasulullah
(S), dan baginda putih dan warna janggutnya keputihan dan penampilan baginda sangat
hebat sehingga saya mengeluarkan telefon dari poket saya untuk tujuan mengambil
gambarnya. Saya memotretnya untuk pertama kalinya, tetapi gambarnya tidak
bagus, jadi saya memotret gambarnya sekai lagi, tetapi tidak bagus juga. Oleh
itu, saya cuba memotretnya lagi, dan baginda (shalawatu Allah 3alaih) membuka
matanya, dan saya tidak tahu apa yang telah berlaku, tetapi saya faham bahawa
saya telah memotretnya lebih dari sekali sehingga mencukupi dan saya meletakkan
telefon itu kembali ke dalam poket saya. Saya memanggil Al-Rasul dan memulakan
dengan menyebut nama Al-Yamani, jadi saya berkata kepada baginda: (Ahmad
Al-Hassan) dan baginda (shalawatu Allah wa salamuhu 3alaih), menjawab dengan kalimah
yang sama: (Ahmad Al-Hassan), dan setelah itu saya bertanya kepada baginda:
Adakah dibenarkan memanggil nama Al-Yamani, misalnya, saya katakan: (Ya Ahmad Al-Hassan),
jadi jawaban baginda kepada saya bukannya dibenarkan atau tidak dibenarkan.
Sebaliknya, baginda menjawab: (diwajibkan), jadi saya bertanya kepada baginda tentang
maqam Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan baginda menjawab pada saya, tetapi saya
memintanya untuk mengulanginya; kerana saya takut akan terlupakan jawapannya,
dan baginda menjawabnya dengan jawapan yang serupa, tetapi dengan cara yang lain
saya juga terlupa akannya, tetapi jawapannya adalah pengetahuannya di sisi Allah
adalah seperti ini: (tidak akan dapat mencapainya), yang demikian itu pengetahuannya
ada di sisi Allah, dan selepas itu perbualan berlaku antara saya dan baginda tentang
alam rukya. Saya tidak ingat perincian perbualan tersebut, Tetapi pada akhirnya
Al-Rasul mempersukarkannya, jiwa saya menjadi tebusan baginya, saya tidak tahu mengapa.
Rukya itu berakhir dan saya terjaga dari tidur dan jam sudah pukul enam pagi.
Saya mohon
pada Allah agar mengampunkan saya sekiranya saya melakukan kesalahan dalam menulisnya
dan memaafkan saya kerana melupakan butirannya dan mendesak Rasulullah (S), dengan
soalan-soalan itu.
Catatan:
Saya menyedari bahawa saya berada di alam Malakut ketika saya sampai kepada Muhammad
Rasulullah (S).
Tarikh rukya
9 - 3 - 2010 Masihi, 23 Rabi'ul-Awwal 1431 Hijrah.
Ya Allah,
berkatilah Fatimah, ayahnya, suaminya, anak-anaknya, dan rahsia yang tersimpan
dalam dirinya.
Pengirim:
Abu Ali - Kuwait
Jawapannya:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .
Semoga Allah
memberikan anda kejayaan dalam semua yang terbaik dan memberikan yang terbaik di
akhirat dan dunia, dan segala puji bagi Allah yang memberkati anda dengan rukya
Rasul yang mulia Muhammad (S). Dialah penjaga saya dan Dialah yang menjaga
orang-orang yang soleh.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .
Ahmad Al-Hassan
Rajab Al-Ashab
/ 1431 H.