Thursday, 11 September 2014

Soalan 487 Pangkat 5 Bintang Dan Mahkota - Ali Gamal - Iraq

Soalan 487 Pangkat 5 Bintang Dan Mahkota - Ali Gamal - Iraq


Salam atas kamu. Saya melihat dalam mimpi (rukya) seorang pegawai tentera di tengah-tengah perhimpunan orang ramai, dan dia melaungkan nyanyian ............ dan dia mempunyai pangkat yang pelik, dia mempunyai 5 bintang dan mahkota.

Pengirim: Ali Gamal - Iraq

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                                           
Pegawai tentera ditafsirkan sebagai Malaikat dari Malaikat-malaikat, dan mereka adalah Malaikat yang menolong Al-Mahdi untuk menegakkan Negara Keadilan Ilahi.

 Bagi pangkat, lima bintang merujuk kepada 5 orang Ashhab Al-Kisaa’ Al-Yamani (ahli di bawah Jubah Al-Yamani); dan mereka adalah Muhammad. Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein (a.s). Dan mahkota merujuk kepada - Raja Ilahi – (Al-Malik Al-Ilahi) Raja Al-Mahdi.
                                 
Yang bererti bahawa pangkat merujuk kepada Al-Yamani dan Raja Al-Mahdi dan mewujudkan Hakimiyah Allah; kerana kelima-lima dari mereka (shalawaat Allah 3alaihim) kesemua mereka diselubung di bawah Jubah Yamani, dan Rasul Muhammad (sawas) telah sembuh setelah diselimutkan dengan Jubah Yamani, dan kesembuhan ini adalah petunjuk kepada pengislahan Agama Islam yang dibawa oleh Muhammad selepas kemusnahan akan disempurnakan oleh Allah dengan Al-Yamani

Oleh itu apa yang anda lihat dalam rukya (mimpi) anda adalah kegembiraan Malaikat Allah dan penduduk langit dengan kemunculan Al-Yamani dan persiapan yang perlu dilakukan untuk persediaan menegakkan Negara Keadilan Ilahi dan Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) dan menzahirkan keutamaan Muhammad dan keluarga Muhammad (as), dan terutamanya Lima Ahli Al-Kisaa’ (as).

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
.
Ahmad Al-Hassan

Zhul Hijjah / 1430 Hijrah

Soalan 484: Selesema Babi, 485 Azan, 486: Gelap Ayat Al-Kursi

Soalan 484: Selesema Babi, 485 Azan, 486: Gelap Ayat Al-Kursi
  

Saya melihat rukya dalam tidur saya, satu tulisan mengatakan "Selesema Babi (swine flu) adalah operasi yang dibuat oleh tentera Amerika" dan di sebelah tulisan ada ditulis: "Sayyed Ahmad Al-Hassan", yang bermaksud bahawa tulisan ini adalah dari Syed. Dan selepas saya melihat rukya ini saya terus membuat Dua 'kepada Allah dalam tidur saya dan bersumpah kepada Allah demi Muhammad dan Ahlul Bayt baginda supaya menunjukkan saya kebenaran seruan (dakwah) ini, dan seluruh badan saya menggigil dari Dia tempat saya bermohon doa dan saya membuat doa dengan suara yang sekuat mungkin. Dengan segala hormat, apakah makna rukya saya ini?

Pengirim: Al-Gha'ib Al-Montazar - Iraq

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                             
Semoga Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik dan memperkukuh langkah anda dan menjadikan anda di kalangan mereka yang mencari kebenaran dengan keikhlasan. Dan saya memohon kepada Allah supaya Dia menunjukkan kebenaran itu kebenaran dan mendorong anda mengikutinya, dan menunjukkan kepada anda yang batil itu batil dan memberkati anda supaya menjauhinya. Dan Dia adalah Waliyku dan Dia Waliy orang-orang soleh.

Ahmad Al-Hassan

Zhul Hijjah / 1431 Hijrah



Soalan 485: Azan

Dalam rukya saya berada di tempat yang besar yang saya tidak ingat, dan terdapat ramai orang, dan Imam Ahmad berdiri di tempat yang tinggi, dan saya melihat dia dari belakangnya.
Beliau tinggi orangnya, kurus, dan belakangnya panjang walaupun dia duduk, beliau melambai-lambaikan tangannya ke arah orang ramai, dan melambai-lambaikan tangannya ke arah belia yang menyeru-nyeru namanya dan berkata: "Ya Ahmad, laungkanlah azan, dan tuan adalah muazzin saya (tukang azan) ". Kemudian Ahmad bangun dan melaungkanl azan dengan rakyat.

Pengirim: ael - Jerman

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Muazzin (tukang azan) adalah orang yang mengumumkan dan menyebarkan seruan (dakwah) kebenaran. Dan azan adalah seruan (dakwah) ke arah kebenaran.

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan

Zhul Hijjah / 1431 Hijrah


Soalan 486: Gelap Ayat Al-Kursi
                 
Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.


Saya menghantar soalan ini untuk minta pengertian rukya ini kepada Maula Ahmad (as), dan ia adalah rukya (mimpi) yang dimiliki oleh seorang gadis yang berumur kira-kira 12 tahun. Dia melihat bahawa dunia adalah gelap, lalu dia mula membaca Ayat Al-Kursi. Dan apabila dia sampai "Al-Haiyu Al-Qaiyum (Yang Hidup, Yang Sedia dengan sendiriNya), dia mendengar suara yang indah kemasan bersamanya ayat yang mulia, maka dia terbangun. Dan salam saya ke atas Maula saya dan salam saya ke atas anak Maula saya. Dan Salam atas kamu semua, rahmat Allah dan barkahNya.

Pengirim: Khakzad - Emirah Arab Bersatu.

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Dunia yang gelap bermakna bahawa ia telah dipenuhi dengan kezaliman, ketidakadilan dan kesesatan, dan dia tidak mengenal petunjuk (hidayah) dan cahaya dalam kegelapan itu.

Dan bacaan nya Ayat Al-Kursi bermakna bahawa dia melihat kebenaran dan telah mengambil langkah ke hadapan ke arah mempercayai kebenaran dan petunjuk dan cahaya, maka Allah SWT membantunya olehNya melalui AuliyakNya (Waliy-waliyNya); dan suara tersebut adalah yang menyempurnakan dengannya Ayatul Kursi.

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya

Ahmad Al-Hassan


Zhul Hijjah / 1431 Hijrah

Soalan 483: Nama bayi dan Kabah

Soalan 483: Nama bayi dan Kabah


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
     
Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad dan sahabat terpilih baginda.
.
Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

 Saya ingin meminta tafsiran untuk rukya seorang lelaki dari keluarga saya. Isteri lelaki ini mengandung seorang bayi lelaki dan dia akan menamakannya Abdul Rahman. Pada hari bayi ini dilahirkan, bapanya melihat dalam tidurnya bahawa bayi yang dilahirkan ini didukungnya di Kabah dan dia bertawaf di Kabah. Dan semasa Tawaf seorang Sheikh memakai serba putih datang kepadanya dan berkata: "Siapakah ini?". Dia berkata: "Abdul Rahman". Maka orang itu berkata: "Tidak ini adalah Muhammad". Akhir rukya.

Dan diakhiri kata-kata kami dengan Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam.

Pengirim: Muhammad- Maghribi

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                            
Rukya ini adalah khabar gembira dari Allah kepada anda mengenai kemunculan Al-Mahdi. Kanak-kanak itu adalah khabar gembira daripada Allah dan namanya ialah Muhammad, dan Mahdi Pertama namanya di Langit adalah Muhammad dan di bumi adalah Ahmad
.
Dan Ka’bah adalah kiblat (arah ibadah) manusia kepada Allah, dan ia merujuk kepada Khalifah Allah di setiap zaman, untuk Khalifah Allah adalah kiblat sebenar kepada Allah, maka Allah memerintahkan kepada malaikat untuk menjadikan Adam (as) sebagai kiblat mereka kepada Allah.

Semoga Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik. Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
            
Ahmad Al-Hassan
Zhul Hijjah / 1430 Hijrah

Wednesday, 10 September 2014

Soalan 482: Islam mulanya Asing akan kembali Asing

Soalan 482



Syed Ahmad Al-Hassan, Imamku dan anak pada Imamku, Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
.

Saya telah melihat suatu mimpi beberapa tahun dahulu, sebelum saya beriman dangan seruan (dakwah) tuan dan sebelum saya mendengarnya atau mendengar nama tuan mulia. Rukya (mimpi) di mana Yaqin (keyakinan) masuk ke dalam hati saya mengenai Imam Mahdi (as) telah muncul dan saya maju untuk menyeru (berdakwah) orang ramai untuk beriman kepadanya. Tetapi saya lupa perkara itu. Dan selepas saya beriman dangan seruan (dakwah) itu, saya ucap salam kepada tuan antara saya dan Allah SWT dan saya terus teringat rukya tersebut dan saya mula menangis semau-maunya. Sehinggalah saya memahami bahawa Allah mahu memberitahu saya bahawa Al-Mahdi yang kamu lihat dalam tidur kamu adalah sama dengan Al-Yamani (as) yang kamu telah imani dan yang telah kamu ucapkan salam atasnya. Oleh itu adakah khabar (mesej) yang Allah SWT mahu sampaikan kepada saya?

 Kemudian saya melihat khabar-khabar (mesej-mesej) yang datang kepada saya dari Imam Mahdi (as), dan selepas rukya pertama saya yang telah saya ceritakan kepada tuan, saya melihat bahawa langit dibentangi dengan huruf-huruf cahaya yang tertulis Kalimah La ilaha illa Allah Muhammad Rasul Allah (Tiada Tuhan melaiinikan Allah, Muhammad adalah Rasulullah). Saya melihat penglihatan ini dua kali, dan ia adalah sangat jelas pada kedua-duanya. Dan saya juga melihat bahawa saya berada di Kabah dan saya nampak dua lelaki kulit hitam pendek merokok di Rumah Suci, lalu saya tendang mereka keluar dan saya bersolat di dalam Kabah Al-Syarif. Dan saya melihat Laylatul Qadr (Malam Lailatul-Qadar), selepas saya menghidupkan malam 23 dan para malaikat dari cahaya telah turun ke Bumi. Dan saya melihat pada bulan ini, bulan Ramadan, bahawa jiwa saya naik ke langit, maka dibuka bagi saya langit yang pertama, saya rasa rukya ini adalah selepas saya beriman dangan seruan (dakwah) yang Mulia ini dan kali pertama melihat langit di dalam tidur dan hati saya telah bergetar (berayun) dan jiwa saya terbang tinggi di langit sehingga saya melihat bintang-bintang.

Saya juga melihat pada bulan Ramadan keranda Imam Ali (as), dan saya akan merasakan dalam bulan Ramadan itu perasaan yang saya tidak pernah alami sebelum seruan (dakwah), ini dan saya juga melihat hari kiamat dan langit menurunkan hujan azab dan tahi-tahi bintang.

Saya mohon tuan membantu mentafsir rukya saya, dan mendoakan ibu dan kakak saya untuk mendapat petunjuk. Dan saya mohon agar tuan mendoakan untuk saya agar Allah melindungi saya dari bisikan syaitan. Apabila saya membaca Kitab "Perjalanan Musa Ke Pertemuan Dua Laut" saya memahami ilham dari Allah mengikut andaian saya dan maknanya pada saya dalam sesuatu perkara. Saya berharap tuan mentafsir rukya, ya tuan, ya Yamani Aali Muhammad (as).

Dan saya mempunyai satu soalan, apa yang saya fahami bahawa orang-orang Islam pada masa Imam Al-Shadiq (as), adakah mereka hanya diminta untuk beriman pada 12 Imam (as) dan tidak kepada Mahdi-mahdi? Dan mengapa Syiah tidak beriman kepada Mahdi-mahdi dan pimpinan-pimpinan mereka, dan apakah hal keadaan perkara ini? Dan saya mahu penjelasan mengapa perkara Mahdi-mahdi ini tersembunyi dan yang akhir adalah perkara pertama mereka (as)?

Semoga Allah melindungi tuan dan semoga Dia meningkatkan umur kami agar kami boleh mendokong tuan apabila tuan muncul. Dan tidak lagi menjadi rahsia kepada manusia seperti saya melihat dalam rukya mengenai Imam Mahdi (as) tanpa meminta perkara tersebut dan tanpa mengetahui bahawa dia telah muncul.

Dan doa kami akhir adalah dengan memuji Allah semata-mata sahaja semata-mata atas nikmat-Nya, ya tuan.

Pengirim: Abdullah - Sweden

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Semoga Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik. Segala puji Allah SWT untuk membuatkan anda mengenal kebenaran dan membuat anda mendengar seruan (shaihah) kebenaran oleh keutamaan dan kurnia-Nya, dan melimpahkan kepada anda dengan rukya kebenaran dalam Kerajaan-Nya, dan menjadikan anda di kalangan orang-orang yang mendengar Kalimah-Nya Yang Maha Suci dan menyedarinya dan membenarkannya.

Rukya anda terbentang di langit Syahadah La ilaha illa Allah Muhammad Rasul Allah (Tiada Tuhan melainikan Allah, Muhammad adalah Rasulullah). padanya, bermakna risalah baru seperti risalah Muhammad (S); kerana Mahdi pertama adalah juga seorang Rasul, dan dia adalah orang yang membawa berita gembira dan juga pembawa amaran seperti datuknya Muhammad (S). Dan Mahdi juga mengulangi Sunnah datuknya Muhammad (S) selepas ia telah dihapuskan oleh ahli batil dan yang menyeleweng. Dan Rasulullah Muhammad (S) bersabda:

(إن الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء)

 (Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan ia akan kembali asing sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah bagi orang-orang yang asing) – Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah Bab 20 Hadits 45 Halaman 201.
Pada permulaan Islam ia sebagai sesuatu yang asing (ganjil, anih) dengan seruan (dakwah) Muhammad (S), dan ia akan kembali asing dengan seruan (dakwah) Al-Mahdi, semoga Allah memberi anda kejayaan (taufiq).

Rukya anda pada kedua-dua lelaki kulit hitam pendek yang merokok, maka anda menendang mereka keluar dan anda bersolat dalam ruang Kabah, bermakna bahawa mereka yang menjaga Bait Allah adalah orang-orang yang batil, kerana mereka adalah hitam dan pendek , dan ini adalah satu tanda bahawa mereka berada di atas kebatilan. Juga menjadi pendek merujuk kepada kelemahan hujah-hujah mereka dan berbuat dusta (fitnah) terhadap hak Ahlul Bayt (as). Merokok merujuk kepada masalah yang akan mereka hadapi akibat dari amalan (kerja-kerja) mereka dan kejahatan dan bahaya yang dihasilkan dari mereka. Dan jika Allah menghendaki anda sebahagian dari Ansar Al-Mahdi yang akan menendang mereka keluar dari rumah Allah, semoga Allah memberi anda kejayaan (taufiq).

Rukya anda yang lain adalah hampir jelas. Dan keranda Imam Ali (as) merujuk kepada pengetahuan dan apa yang dia (as) tinggalkan kepada manusai, dan mereka adalah Ahlul Bayt Nabi Muhammad dan Ali (as)

Dan saya memohon kepada Allah supaya Dia memberi anda kejayaan (taufiq) untuk semua yang baik, dan untuk mengurniakan kepada anda petunjuk kepada sesiapa yang telah dituliskan hidayah dari keluarga anda. Dia adalah Waliyku dan Waliy orang-orang soleh.

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
.

Ahmad Al-Hassan
Zhul Hijjah / 1430 Hijrah

Soalan 481: Saihah Jibril dan Saihah Iblis - Abu Al-Zahraa' - Kuwait

Soalan 481: Saihah Jibril dan Saihah  Iblis

Pagi hari ini, 21 Ramadan 1430 Hijrah, pada kira-kira 6 pagi, iaitu selepas matahari terbit, saya tidur, dan bermimpi  - jika ungkapan ini benar - ia tanpa apa-apa gambaran (imej), hanya suara yang bagus yang telah memberitahu saya secara harfiah (Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani) dan ia berulang-ulang. Kebahagiaan yang saya rasakan tidak dapat dijelaskan dan sangat menyenangkan, tetapi tiba-tiba saya terbangun dan saya masih berasa kebahagiaan dan keselesaan yang sama. Kemudian saya sambung tidur saya, dan saya melihat seorang lelaki, atau lebih tepat lagi, kepala manusia, dan ia berulang-ulang, maknanya, dua kepala yang kelihatan serupa antara satu sama lain, sama kedua-duanya, dan dia pakai serban putih, dan dia melihat ke arah saya dari arah pipi kirinya, dan saya tidak melihat tubuhnya. Dia melihat saya dengan pandangan yang tidak menyenangkan, dan seseorang memberitahu saya bahawa dia adalah Imam Ahmad (as), tetapi dalam diri saya, saya percaya bahawa dia adalah seorang yang selain daripada Imam; kerana dia kelihatan tidak selesa dan dia melihat dengan cara yang kurang selesa juga. Kemudian saya bangun dari tidur. Dan saya memohon ampun kepada Allah untuk diri saya dan untuk anda.

Nota: Itulah perasaan kebahagiaan dan keselesaan yang saya rasa, saya tidak pernah merasakannya dalam hidup saya kecuali tiga masa; kali pertama ialah apabila suara itu mengulangi nama Imam Ahmad Al-Hassan (as), kali kedua adalah beberapa tahun yang lalu, saya berdoa dalam solat malam dan bangun pada waktu pagi dengan perasaan yang sama, dan kali ketiga adalah 15 tahun yang lalu dan ia adalah pada bulan Ramadhan, dan saya mendengar azan dan suara muazzain melaungkan azan yang sangat sedap didengar seolah-olah ia adalah dari Langit, dan bila sampai kepada kesaksian ketiga di mana dia berkata, saya bersaksi bahawa Ali adalah Waliy Allah. Kemudian ayah saya mengejutkan saya dari tidur ketika muazzain melaungkan azan di masjid berkata aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Tamat. Dan semoga Allah meneguhkan kamu semua.

Pengirim:

Abu Al-Zahraa' - Kuwait

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

 Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Mimpi (rukya) anda adalah dari Allah SWT, dan ia mewakili dua Saihah yang mengiringi seruan (dakwah) Al-Qa'im, ia adalah Saihah Jibril dan Saihah  Iblis, atau Saihah tentang kebenaran dan Saihah kebatilan yang mengikutinya.
                           
Oleh itu dalam mimpi (rukya) anda ini ada sokongan kepada kebenaran, dan juga amaran kepada anda dari Saihah (Seruan) kebatilan yang anda dengar dari orang-orang yang batil yang cuba dengan segala cara untuk menghapuskan Saihah kebenaran dan menghalang manusia daripada mengikut Saihah kebenaran dengan [menimbulkan] kekeliruan dan menggambar imej batil kepada penyeru (pendakwah) yang sebenar supaya mereka boleh menyokong ketua mereka Iblis dan menyesatkan manusia dan menjauhkan mereka dari kebenaran.

Oleh itu mimpi (rukya) ini adalah penjelasan kepada anda dari Allah, yang pertama anda mendengar Saihah (Seruan) terhadap kebenaran yang mengarahkan anda untuk mengikuti kebenaran dan seruan yang benar, maka anda mendengar Saihah kebatilan yang cuba memutarbelitkan anda dari gambaran sebenar dan menunjukkan pemanggil dari kebenaran dengan memutarbelitkan dalam gambaran tidak benar dan khayalan, untuk mengelakkan anda jika boleh daripada mengikut kebenaran. Jadi, anda harus mengikuti apa yang Ahlul Bayt (as) yang telah mengarahkan anda ke arah mendengar Saihah pertama yang benar dan untuk menjauhkan dari yang kedua Saihah iblis dan batil yang anda mendengarnya melaui lidah penyokongnya dari manusia dan jin.

Dan aku bermohon kepada Allah untuk anda supaya anda berhasi mengatasi diri anda sendiri dan syaitan, dan untuk mengikuti Saihah (Seruan) kebenaran dan kekal kukuh pada jalan yang benar, dan tidak menjadi dari orang-orang yang binasa dengan mengikuti Saihah kebatilan, semoga Allah melindungi anda daripadanya. Maka puji Allah dan syukur kepadaNya kerana membuat anda mendengar Saihah kebenaran dalam bulan Ramadan dan pada malam dan hari-hari yang diberkati dengan menerima Saihah kebenaran dan menolak Saihah kebatilan, supaya Allah boleh meningkatkan anda daripada limpah kurniaNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan
Zhul Hijjah / 1430 Hijrah

Tuesday, 2 September 2014

Mimpi-mimpi dan Kasyaf indah



Pengalaman selepas menjadi ANSAR
Assalaamu alaikum wa Rahmatullah wa wa barakaatuhu

Apa khabar saudara dan saudari,

Selepas setahun saya menjadi seorang Syiah, kemudian saya beriman dengan dakwah Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Saya ingin berkongsi dengan saudara beberapa pengalaman saya selepas menjadi ansar.(Imam Mahdi (as))

Saya telah  mengalami banyak mimpi-mimpi, dan juga kesedaran saya telah meningkat.

Saya ingin berkongsi beberapa pengalaman saya dengan saudara hanya untuk menjadi saksi kepada kebenaran, dan keikhlasan kerana Allah.

Semua pengalaman ini selepas membaca buku Imam Ahmad Al-Hassan (as). Selepas membaca buku beliau, daya intelek saya telah meningkat.

Saya telah dapat melihat beberapa perkara, ia adalah seperti medan kuantum (quantum field) [✡], kadang-kadang saya boleh mengawal beberapa aspek medan kuantum ini, dan menghantar satu bentuk tenaga kepada orang lain. Saya telah dapat merasai getaran melalui medan ini, dan menghantar getaran pada masa yang sama.

Terdapat banyak zarah (unsur) dalam medan ini, ada yang baik dan ada yang tidak, selepas membina pada zarah yang baik mungkin pula untuk mempengaruhi zarah lain untuk berada dalam kedudukan yang baik untuk saudara. Apabila terdapat cukup zarah, kadang-kadang satah atau meridian yang terbentuk melalui zarah ini dan meridian (satah-satah) ini dihubungkan melalui badan yang tidak dapat dilihat, zarah-zarah hanya boleh diaktifkan dalam satu urutan, jika saudara cuba untuk mengaktifkan zarah yang salah saudara akan jatuh ke dalam ketidaktepatan, ia adalah ujian untuk melihat zarah pilihan saudara, ada ujian dalam segala-galanya dalam fikiran kita, setiap pemikiran adalah satu dorongan, dan ia adalah sejenis kuantum gerak hati, gerak hati ini bergerak melalui zarah ini dalam medan kuantum ini, ini adalah salah satu mekanisme bagaimana peraturan (tiori) tarikan berfungsi.

Kadang-kadang saya dapat mengalami dan menghantar impuls (isyarat) ini seperti persekitaran saya, yang boleh mempengaruhi dan dapat dikawal.
Saya berlindung (dengan Allah) dari Al-Ana (keakuan – ego), saya hanya ingin berkongsi beberapa perkara yang saya lihat, saya melihatnya selama ini dalam keadaan jaga (kasyaf - penterjemah).

Saya melihat zarah, saya tidak tahu jika ia adalah Zharr (dari alam Zharr – Zharrah), tetapi ia adalah di dalam dada saya, betul-betul di tengah-tengah, atas sebab tertentu ia disambungkan dengan talian ke kerongkong (tekak) saya.


Ketika saya melihat orang-orang kafir kadang-kadang saya melihat seperti ada kalung di leher mereka, dan salah satu garisan di dunia zarah ini adalah dihubungkan dengan kalung ini, seolah-olah saudara hampir boleh menariknya.

Kadang-kadang ada mimpi (rukya) dalam tidur saya di mana saya akan melihat beberapa orang ansar, dalam bentuk Zharr (Zharrah), Apa yang saya perhatikan dalam rukya-rukya ini ialah terdapat lokasi yang sangat khusus bagi setiap Zharr, dan lokasi yang khusus untuknya, atau orang yang tertentu itu.

Saya ingin berkongsi banyak lagi perkara-perkara dengan saudara, hanya kerana perkara-perkara ini begitu indah, dan saya memohon kepada Allah mengampuni saya, kerana kelemahan saya.

Insyaa' Allah saya akan berkongsi lebih banyak perkara, saya berdoa kepada Allah semoga saudara rasa saya telah berkongsi (rukya dan kasyaf) ini dengan saudara hanya kerana Allah. Dunia ini begitu indah, Sesungguhnya Allah Maha Indah.

Saya masih ada rukya dan kasyaf lain yang saya ingin kongsikan dengan saudara-tetapi saya rasa saudara mungkin berfikir saya memaksa saudara untuk mendengar rukya atau pengalaman (kasyaf) saya.

Hamba Yang hina, khadam untuk semua ansar, ansar Allah dan ansar Imam Ahmad,


✡ ✡ ✡ ✡ ✡
------------------------------------
✡ - Ini Bintang Nabi Allah Daud. Simbolnya di monopoli oleh Zionist Yahud 
[✡]- Teori kuantum merupakan huraian terhadap interaksi jirim yang wujud dalam alam semesta menerusi kewujudan zarah-zarah perantara yang dikenali sebagai boson tolok (gauge bosons). Manakala pengformalannya pula dikenali sebagai teori medan kuantum (quantum field theory). Dalam alam mikroskopik, khasnya yang berkaitan dengan dengan teori gerakan tabii zarah atom, fizik kuantum digunakan bagi menerangkan interaksi di antara atom dan molekul seperti dalam spektra-spektra eksperimen spektroskopik.[selak]

Amalan membaca surah al Nur Buktikan Kebenaran Ahmad A.S

Posts : Nizar

Joined : Sat 10 Mac 2012 23:16
Duduk 3 Ogos 2013 12:19

Allah Buktikan Kebenaran Ahmad A.S.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Salam alaikum wr wb . Pertama sekali, aku berlindung kepada Allah dariAnaniahI.

Ini adalah sesuatu yang ditunjukkan Allah swt kepada saya beberapa bulan yang lalu, dan kini saya ingin berkongsi dengan saudara semua, selepas membuat istikhara kepada Allah swt dan alhamdulillah ternyata positif.

Beberapa bulan lalu, saya mendengar dari seorang Ansar yang Imam Ahmad al -Hasan as berkata , membaca surah al Nur 70 kali tanpa henti (kecuali untuk solat , makan dan tidur) akan menyebabkan seseorang itu melihat banyak rahsia dan Allah swt akan mendedahkan kepadanya apa yang Dia swt kehendaki. Jadi saya memutuskan untuk melakukannya .. dengan hanya satu tujuan .. bahawa Allah swt dengan jelas menunjukkan kepada saya kebenaran Ahmad Al -Hasan as, jika Ahmad as benar, saya mahu Allah tunjukkan kepada saya dengan jelas .. jika Ahmad as sebenarnya palsu.. saya mahu Allah tunjukkan kepada saya dengan jelas. Dan Alhamdulillah saya pun melakukannya.

Saya mengambil masa kira-kira 4-5 hari untuk selesai membacanya, tetapi Alhamdulillah 4-5 hari ini telah dipenuhi dengan visi Imam ke-12 as, peristiwa alamat dan masa depan (futuristik), dan rahsia yang diturunkan oleh Allah swt kepada saya. Tetapi apa yang saya benar-benar ingin berkongsi dengan saudara semua adalah apa yang berlaku selepas saya selesai membaca..

Saya tidak peduli bagaimana peliknya akan kelihatan, tetapi demi Allah, rohani saya naik (mikraj) ke langit yang lebih tinggi! Pertama saya perlahan-lahan mula terapung ke langit maka pada titik tertentu berlepas pada kelajuan yang sangat tinggi ke langit... saya benar-benar berada di sana, memerhatikan angkasa lepas .. menakjubkan dan pada masa yang sama menakutkan (saya takut pada ketinggian). Kemudian pada titik tertentu saya menjadi berat dan jatuh kembali ke badan saya (saudara tidak ingin merasai hal ini ..) .. ini berlaku selama kira-kira 3-4 kali (naik kemudian jatuh kembali ke bawah), sehingga dalam perjalanan ke atas, saya membuat zikir kepada Allah swt (Allahu akbar, Subhanallah, dan lain-lain) .. dan kemudian Subhanallah semua rasa berat hilang dan jadi lebih cepat daripada sebelumnya dan naik ke titik yang sangat tinggi, untuk menggambarkan jarak saya mengembara adalah mustahil .. saya terus tertanya-tanya di mana mikraj ini (kenaikan) akan berakhir , sehinggalah saya melihat ke atas dan melihat sebuah Pintu Nur (cahaya) yang besar dan saya naik ke arahnya tanpa kawalan saya .. dan apabila saya masuk , saya tidak dapat menggambarkan apa yang ada di sana .. ada di mana-mana beribu-ribu Nur dan yang tidak terhingga yang tidak dapat digambarkan.

Dan merasakan semua orang sedang menunggu saya di sana? ? Ahmad Al -Hasan a.s. Lelaki yang di dunia ditolak, suara-Nya begitu besar dan berkuasa .. dan ini adalah apa yang dia kata kepada saya: حياكم الله , حياكم الله جميعا (hayakum Allah , saya tidak tahu apa maksud yang sebenarnya dalam bahasa Inggeris).

Jika ini bukan Allah swt yang memberi keterangan kepada Khalifah Ahmad as, maka saya tidak tahu apakah dia itu.. Saya menghabiskan 5 hari membaca surah al Nur 70 kali dan saya telah meminta Allah swt untuk menunjukkan kepada saya kebenaran manusia ini, sebenarnya, ini saja hasrat saya pada Allah swt .. dan kemudian ini yang berlaku. Sesiapa yang membacanya dan berfikir saya berbohong dalam apa-apa cara sekalipun, maka hendaklah dia mencubanyai, Allah swt tidak akan berdusta kepada sesiapa pun! Allah adalah jauh lebih besar daripada semua ini.

Kepada semua orang-orang yang berdegil angkuh dan berkata Ahmad as adalah ahli sihir, beritahu saya sekarang .. adakah Al-Quran sekarang juga adalah sebuah kitab sihir kerana ia membuktikan kepada Ahmad as? ? atau adakah Ahmad a.s. mengalahkan Allah dan melanggar Kerajaan Langit? Sesiapa yang membaca al-Quran akan mengetahui Allah swt melindungi langit yang lebih tinggi dan ia adalah mustahil untuk mana-mana unsur jahat untuk memasukinya.. atau Allah pula cuba menipu ciptaannya apabila meminta kepadaNya panduan???

Sebenarnya, tidak ada sihir di sini .. tiada siapa yang boleh melanggar Kerajaan Langit .. dan Allah swt adalah jauh lebih agung daripada untuk menipu seseorang yang dengan ikhlas meminta kepadaNya panduan.. yang haq adalah jelas bagi sesiapa yang mahu melihat .. yang had adalah dengan Ahmad as .. yang benar adalah bersama Ahmad as!!

Demi Allah lelaki ini tidak meninggalkan apa-apa bukti .. setiap bukti yang ada untuk dibawa, dia bawakan kepada anda, Wasiat ar-Rasul (sudah mencukupi!!!) , Yang telah disebut dalam beberapa riwayat, Mubahila, qasam al-bara' , beribu-ribu penglihatan-penglihatan (visi) dan kashf, mukjizat, istikhara, ilmu, dan dia adalah satu-satunya manusia tidak menyeru kepada kedaulatan manusia (pilihan raya, syura), tetapi dia menyeru kepada Allah dan juga bapa-bapanya as lakukan ... dan masih ada seseorang yang datang dan berkata " Ahmad tidak mempunyai bukti langsung" .. inna lillah wa inna ilayhi raji'uun! Semua orang-orang yang degil dan angkuh, demi Allah, jika malaikat turun dan memberitahu kamu Ahmad as adalah benar, kamu tidak akan percaya.

Last edited by Nizar di Sun 4 Ogos 2013 01:48 ,
disunting sebanyak 2 kali.

"Orang akan menentang sesuatu yang mereka jahil mengenainya" - Imam Ali (as)