Sunday, 24 August 2014

Soalan 476:Melihat Imam - Ali bin Abdullah - Qatar

Soalan 476:

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya

Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Dengan segala kejujuran, saya keliru mengenai apa yang saya mimpikan (rukya) dan saya takut ia tidak dapat dijelaskan nanti. Hari itu saya tidur dengan nyenyak dan saya bermimpi bahawa Imam Mahdi telah menyeru (dakwah) manusia. Dan sebelum itu saya bermimpi mengenai pembunuhan Jiwa Suci (Al-Nafs Al-Zakiyyah) di hadapan Rukun (penjuru) Kabah dan orang ramai mula menjerit dan meraung, dan saya melihat Imam Mahdi berdiri tetapi saya tidak melihat mukanya.

 Saya bangun ketakutan, dan TV ada di hadapan saya, dan ia juga menyebut Imam Mahdi (as). Kemudian saya tidur semula dan bermimpi mengenai Imam Mahdi (as). Mimpi-mimpi (rukya-rukya) itu berlaku pada hari yang sama. Dan saya terbangun dari tidur pada waktu solat Subuh dan pada masa itu pukul 3:13. Bolehkah tolong terjemahkan mimpi (rukya) ini kepada saya, memandangkan saya mempunyai dua mimpi (rukya) pada hari yang sama manakala yang lalu dan setiap kali saya bangun saya akan menyaksikan perkara mengenai Imam Mahdi (as) di TV dan yang meminta disegerakan penampilannya yang mulia? Salam.

Pengirim:

Ali bin Abdullah - Qatar

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                             
Mimpi (rukya) anda adalah khabar gembira daripada Allah kepada kamu, mengenainya adalah masa penampilan dan ia telah tiba, untuk apa yang anda lihat - apabila anda bangun dari mimpi (rukya) anda adalah mengenai Al-Mahdi - masa itu menunjukkan kepada nombor ketika mana dia akan muncul (313).

Saya memohon kepada Allah supaya Dia memberikan anda kebaikan di akhirat dan di dunia. Dan Dialah waliy-ku. Dan Dia menjaga orang-orang yang benar.

Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan
Zhul Qa3idah / 1431 Hijrah

Soalan 475: Ziarah makam Al-Hussein - Inaya - UK

Soalan 475:                           
Dan Salam atas tuan, rahmat Allah dan barkahNya.

Saya ingin tahu tafsiran tuan tentang mimpi yang berlaku kepada saya tidak berapa lama dahulu. Ia adalah: Saya bermimpi saya berada di Karbala, antara Al-Haramain sebagai setakat yang saya ingat (dan sebenarnya saya tidak pernah ke Tanah Suci Karbala dalam hidup saya) dan saya sedang melihat langit dan mengambil gambar-gambarnya dan ketika itu adalah waktu malam. dan ada awan putih yang tebal, di antara awan-awan saya melihat tulisan yang tertulis kata-kata: "Wahai Ashab Al-Zaman (Pemilik Zaman), selamatkanlah saya". Dan saya telah melihatnya berulang kali. Saya rasa, terdapat dua orang kanak-kanak perempuan berdiri dekat dengan saya, saya tidak kenal siapa mereka. Mereka bertanya kepada saya jika mereka ada dalam gambar yang saya ambil, seolah-olah mereka telah mengatakan kepada saya bahawa mereka tidak mahu berada di dalam gambar atau sesuatu yang seperti itu. Jadi, saya telah berusaha untuk mendapatkan kembali gambar-gambar yang saya ambil dan menerangkan kepada mereka bahawa saya hanya mengambil gambar-gambar langit dan saya tidak mengambil gambar mereka. Dan saya tidak pasti jika kamera menangkap gambar mereka dengan tidak sengaja ..

Kemudian tiba-tiba masuk waktu solat Maghrib dan Isyak. Para penjaga mula menutup pintu Al-Haram (makam) dan pintunya berwarna putih. Kerana pintu hampir ditutup jadi saya tidak dapat masuk ke dalam makam. Dan orang-orang telah keluar dari makam itu seolah-olah mereka tidak mahu solat di dalam makam. Tidak ramai orang yang tinggal di makam. Dan pintu hampir ditutup, maka saya berkata kepada penjaga itu, bolehkah saya masuk dan solat di makam? Saya tidak pernah ziarah Imam sehingga sekarang. Lalu dia membenarkan saya dan saya masuk, dan seolah-olah pintu ditutup di belakang saya. Sebaik sahaja saya masuk saya amat teruja untuk ziarah, dan dalam kegembiraan saya memegang ambang suci makam. Saya terus bersujud dengan cepat di ambang; kerana saya takut mungkin ada orang-orang melihat saya semasa bersujud kerana ia tidak dibenarkan. Jadi saya tanggalkan kasut saya dan memegangnya dan memasuki taman (halaman). Saya percaya saya telah minta tempat hanya untuk wanita sahaja. Begitulah saya masuk makam yang kosong yang hanya ada beberapa orang di dalamnya. Ketika memasuki makam saya tidak tertahan untuk menangis dan menjerit atas nasib malang Imam Al-Hussein (as) ..

Saya tidak percaya bahawa saya tiba di Al-Hussein dan memasuki makam sucinya, dan suasana kelilling merah, saya rasa, dan saya fikir saya masuk ke dalam bilik Al-Manhar, dan dindingnya juga merah. Saya percaya saya mula membuat doa pada masa itu..Pada hari berikutnya (di dalam mimpi) makam penuh sesak, dan saya memasuki makam dengan seorang kawan saya semasa hari-hari ziarah namanya Du’a (Du3a), dan saya juga ingat bahawa ada seorang perempuan bersama kami, saya tidak ingat dia tetapi mungkin dia adalah ibu saya. Kami menaiki tangga di makam dan saya membawa dua biji gelas. Dan si gadis Du’a (Du3a) itu juga membawa dua biji gelas. Tetapi salah satu daripada gelas saya jatuh dan pecah di ambang tangga makam. Jadi saya turun ke ambang untuk mengumpul kaca yang berkecai itu agar tidak melukakan kaki orang-orang yang lalu lalang. Saya rasa. Kemudian saya telah mendengar suara perempuan lain yang juga bersama saya semasa hari-hari Ziarah, beliau dipanggil Umm Murtadha. Dia membaca Latmiyyah mengenai Fatimah Al-Zahraa '(as) dan dia sedang meratapi Imam Al-Hussein, semuga jiwaku menjadi tebusannya, di makam suci.

Pengirim: Inaya - UK

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Imam Al-Hussein (as) mewakili Al-Hussein di zaman ini.

Dan orang keluar daripada dari makam walaupun mereka di dalamnya, bererti kekufuran mereka kepadanya dan mereka keluar dari Al-Wilayah selepas mereka berada di dalam Al-Wilayah yang jelas sebelum ini sebelum mereka diuji.

Dan anda memasuki ke Makam sebelum pintu tertutup bermakna, jika dikehendaki Allah, mempercayai kepada penyeru kebenaran dan Al-Hussein pada zaman ini.

Dan saya memohon kepada Allah supaya Dia memberikan kepada anda kebaikan dunia dan akhirat, dan semoga mimpi (rukya)  anda menjadi kenyataan (benar). Dan Dialah Wali-ku dan Dia menjaga orang-orang yang soleh.


Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya. 

Saturday, 23 August 2014

Soalan 372: Ujian Melintasi Kuburan - Al-Rikaby, Sepanyol


Soalan 372: Ujian Melintasi Kuburan - Al-Rikaby, Sepanyol

Dan Salam atas kamu, wahai orang yang beriman yang mulia dan tersayang. Pada tahun 2006 anak perempuan yang sakit dan saya membawanya berjumpa doktor di Sepanyol, mereka memberitahu saya ia adalah satu penyakit kronik. Jadi saya berdoa 'setiap hari. Dalam doa saya, saya sentiasa akan meminta syafaat Imam Mahdi (semoga Allah mempercepatkan kelapangan beliau) dan berkata: Ya saidana, dengan hak darah Al-Hussein dan bayi dan tulang rusuk Al-Zahraa', saya berdoa (mohon) kepada Allah supaya Dia menyembuhkan anak perempuan saya. Dan pada hari Khamis selepas ziarah Imam Al-Hussein (as) saya bertawassul kepada Imam Mahdi (semoga Allah mempercepatkan kelapangan beliau). Kemudian saya melihat dalam tidur saya bahawa saya sedang duduk dengan seorang kawan yang namanya Sattar dan rakan yang bernama Haydar. Dan ada api di tengah-tengah untuk menghangatkan kami. Kemudian saya melihat seorang lelaki yang tinggi, berpakaian putih, dan wajahnya bersinar cahaya, saya tidak dapat melihat bentuk rupa wajah beliau. Lalu ia berkata: Anak kamu akan sembuh. Lalu saya berkata, Siapa kamu? Beliau berkata: Saya Imam Mahdi (semoga Allah mempercepatkan kelapangan beliau). Jadi saya berkata: Ya Tuan, demi darah Al-Hussein (as) saya akan menjadi ansar (penyokong) tuan? Beliau berkata: Dengan satu syarat, menyeberanglah tanah perkuburan ini. Dan terdapat tentera-tentera hitam di tanah perkuburan ini seolah-olah mereka syaitan. Lalu rakan saya Sattar berkata: Saya mahu menjadi ansar tuan. Tetapi Imam (semoga Allah mempercepatkan kelapangan beliau) berkata: Kamu duduk di tempat kamu, ujian ini adalah untuk Maytham sahaja. Jadi saya pergi ke tanah perkuburan dan di tengah-tengah tanah perkuburan itu ada kawan saya Haydar yang membimbing saya ke jalan keluar, dan saya keluar dengan selamat. Segala puji-pujian tertentu bagi Allah, dan Allah adalah saksi kepada apa yang saya katakan. Oleh itu apa maksudnya?

Demi Allah, saya melihat satu lagi mimpi (rukya) dengan Imam Mahdi, dan Allah adalah saksi kepada apa yang saya katakan, suatu mimpi (rukya) di mana saya melihat saya tidur di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, dan di hadapan kami ada kuburan, jadi saya bangkit ketakutan dan perempuan itu memberitahu saya, "tidur, jangan takut". Jadi saya berkata: " Siapa kamu?". Dis berkata: "Aku Al-Zahraa' (as) dan ini adalah suamiku Ali (as) dan ini adalah pusara bapaku Rasulullah (S), kami melindungi kamu jangan takut". Saya harap tuan memberi ta’birnya, dan semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan dengan semua kebaikan, Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah..
.

Pengirim: Al-Rikaby, Sepanyol

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Tanah perkuburan adalah tempat orang mati, dan dalam mimpi (rukya) ini ia merujuk kepada orang-orang yang sesat dan menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang tidak mendengar perkataan yang benar dan mereka tidak mahu menurut perkara yang benar, mereka sebenarnya mati. Allah SWT berfirman:

وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلَا الْأَمْوَاتُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُسْمِعُ مَن يَشَاءُ ۖ وَمَا أَنتَ بِمُسْمِعٍ مَّن فِي الْقُبُورِ

{Dan tidaklah sama orang yang hidup dan yang mati. Sesungguhnya Allah memberi mendengar sesiapa yang dikehendaki-Nya, tetapi kamu tidak boleh membuat mendengar orang-orang di dalam kubur.} [Fathir 35:22]

Jadi ujian anda adalah untuk melepasi tanah perkuburan ini dan melepasi orang-orang mati yang mendudukinya dan ingin menghalang anda daripada terus berjalan ke arah kebenaran dan mengikutinya. Dalam setiap zaman merekalah orang-orang yang menghalang manusia dari kebenaran dan mengikuti risalah ketuhanan dan beramal dengannya, dan mereka adalah ulamak sesat dan orang-orang yang mendakwa mempunyai ilmu agama dari orang-orang yang mendapat manfaat (berkepentingan) di antara mereka, sama ada dengan mendapat wang atau mendapat kedudukan yang tinggi dan menjadi terkemuka daripada orang lain di atas nama agama. Jadi anda perlu berhati-hati supaya orang-orang yang mati tidak menghalang anda, [mereka] dan rakan mereka dari syaitan dan jin yang mengelilingi kuburan yang mereput lagi gelap, untuk membantu mereka menghalang manusia dari kebenaran dengan bisikan, Allah swt berfirman:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

{Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan } [Al-An'am 6: 112]

dan Allah swt berfirman:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

{Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.} [Al-Jinn 72: 6].

Saya memohon kepada Allah supaya Ia memberi anda kejayaan dan setia mentaat-Nya SWT agar Dia nanti akan memenuhi (merealisasikan) apa yang anda lihat (rukya) dan anda akan berjaya dalam ujian dan menyeberang ke gelanggang yang sebenar dan menjadikan orang-orang yang mati malu (hina) - penghuni kuburan  - mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pengamal agama yang meraba-raba dalam kegelapan dan menghalang manusia dari cahaya dan jalan Allah, sehingga mereka dan sekutu-sekutu mereka dari syaitan dan jin akan gagal dalam menghalang anda daripada terus berjalan ke jalan kebenaran dan mengikutinya dan beramal dengannya.

Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan

Soalan 371: Jadi kaya dan bertambah berat badan - Fadhl Al-Muhallil-Yaman

Soalan 371:

Mimpi (rukya) bapa saya, yang telah meninggal dunia, memberi saya berita gembira tentang sesuatu. Saya melihat bapa saya berpakaian dengan pakaian yang paling indah, dan dia nampak muda, dan dia melihat cermin dan berkata: "Tiada yang lebih indah dari syurga", dan dia memberikan saya berita gembira bahawa salah seorang dari adik beradik saya akan menjadi kaya dan rezeki yang besar telah dibukakan untuk mereka. 
Dan dia memberikan saya berita gembira bahawa salah seorang dari adik beradik saya akan bertambah berat badan, dia memberitahu saya: begini dan begini dan dia akan bertambah berat badan.

Jadi apakah makna kekayaan yang pada pertama itu? dan apakah makna akan bertambah berat badan pada yang kedua? Salam saya.

Pengirim: Fadhl Al-Muhallil-Yaman

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                             
Rezeki yang sebenar (hakiki) ialah rezeki akhirat dan bimbingan ke arah kebenaran dan beramal dengannya.

Bagi bertambah berat badan, ia juga menunjukkan kepada peningkatan keadaan seseorang di akhirat kelak.

Ahmad Al-Hassan
Syawal / 1430 Hijrah

Soalan 369: Kurang simbol-simbol rukya - Abu Al-Rahmat - Arab Saudi

Soalan 369: Kurang simbol-simbol rukya - Abu Al-Rahmat - Arab Saudi

Salam atas tuan. Kira-kira lima tahun lalu, saya melihat dalam tidur saya bahawa terdapat kilat, guruh dan hujan, saya mahu meminta seseorang dalam mimpi itu apa yang sedang berlaku. Kemudian saya melihat salah satu daripada orang-orang mukmin (semoga Allah merahmatinya) yang bernama Abdullah bin Ahmad Al-Naser (pendokong) dan dia tahu soalan saya sebelum saya cakapkan dan dia memberikan jawapan kepada saya sambil tersenyum dan beliau memegang sebatang tongkat di tangannya yang digunakan ketika berjalan, dia berkata, "sesungguhnya Mahdi (as) telah muncul". Jadi saya bangun dan azan Fajr pun berkumandang dengan "Allahu Akbar (Allah Maha Besar)". dan seolah-olah Al-Mahdi (a.s) telah benar-benar muncul.

Nota: Lelaki yang saya lihat meninggal dunia setahun sebelum kemunculan Yamani (as). Maksudnya 11 tahun selepas mimpi saya atau sebelumnya, satu tempoh yang dekat dengan mimpi isteri saya melihat lelaki yang sama berkata kepadanya sambil menjerit: "Al-Mahdi telah muncul Al-Mahdi telah muncul!!". Apa yang saya pelik berkenaan mimpi-rukya saya ialah bahawa saya tidak berfikir tentang Al-Mahdi (as) sebelum saya saya tidur malam itu serta malam-malam sebelumnya. Saya menunggu tafsiran tuan dan terima kasih.

Pengirim: Abu Al-Rahmat - Arab Saudi

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Hujan adalah petunjuk kepada kebaikan yang turun dari langit.

Mimpi (rukya) ini hampir tanpa simbol yang jelas. Nama Abdullah bin Ahmad Al-Naser (pendokong) adalah jelas untuk dikaitkan kepada seruan (dakwah) kebenaran.

Bagi orang yang anda lihat, dia bukan orang yang sama, sebaliknya anda melihat seorang malaikat daripada malaikat-malaikat Allah tetapi dia diwakili dalam imej hamba ini kerana anda tahu dia adalah seorang yang soleh dan kerana kedudukan nama.

Kerana pada masa mimpi (rukya) anda, ia adalah hampir dengan permulaan seruan (dakwah) di Hawzah Najaf dan beberapa kawasan di Iraq, yang bererti pada pertengahan tahun 2002, dan juga ia hampir dengan permulaan penyebaran seruan (dakwah) sekali lagi, hampir di pertengahan tahun 2003, bermakna selepas kejatuhan rejim Saddam dan penaklukan Iraq.

Bagi akhir tahun 1999 sehingga pertengahan tahun 2002, lebih kurang, saya telah ditugaskan untuk menunjukkan penyelewengan di Hawzah Najaf dan pengislahan dalam Hawzah tetapi tanpa mengumumkan bahawa saya mempunyai apa-apa kaitan dengan Imam Mahdi (as) . Jadi akhir tahun 1999 sebagai permulaan seruan (dakwah) hanya berlaku pada saya dan tidak ada pengumuman kepada orang ramai pada masa itu.

Ahmad Al-Hassan
Syaaban Al-Khayr 1430 Hijrah

Soalan 367: Kühl (celak) adalah penawar untuk mata - Abu Al-Fadhl

Soalan 367:  Kühl (celak) adalah penawar untuk mata - Abu Al-Fadhl

Saya berharap tuan mentafsirkan mimpi (rukya) berikut:

Saya keluar dari pintu rumah, dan saya melihat planet berwaran oren (jingga), dan ia dekat dengan rumah kami. Kemudian saya dan ibu saya keluar. Tingkap kereta terbuka, saya lihat dari sebelah kiri seorang wanita yang memakai pakaian serba putih.
Kemudian ibu saya berkata kepada saya: "beri aku Kühl  (celak mata) cepat", dan saya memberikan Kühl kepada wanita yang memakai pakaian yang serba putih itu, maka wanita itu memegang tangan saya seolah-olah dia telah mengucapkan terima kasih kepada saya, dan air mata saya mengalir, dan saya mengambil semula Kühl itu dan pergi dengan kereta. Kemudian saya terbangun.

Saya harap tuan boleh menterjemahkan mimpi (rukya) ini, dan semoga Allah memberkati tuan dan melindungi tuan dari segala bahaya, dengan hak Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Pengirim: Abu Al-Fadhl

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Kühl adalah penawar untuk mata, dan mimpi (rukya) ini bermakna bahawa anda memberikan wanita ini apa yang menyembuhkan penglihatan beliau supaya dia boleh melihat kebenaran. Bermakna Kühl boleh merupakan Hadits-hadits Muhammad dan Keluarga Muhammad (as) atau laman web yang mengandungi hadits-hadits mereka untuk menjadi petunjuk kepada kebenaran dan mengetahui (mengenali) bahawa penyeru (pendakwah) kebenaran, atau pun buku-buku (kitab-kitab).

Ahmad Al-Hassan

Soalan 366: Sedang dakwah hujan - Golnargs

Soalan 366: Sedang dakwah hujan - Golnargs

Teks mesej: Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya.  Tuan Imam Ahmad Al-Hassan (as) saya tahu kehadiran tuan pada hari lahir Rasulullah yang mulia (sawas) tahun ini, dan Saya minta maaf bahawa saya tidak tahu bahawa tuan muncul kecuali pada hari itu. Dan saya bersyukur kepada Allah Yang Maha Kuasa untuk membuat saya mengenal tuan. Tetapi tuan saya ingin tahu, saya akan kekal dengan tuan, atau, Allah melarang, saya akan jatuh ke dalam kemurtadan? Saya berharap tuan berdoa supaya saya mendapat petunjuk.

Tuan saya, saya ingin tahu apakah pintu-pintu langit yang tuan daripada tauhid Amirul Mukminin (as) bercakap tentang? Apa yang lubang hitam (black hole)? Dan Bermuda Triangle (Segitiga Bermuda)? Pulau hijau, adakah ia benar atau tidak? Adakah tuan sedang ghaib, atau tuan akan ghaib selain daripada apa yang diriwayatkan sama ada 6 hari atau 6 bulan atau 6 tahun? Dan juga adakah Hadis Rasulullah (S) yang mengatakan bahawa yang bermaksud bahawa agama akan menjadi seperti ember (bekas) panas di tangan orang mukmin itu, adakah baginda maksudkan mempercayai tuan? (Teks mesej tamat)

Juga saya melihat mimpi, saya tidak tahu sama ada ia mimpi (rukya) mimpi biasa, tetapi satu hari saya mahu bercakap dengan tiga orang mengenai seruan (dakwah) yang diberkati ini, mereka adalah dua wanita dan seorang budak lelaki, sudah tentu setelah saya membuat Istikhara dan bertanya Allah mengenainya. Saya melihat bahawa saya bersama ibu saudara saya, jadi saya melihat sebuah tempat di mana saya mahu bercakap. Terdapat lebih daripada 10 orang dan saya tidak tahu siapa mereka. Di antara mereka ada seorang budak lelaki, dan belakangnya ada benda tinggi seolah-olah dia membawa sesuatu di atas lantai. Jadi saya berkata kepada ibu saudara saya, ini adalah demikian dan demikian. Kemudian saya pergi dan duduk di tempat di mana saya mahu bercakap, dan saya sedikit takut; kerana saya tidak menjangkakan lebih daripada tiga orang. Jadi saya duduk dan orang perempuan duduk di hadapan saya di tengah-tengah bulatan. Jadi saya mula dengan nama Allah (basmalah) kemudian saya membaca ayat-ayat "Wahai Tuhan lapang dada ku" sehingga "mereka faham perkataanku" (Rabbi isy-syrahli ...), selepas itu saya berkata Allah telah sirmankan tentangkan kebenaran, kemudi saya memberitahu mereka untuk memberi selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarga baginda. Kemudian langit menurunkan hujan hujan ringan (rembas), jadi saya bertanya kepada orang-orang yang hadir untuk menangguhkan ceramah kami. Tetapi mereka tidak menerima dan mereka meminta kami meneruskannya. Jadi saya meminta untuk bertukar tempat dengan orang-orang yang duduk di bawah hujan. Tetapi mereka juga tidak menerimanya. Mereka memberitahu saya "tidak mengapa jangan risau teruskan.". Akhir penglihatan.

Tuan saya, bolehkah tuan sila bermurah hati kepada saya dan mentafsirkannya untuk saya? Saya minta maaf kerana memanjang-manjangkannya. Dan Saya minta maaf jika terdapat sebarang kesilapan tatabahasa atau karangannya. Dan segala puji-pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Pengirim: Golnargs

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                             
Saya memohon kepada Allah supaya Dia memberi anda kejayaan dan kepada setiap saudara-saudara yang beriman, lelaki dan perempuan yang percaya kepada apa yang dikehendakiNya SWT. Dan semoga Allah membalas anda dengan kebaikan kerana menyokong kebenaran dan umatnya. Dan saya memohon kepada Allah supaya Dia menjadikan orang-orang yang mencari kebenaran supaya berdiri teguh.

Adapun mimpi (rukya) tersebut, ia adalah mengenai orang-orang yang anda akan seru kepada dakwah ini.

Dan hujan adalah kebaikan dari langit, yang bermaksud penganugerahan dan limpah kurnia dan kebaikan Allah terhadap mereka yang anda akan seru untuk dakwah ini.