Rukya Pencuri
Diriwayatkan dari Al-Shaduq dalam 3uyun dari Al-Redha (as), Dari Musa bin
Jaafar, beliau berkata: Al-Shadiq sedang berjalan di lorong-lorong, dan bersama
beliau adalah sekumpulan orang yang mempunyai wang. Telah diberitahukan kepada
mereka bahawa ada sekumpulan "Bariqah" (orang yang bersenjata) di
lorong tersebut yang merupakan perompak - ini mengejutkan dan menakutkan
mereka. Maka Al-Shadiq berkata kepada mereka: "Apa yang tidak kena dengan
kalian?"
Mereka berkata: "Kami mempunyai wang dan kami takut mereka akan
merampasnya dari kami, jadi bolehkah tuan mengambilnya agar mereka mengelak
dari kami apabila mereka mengetahui wang itu milik tuan?" Beliau menjawab:
"Bagaimana kalian tahu mereka tidak akan mengambil wang dari ku? Mungkin
ia akan hilang dari ku?"
Mereka berkata: "Jadi apa yang perlu kami lakukan? Patutkah kami
menanamnya?"
Beliau menjawab: "Itu mungkin lebih buruk, mungkin ada orang lalu
lalang yang akan menjumpainya dan mengambilnya," Kemudian mereka berkata:
"Maka apa yang perlu kami lakukan, khabarkanlah kepada kami."
Maka beliau menjawab: "Simpanlah wang itu pada seseorang yang
boleh menjaganya, melindunginya dan menambahnya - serta menjadikan satu
bahagian darinya lebih besar dari segala apa yang terkandung dalam dunia ini.
Kemudian dia akan memulangkannya kepada kamu dan mengurniakan kepada kamu suatu
jumlah besar melebihi dari apa yang kamu perlukan."
Mereka bertanya: "Siapakah dia?" Beliau menjawab: "Dia
adalah Tuhan sekelian alam." Mereka bertanya: "Bagaimana kami
menyimpan wang pada Dia?" Beliau menjawab: "Belanjakannya kepada
Muslim yang miskin." Mereka berkata: "Di mana kami boleh mencari
orang-orang miskin apabila yang kami jumpai hanyalah seperti mereka?"
Beliau menjawab: "Bertekadlah untuk membelanjakan 1/3 darinya agar Allah
akan melindungi bakinya dari apa yang kamu takutkan." Mereka berkata:
"Kami bertekad." Beliau lalu berkata: "Maka kamu telah berada
dalam perlindungan Allah, pergilah." Jadi mereka pergi dan mereka terserempak
dengan kumpulan Bariqah tersebut, dan perasaan takut mula menguasai
mereka." Maka Al-Shadiq berkata: "Mengapa kamu berasa takut sedangkan
kalian berada dalam perlindungan Allah?" Maka kumpulan Bariqah datang
kepada mereka, turun dari kuda, lantas berjalan ke arah Al-Shadiq lalu mencium
tangannya.
Kumpulan Bariqah itu berkata: "Semalam kami bermimpi Rasulullah
dan keluarganya memerintahkan kami untuk datang kepada mu - maka inilah kami
berada di depan kamu, dan kami akan menemani kamu, serta melindingi mereka dari
musuh dan pencuri."
Maka Al-Sadiq pun berkata: "Kami tidak perlukan kalian. Dia yang
melindungi kamu akan melindungi kami. Maka mereka pulang dengan aman dan
membelanjakan 1/3 bahagian wang mereka, lalu perniagaan mereka diberkati dan
bagi setiap dirham yang mereka belanjakan telah digandakan 10 kali lipat.
Berkatalah mereka: "Betapa besarnya berkat Al-Shadiq."
Lalu Al-Shadiq membalas: "Kamu telah mengetahui berkah dalam
mu3amalah (urusan) Allah AWJ. Maka tetaplah dengannya "
Adalah jelas mengikut riwayat yang diriwayatkan dengan tiga jalan imam-imam
maksum. Bahawa pencuri percaya dan mematuhi perintah Rasulullah (S).Mereka
tentunya tidak memahani agama dan tidak mengumpulkan riwayat-riwayat,
bagaimana pula dengan fuqaha’ yang sesat yang khianat dengan agama yang tidak
percaya kepada yang ghaib, malah mereka mengikut perompak jalanan. Aduhai
malangnya atas umat yang dipimpin oleh fuqaha’ yang membawa umat ke jurang
neraka.
Rukya Menentukan Tempat Pengebumian Al-Saiyidah Al-Thahirah Nafisah
Dalam Is3af Al-Raghibin... bahawa Al-Saiyidah Nafisah binti Al-Hasan bin
Zaid bin Al-Hasan Al-Mujtaba (as) ketika dia meninggal dunia di Mesir. Suaminya,
Ishaq bin Al-Mu'tamin bin Imam Ja'far bin Muhammad Al-Shadiq (as) ingin memindahkannya
ke Madinah dan dikuburkan di Baqi3. Orang-orang Mesir memintanya supaya dia
ditinggalkan bersama mereka untuk keberkat dan memberinya banyak wang.
Tetapi dia tidak menerimanya. Maka dia melihat Nabi (S) (dalam rukya) bersabda
kepadanya: "Ishak, jangan menentang orang-orang Mesir mengenai Nafisah, barkah
diturunkan ke atas mereka dengan keberkatannya."
Tempat Al-Saiyidah tokoh besar wanita ini terkenal oleh penduduk Mesir
dan banyak karamah atasnya. Penentuan tempat pemakaman melalui rukya itu hanya ditinggikan
dengan kehendak Allah karena dia dipilih oleh Allah AWJ. Adakah ini disengajakan.
Rukya Bapa Kita Adam (as)
Dalam Tafsir Al-Burhan dari Ja’far Al-Shadiq (as) dalam sebuah hadits
yang panjang tentang penciptaan Adam (as) (... Ketika Adam (as) tidur Allah AWJ
menciptakan dari sisi kanan tulang rusuk pertama yang mulia (rusuk mengawal
perut) Ia adalah tulang rusuk yang bengkok sehingga dia menciptakan Hawa,
tetapi ia dinamakan kerana ia dicipta dari kehidupan dan itulah yang Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي
خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا
(Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada
Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah
menciptakan isterinya; )
Hawa diciptakan ke atas Adam dan dengan kebaikan dan kecantikannya. Dia
mempunyai tujuh ratus dandanan tocang yang berkilauan... Apabila Allah Taala menciptakannya
dia duduk di kepala Adam (as). Adam (as) melihatnya dalam tidurnya dan telah meletakkan
kasih di hatinya. Dia berkata: Berlaku kepada Adam (as) dalam tidurnya dengan
berkata, Ya Tuhanku siapakah orang ini? Allah nerfirman: Ini adalah Hawa yang
mengunjungi. Ya Tuhan, untuk siapakah orang ini diciptakannya? Allah nerfirman:
untuk orang yang mengambilnya sebagai amanah dan paling boleh dipercayai
pengakuannya. dia berkata, Ya Tuhan, aku menerimanya, dan kahwinkanlah aku dengannya.
Allah berfirman, kahwinlah sebelum masuk Syurga. Amirul Mukminin (as) berkata: Aku
melihatnya dalam mimpi dan dia (Hawa) bercakap kepadanya: Aku dikunjungkan Allah
dan engkau adalah Abdullah (Hamba Allah) maka percakapanku dari Tuhanmu.
Dari riwayat ini yang dirriwayatkan oleh Imam Al-Shadiq (as) dan disaksikan
di dalamnya ada perkataan Amirul Mukminin... Banyak manfaat, darinya, bapa kita
Adam (as) yang mengenali Hawa dengan rukya dan meminta darinya untuk bercakap
dengannya dari Allah melalui rukya dan sekiranya tidak ada rukya akan sukar
untuk perkahwinan mereka berdua kerana tidak ada pihak lain, dan Allah lebih tahu
sebab utama untuk semua penciptaan ini bukan pada alasan lain melainkan amat
buruk apa yang mereka tetapkan itu.
Nabi Idris (as) Membina
Piramid Dengan Rukya
Dalam Tarikh Al-Hukama' dari Abu Mu3asyir Al-Balkhi, bahawa Idris (as)
adalah yang pertama memberi amaran akan berlaku banjir dan bahawa dia melihat
bencana dari langit akan menyerang bumi dengan air dan api dan rumahnya di
Mesir yang membayangkan bahawa dia membina Haikal piramid dan bandar-bandar di daratan
(sahara). Dia takut keghilangan ilmu oleh banjir, lalu dia membina di daratan
(sahara) dan di dalamnya ada gambar semua keluaran hasil tangan dan meletakkan
tulisan dan gambar semua peralatan ... dikhuatiri ilmu pengetahuan lukisannya (tulisan)
akan hilang.
Ini menunjukkan bahawa keajaiban terbesar di dunia, ia adalah piramid
yang bukan dibina oleh Firaun atau jurutera mereka, tetapi dibina oleh Nabi
Idris dan orang-orang Madain di daerah Mesir. dan semua rahsia-rahsianya tidak didedahkan
oleh para saintis, walaupun perkembangan sains adalah wahyu ilahi dan perintah
Allah adalah melalui rukya ... Bagaimana ia boleh disangkal oleh orang-orang yang
bodoh.
Nabi (S) Memasuki Dan Membuka Mekah Dengan Rukya
Dalam Tafsir Ali bin Ibrahim dari Abi Abdillah (as) katanya: Sebab turunnya
Surat Al-Fath dan ini adalah pembukaan yang besar yang Allah AWJ perintahkan
Rasulullah (S) dalam tidur supaya memasuki Masjidil Haram dan bertawaf dan
bercukur rambut bersama-sama. Baginda memneritahu kepada para sahabatnya
dan memerintahkan mereka keluar. Al-Thabrisi berkata pada firman Allah Taala:
لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيا بِالْحَقِّ
(Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang
kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti
akan memasuki Masjidil Haram) .
Mereka berkata bahawa Allah TWT memperlihatkan
NabiNya dalam tidur di Madinah sebelum dia pergi ke Al-Hudaibiyah. Sesungguhnya
orang-orang Islam memasuki Masjidil Haram lalu Allah menurunkan ayat ini dan
memberitahu mereka bahawa RasulNya benar dalam tidurnya (mimpinya) tidak pula
palsu dan mereka juga telah memasukinya.
Mimpi lain kepada baginda (S) pada siapa sebenarnya Bani Umaiyah
Dalam Tafsir Ali bin IIbrahim, Allah Taala berfirman:
وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً
لِلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآن
Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu,
melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk
dalam Al Quran. [Al-Isra' 17:60].
Dia berkata, Aku turunkan apa yang dilihat Nabi (S) di dalam tidurnya
seolah- olah kera-kera naik ke atas mimbarnya, maka keburukan itu membuatkan
baginda merasa sedih yang amat sangat, lalu Allah menurunkan ayat tersebut.
Dalam Nahj Al-Bayan oleh Syaibani dari Abi Abdillah Al-Shadiq (as)
bahawa Nabi (S) melihat pada suatu malam di Madinah seolah-olah empat belas ekor
kera telah menaikkan mimbarnya satu demi satu. Maka apabila baginda
menceritakan kisah rukyanya kepada para sahabat, mereka bertanya kepada baginda
mengenainya? Baginda bersabda mereka naik mimbarku ini selepasku sekelompok orang
Quraisy dan mereka itu tidak dialu-alukan. Al-Shadiq (as) berkata: Mereka
adalah Bani Umaiyah [a3anahumu Allah.
Satu lagi mimpi baginda (S) malam Badar
Dalam Tafsir Nahj Al-Bayan pada firman Allah Taala:
وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَى
(Dan Allah tidak menjadikannya melainkan sebagai khabar gembira)
bermakna rukya yang dilihat oleh Nabi (S) pada malam Badar tentang kemenangan mereka
dan keberhasilan mereka, telah diberitahu kepada mereka sahabat baginda untuk
menguatkan hati mereka.
Mimpi Baginda (S) Yang Lain
Telah diriwayatkan dari Abi Al-Thufail dari Nabi (S) bahawa baginda
bersabda: Aku melihat dalam tidur kambing hitam yang, diikuti oleh kambing
‘Afar (iaitu berwarna tanah). Dan diertikan kambing hitam adalah orang Arab dan
kambing ’Afar adalah orang ajam (bukan Arab). Mencukupilah dengan tahap rukya-rukya
Al-Syed Al-Anam (S) antara yang kebanyakannya tidak diperluas pada tempatnya ataupun
pada masa sekarang, tetapi ini hanya untuk menerangkan sirah dan sunnah Nabi yang
membentuk kita dan pendekatannya yang digariskan kepada kita untuk berjalan di
atasnya. Dengan mengambil rukya dan
mengiktirafnya dan menganggapnya sebagai hujah. Sesiapa yang membelakangkannya
dia tidak mungkin termasuk golongan Muhammad (S) kerana dia tidak mengesahkan
apa yang diakui oleh Muhammad (S).
No comments:
Post a Comment