Wednesday, 1 July 2015

Mimpi bertaubat dari kesesatan


Pos oleh Tholfiqaar Ansary

Pengakuan Ansary Muhammad yang bertaubat dari kesesatan Black Banner setelah melihat rukya berjumpa Rasulullah (S).

Ansary Muhammad (salah seorang pengikut panji hitam sesat) telah meninggalkan pemujaan sesat tersebut dan dia berkata:

Salam Warahmatullah Alaikom
Allahumma Shali 3ala Muhammad Wa Aali Muhammad, Al Aimmah wal Mahdiyyin wa sallim taslima

Saudara-saudari yang dikasihi Ansar Imam Al-Mahdi dan Al Yamani (as) yang dijanjikan. Saya bersumpah dengan kitab Allah dan RasulNya, saya melihat visi (rukya) ini bahawa Rasulullah (S) memegang dua kaki makhluk serupa haiwan. Salah seekor darinya adalah anjing dan yang kedua adalah seekor tikus. Saya berkata: Wahai Rasulullah, siapakah mereka? Baginda (S) bersabda: Mereka adalah musuh anak saya Ahmad dan mereka adalah Ali Al-Gurayfi dan Abdullah Hashem. Mereka adalah syaitan yang kelihatan seperti haiwan yang menipu orang-orang lemah dan mereka adalah penyebab di sebalik puluhan orang yang membawa kepada api neraka. Orang-orang ini adalah sesat dan menyesatkan. Lalu saya berkata: Ya Rasulullah, aku juga dari panji-panji hitam (Black Banner).

Jadi baginda bersabda kepada saya: Jangan kata panji-panji hitam katakanlah tujuan yang hitam dan kamu adalah seorang lelaki yang baik dan rukya kamu, saya adalah hujjah (bukti) kepada kamu , tinggalkan mereka dan berpisahlah dari mereka dan jangan jadikan orang-orang ini menyesatkan kamu selepas kamu menyokong anak saya. Maka Rasulullah berdiri dan membawa Ali Al-Gurayfi dan Abdullah dan melemparkan mereka ke lembah yang gelap. Rukya berakhir dan Allah menjadi saksi saya.


Dan sekarang saya berlepas diri daripada mana-mana pengikut yang bertujuan gelap sehingga hari kiamat dan saya memohon kepada Allah untuk membimbing orang-orang yang lemah di antara saudara-saudara saya yang ketawa sama seperti bagaimana Gurayfi dan Abdullah Hashem lakukan. Dan Saya mengaku Bertaubat dan beristighfar kepada Allah dan kepada Syed Ahmad (as) dan saya bermohon kepada Allah untuk menerima Taubat dan Istighfar saya dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad dan doakan saya untuk lebih teguh dalam menyokong kebenaran dan keluarga baginda.

Tuesday, 16 June 2015

Yazid bin Muawiyah dan Imam Al-Husein (as)


Mahdi-Ahmad
Post Mon Jun 15, 2015 06:33

Rukya Saya Malam Tadi (Jun 15, 2015)
Yazid bin Muawiyah dan Imam Al-Husein (as)

Al-Salamu 3alaikum Warahmatu Allah Wa Barakatuh

Saya mohon kepada Allah SWT untuk mendapat bantuan ... saya bermimpi malam tadi dan ingin berkongsi dengan para ansar sekelian:

Saya melihat diri saya berada di tempat yang terdapat tentera Yazid bin Muawiyah (la) (saya fikir mereka adalah tentera Sufyani) menyembelih beberapa orang manusia. Tiba-tiba saya amat bimbang melihat Imam Al-Husein (as). Beliau berada dalam kurungan dan orang yang bertanggungjawab bagi penyembelihan telah digantikan dengan orang lain iaitu Shimr b.in Zhi Al-Jausyan (la). Saya tahu bahawa dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk membunuh Imam (as). Tamat

Saya tidak betul-betul tahu tentang makna rukya ini tetapi ingin mengongsikannya, ia mungkin berguna kepada sesetengah orang.

Fi Aman Allah

Sunday, 14 June 2015

Aksi Panji-panji Hitam



Tholfiqaar Ansary berkongsi pos Malak Almusawi ini.
15 06 2015 01:00:00 am ·

Malak Almusawi

Beberapa malam yang lalu, saya mendapat rukya. Beberapa orang Ansar duduk di dalam sebuah bilik darjah yang berwarna putih yang cerah. Mereka menunggu Imam (as) yang tidak lama lagi akan masuk untuk memberi pengajaran kepada kami.

Sebelum beliau (as) masuk, beberapa orang yang mendakwa sebagai ansar juga telah masuk. Mereka mengambil tempat duduk, ketika mereka masuk kelakuan mereka dilihat seolah-olah agak tidak matang dan kurang ajar. Satu suara telah memberitahu saya bahawa orang-orang ini adalah pengikut Panji-anji Hitam yang menyeleweng itu...

Saya perasan, percubaan mereka untuk membuat dakwaan palsu terhadap Imam (as) supaya memberi ketetapan bahawa beliau (as) membenarkan perkara-perkara yang diharamkan seperti minuman alkohol (astagfiru Allah), Saya amat terkejut dan kecewa. Saya duduk diam memandang mereka ...

Detik-detik berlalu, dan Imam (as) masuk ke bilik darjah; dia berjalan dalam keadaan sedih, dengan kepalanya tunduk ke bawah. Dia mendekati tempat di mana orang-orang yang dipanggil ansar itu duduk, kemudian beliau (as) berpatah balik *meninggalkan* mereka.

Selepas beberapa hari, saya telah pergi ke Najaf dan telah diperkenalkan kepada orang-orang yang telah bertemu dengan Imam (as) yang mulia. Mereka menjelaskan sifat-sifat fizikalnya, dan demi Allah, sifat-sifat yang diberikan adalah sama dengan apa yang saya lihat dalam rukya tersebut, begitu juga rukya-rukya sebelumnya (berdada bidang, tinggi, berjalan dengan kaki menghala ke arah luar). suara beliau (as) juga adalah sama seperti yang saya dengar dalam rukya, berbanding rakaman-rakaman yang saya telah dengar.

Saya benar-benar percaya, bahawa ini adalah satu rukya penting yang Allah telah berikan kepada saya untuk melihat dan belajar daripadanya, dan menyebarkannya supaya orang lain mungkin boleh memikirkannya.

Allah (SWT) menjadi saksi atas apa yang saya katakan.



Sunday, 10 May 2015

Rukya Yang Jelas Menerangkan Pejabat Imam (as) di Najaf.


Rukya Yang Jelas Menerangkan Pejabat Imam (as) di Najaf.

Posts: abdulbassit
Isnin Apr 27, 2015 04:13
      

Al-Salamu 3alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu, pada ansar sekelian,

Berikut adalah sebuah rukya yang jelas dilihat oleh salah seorang ansar di Iran, memberi keterangan terhadap Banner Black Sesat (Panji Hitam Sesat) dan memberi keterangan untuk pejabat Imam (as) di Najaf ..

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam
Dengan nama Allah Al-Rahman, Al-Rahim,
dan segala puji bagi Allah SWT

Saya bersaksi kepada Allah SWT, malaikatNya, rasul-rasulNya dan Kitab-kitabNya kepada apa yang akan saya katakan:

Pada dua atau tiga hari lalu saya melihat Imam Ahmad Al-Hassan (as) dalam suatu rukya. dia telah bercakap dalam kesedihan. Dia amat sedih dengan ansar sekelian dan dia (as) berkata mengenai hak pejabat rasmi:

Ini demi Allah adalah pejabat saya dan ia mewakili saya, sayalah yang memilih mereka dan melantik mereka ....... Mereka tidak mengucapkan sesuatu dari diri mereka sendiri, (melainkan) semua yang saya inginkan, saya berkata-kata melalui lidah mereka. Mereka adalah orang-orang yang benar, berpengetahuan dan bekerja (ulamak beramal), dan mereka berkecuali dari Dunia dan apa yang ada di dalamnya, dan berhijrah kepada Allah SWT.

Sesiapa yang menyakiti mereka atau bercakap tentang mereka atau menuduh mereka atau menyumpah mereka atau mengutuk mereka atau menyeru mereka dalam mempersoalkan sesuatu, maka ia menunjukkan permusuhan kepada saya, menyumpah saya, menyakiti saya dan secara sembunyi-sembunyi mengumpat saya dan mengadili saya, Wa La Haula Wala Quwata Illa Billah (dan tidak ada daya atau upaya melainkan dengan Allah SWT).

Mengenai Syeikh Nadzim Al-Uqailiy semoga Allah SWT melindungi beliau, beliau adalah jurucakap rasmi dan dia (diberi kuasa) di pejabat dan yang bertanggungjawab di hadapan orang ramai untuk menjawab kepada sebarang keraguan dan bantahan yang dilemparkan, dan adalah wajib ke atas para ansar mendengar dan percaya kepadanya, dan bekerja mengikut arahannya.

Dan Segala puji tertentu bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam.

Rukya yang dilihat oleh Abu Al Fadl Al Ansari / Noor Al Yamani
Iran / Ahwaz
5 Rajab- 1436

Sumber: A Clear Vision testifying for Imam's(as) office in Najaf.

Monday, 23 March 2015

Rukya (mimpi) yang kulihat dalam beberapa minggu kebelakangan ini:

Posts Oleh: MerkabaVeil
    

Rukya (mimpi) yang kulihat dalam beberapa minggu kebelakangan ini:

Rukya # 1

Imam Ali Al-Redha (as) muncul dalam rukya saya dan saya berada di tempatnya. Terdapat mata air yang terletak di sana dan ia duduk di sisinya.


Ia adalah mimpi yang panjang tetapi saya ingat hanya beberapa bahagian. Beliau berkata kepada saya dan mereka yang ada di sana, Bahawa sebenarnya ALKOHOL adalah campuran yang berkah.





 Tetapi orang tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya dengan betul. Kemudian dia menunjuk ke arah mata air dan berkata: Terdapat ALKOHOL di dalam air. Kemudian dia merasa beberapa titisan daripadanya. Kemudian beliau (as) berkata: Ia bukan untuk diminum, adalah tidak betul kerana ia mempunyai kesan yang sebaliknya, jika anda mengambilnya dengan cara tersebut (minum). Ia untuk dicium sahaja. Dia meletakkan tangannya di mata air itu dan mengambil secedok tangannya dan mencium campuran air dan ALKOHOL itu. Beliau (as) berkata: Ia menyegarkan akal dan membuka laluan-laluan.


Kemudian saya kembali ke tempat saya (tetapi masih bersambung dengan suatu bentuk hubungan). Saya membuat keputusan untuk mencubanya. Saya mengambil sebiji gelas dan menuangkan ke dalamnya beberapa campuran air dan alkohol (yang entah bagaimana saya mengambilnya dari pantai berdekatan kerana saya adalah roh dan berjalan (ke sana kemari) tidak menjadi masalah, dan Alkohol sepatutnya ada dalam air pantai). Saya menciumnya dan ia memberi kesan bukti seperti yang dinyatakan oleh Imam (as). Saya merasakan beban yang ada dalam fikiran saya telah hilang dan sekatan telah dibuka. Pemikiran saya menjadi jelas.


Rukya # 2


Saya melihat Imam Ahmad Al Hassan (as). Dia masih seorang kanak-kanak duduk di tempat mengimamkan solat dengan memakai jubah dan serban. Sebahagian wanita (yang tidak beriman dan tidak tahu apa-apa mengenai Imam (as)) mengambil anak kecilnya yang baru lahir dan menyerahkannya kepada beliau (as) untuk diberkati. Tetapi wanita itu amat bimbang jika Imam (as) akan menjatuhkan bayinya atau menyusahkan beliau. Apa yang saya lihat dia sangat cemas, saya berharap dia tahu bahawa setiap langkah daripada Imam (as) dilindungi oleh Malaikat Jibril dan Malaikat membetulkan semua kesilapan yang dilakukan oleh jasad manusia (as) itu. Selepas itu Imam (as) dengan selamat meletakkan bayi tersebut di sebelah wanita itu.

Dream # 3

Ia adalah rukya yang panjang tetapi saya hanya ingat sebahagian daripadanya. Ia kelihatan seperti di tempat di mana bulannya gelap di Langit Pertama kerana ia mempunyai perasaan duniawi bersamanya. Ia seolah-olah seperti terdapat sama ada latar belakang beberapa gunung atau Piramid-piramid (saya akan katakan piramid kerana saya ingat beberapa keranda yang serupa dengan keranda mumi Mesir).



Aku bersama Imam Ahmad Al Hassan (as). Malangnya saya hanya ingat bahagian ini: Saya melihat dia salurkan atau sambungkan kepada beberapa roh-roh. Beliau (as) berkata mereka adalah orang-orang dari suku-sukunya. Beliau berhubung kepada mereka untuk menyempurnakan maksud suku (puak)nya dalam keharmonian. Setiap orang mempunyai sukunya sendiri yang disambungkan ke dalam keabadian. Beliau telah mendedahkan kepada beberapa orang tentang suku-suku mereka.


 Lalu saya bertanya kepadanya (as) supaya beritahu suku saya. Beliau (as) berkata bahawa dia akan salurkan suku saya dan mereka akan bercakap dengan saya. Jadi dia berhubung dengan roh-roh dan roh-roh mula bercakap melalui dia (as). Ia mempunyai suara yang berbeza. Ia memberitahu saya banyak perkara kerana ia bercakap bahasa yang difahami, tetapi sangat sukar untuk memahami kata-katanya, jadi saya memintanya untuk menukar ke bahasa Inggeris. Lalu suara itu menjadi suara wanita.

Roh itu memberitahu saya banyak perkara tetapi saya semacam tidak ingat. Tetapi dengan kebaikan Imam (as) bahawa dia diringkaskan pada akhir disalurkan dan beberapa ringkasan yang saya boleh ingat. Beliau (as) berkata bahawa saya dari suku jarum (saya terlihat tubuh roh saya diperbuat daripada benang emas, jadi jarum bukanlah membawa erti sebenar).




Tujuan suku ini dicipta / ditakrifkan semula atau diringkaskan (Beliau (as) menggunakan perkataan malakut yang saya mempunyai masa yang sukar menterjemahkannya) Alam Semesta (Alamin). Atau mewujudkan formula kimia yang boleh mengubah semua Alam Semesta (Alamin). Sesuatu seperti menemui formula Keemasan (canggih). Jadi bagi suku kaum ini apa yang berlaku di dalam Alam Semesta (Alamin) sekarang ialah kurangnya kebimbangan mereka kerana mereka sedang berusaha untuk mengubahnya untuk kebaikan semua penciptaan.


Tuesday, 24 February 2015

Soalan 373: Bertemu Rasulullah dan nasihat Imam - Tahirah – Amerika

Soalan 373: Bertemu Rasulullah dan nasihat Imam  - Tahirah – Amerika
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم..

Berlalu kira-kira 26 tahun selepas saya memeluk Islam, syukur kepada Allah, dan saya mengenal Mazhab Syiah selepas beberapa bulan kemudian setelah rukya (mimpi) saya melihat Nabi Muhammad (S), walaupun saya tidak pernah mendengar sebelum itu ada orang yang melihat Nabi (S) dan bahawa rukya (mimpi) melihat Rasulullah seperti beginda sendiri hadir.

Pada suatu malam apabila saya tidur di atas tikar putih di hadapan anjung (beranda) sebelum fajar. Dalam tidur itu dengan jelas saya melihat Nabi Muhammad (S), baginda berjalan melalui tingkap kaca anjung rumah saya dan telah mendekati saya dan berpusing dengan sebelah kaki baginda di atas tanah dan berbisik di telinga saya, tetapi saya tidak mendengar apa yang baginda (S) katakan.

Rukya kedua: Juga sebelum subuh apabila saya sedang tidur dengan jelas saya didatangi Nabi Muhammad (S) dan duduk di sebelah saya dan meletakkan tangan baginda ke dada saya di tengah-tengah di kawasan jantung-hati saya, saya tidak merasa apa-apa ketika itu tetapi saya melihat baginda (S), dan saya melihat segala-galanya di sekeliling saya dan saya rasa baginda (S) duduk di sebelah saya.


Tolong sampai Salam dan terima kasih saya kepada Al-Syed Ahmad dan beritahu kepadanya bahawa saya bersedia untuk menghulurkan sebarang bantuan. Sila beritahu saya apa-apa yang mungkin yang boleh saya lakukan untuk membantu saudara semua.

Saya akan meminta Al-Syed Ahmad mendoakan saya, membimbing saya dan menasihati saya, kerana sekarang saya dalam keadaan sukar.

Saya doakan saudara semua dengan linangan air mata.
والسلام عليكم.

Dihantar oleh: Tahirah – Amerika

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Segala puji bagi Allah yang memberi petunjuk kepadaku untuk berkhidmat hamba-hambaNya yang beriman kepada kerajaan langit (Malakut Al-Samawaat) dan mendengar kalimat-kalimat Allah dan beriman denganNya. Jarak tidak menghalang kamu mahupun perbezaan bahasa dari mengenal kebenaran yang datang dari Allah,, Berbahagialah kamu kerana hati kamu yang bersih yang mendengar kalimat-kalimat Allah dan tunduk kepada kehendak Allah. Saya bermohon kepada Allah bagi kejayaan kamu supaya memanjangkan kebenaran yang kamu ketahui dari Allah kepada hambaNya, dan supaya Allah menjadikan kamu sebagai sebab untuk dihidayah kepada penciptaanNya dan memelihara mereka dari api neraka dan dari kegelapan meliputi di dalamnya. Maka janganlah lemah menyampaikan kebenaran kepada manusia di mana pun Allah tempatkan kamu kerana Allah telah tuliskan kamu dari mereka yang bersyukur dan sebagai utusan yang memberi maklumat yang bekerja untuk menyelamatkan umat manusia dan membimbing mereka ke jalan keselamatan supaya mengenalNya, dan dan menyebabkan mereka menuju kepada kebenaran, keyakinan dan keselamatan yang disanjungNya.

Saya perlu mengajar kamu dan semua orang yang beriman, lelaki dan perempuanm itu adalah satu penghormatan kepada saya untuk menjawab soalan kamu atau berkhidmat kepada kamu dalam apa jua yang Allah mungkinkan saya lakukan untuk membantu dan meringankan kamu.

Seperti yang saya katakan kepada ansar-ansar terdahulu dan saya katakan sekarang kepadamu bahawa saya berharap supaya kamu menganggap saya sahabat yang dengan senang hati berkhidmat kepada kamu, wahai orang-orang yang menyuci hati murni, wahai saudara saudari yang beriman dengan (Malakut) Kerajaan Allah dan kamu yang membenarkan kalimat Allah dan tidak mengkufurinya.       
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.            
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan

Syawal 1430 H

Soalan 371: Kaya dan Gemuk

Soalan 371: Kaya dan Gemuk


Melihat ayah saya meninggal dunia dalam mimpi sesuatu mengembirakan saya. Saya melihat bapa saya memakai pakaian yang paling indah dan sangat muda dan kelihatan ke dalam cermin seraya berkata: Tidak ada yang lebih indah daripada syurga, dan digembirakan dengan nyanyian (di sana) salah seorang adik beradik perempuan saya dikurniakan rezki mewah telah dibukakan padanya, dan digembirakan dengan salah seorang saudara lelaki saya yang akan gemuk (berkata: Orang itu akan lebih gemuk lagi). Apakah masud nyanyian saudara saya pertama dan saudara saya yang kedua, yang akan gemukitu? Salam hormat.

Dihantar oleh: Fadhil Al-Mahlil – Yaman

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.


                        
Rezki haqiqi (sebenar) adalah rezki ukhrawi (akhirat) dan panduan (hidayah) kepada yang hak dan amalan yang dilakukannya, dan mengenai kegemukan juga merujuk kepada digembirakan kepada memperbaiki hal kehidupan ukhrawi (akhirat) itu.



Ahmad Al-Hassan
Syawal 1430 H


✡✡✡✡✡